Template by:
Free Blog Templates

Jumaat, 13 Mac 2009

Apa itu RSS?


Mesti pernah terjumpa logo macam ni kan?



RSS atau RDF Site Summary adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language) mengikut tahap spesifikasi W3Schools. Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini.

RssReader pula adalah satu program yang membolehkan anda menerima berita atau maklumat dari halaman web yang menyokong aplikasi RSS terus ke desktop anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai RssReader, sila ke halaman ini http://www.rssreader.com/

Selain daripada RssReader, ThunderBird dan lain-lain email client juga menyokong rss feed.. di mana anda boleh menetapkan isi kandungan berita yang hendak dihantar melalui email tanpa perlu melayari laman tersebut.

atau..

anda hanya perlu masukkan email anda dan berita terkini akan dihantar melalui feedburner.

Lihat contoh gambar di bawah:





Anda juga boleh menggunakan pelayar web Firefox untuk mendapatkan berita dan maklumat terkini dan dihantar terus ke toolbar anda. Pengguna Internet Explorer tidak akan mendapat apa-apa kelebihannya di sini.

G€ßåÑG $€MPøï™ juga menawarkan RSS untuk semua pengguna. Sila klik di sini untuk lebih lanjut. Imej langkah demi langkah disediakan bagi memudahkan pemahaman. Klik imej untuk besarkan.