Template by:
Free Blog Templates

Jumaat, 13 Mac 2009

Jom Buat Blog Siri 2



Tips Memilih Nama Blog


Pada Siri 1, kita telah tahu serba sedikit mengenai cara mendaftar blog melalui Bloggers.com. Memulakan sesuatu blog mengambil masa dan kesabaran. Menulis sesuatu topik yang boleh menggalakkan traffic ke blog anda bukan untuk orang yang inginkan kepuasan dengan segera. Mengenalpasti kekuatan pada topik , memilih topik yang sesuai dan mempromosi blog hanyalah separuh dari cabarannya. Jika anda berhasrat untuk memulakan blog anda, tip2 dibawah diharap akan membantu anda .

Tip Memilih Nama Yang Sesuai

Memilih nama blog yang sesuai amat penting. Ia memberi imej pandang pertama (first impression). Nama blog anda mestilah senang diingati oleh pelawat. Bukan semua pelawat bergantung kepada bookmark. Seterusnya adalah tip2 untuk memberi imej pandang pertama yang baik apabila memilih nama untuk blog masing2.

1. Ia Senang Di Taip

Blog anda mesti senang ditaip & tidak memerlukan banyak abjad. Ianya mestilah senang dieja dan ejaannya mestilah betul. Jika terlalu banyak kesilapan ejaan walaupun disengajakan, akan mengelirukan pembaca, terutamanya jika pembaca perlu menaip URL berkali2 untuk ke blog anda.

2. Nama Yang Dipilih Mencerminkan Isi Kandungan

Nama blog yang dipilih mestilah berkaitan dengan topik anda. Ini akan memudahkan pembaca mencari dan mengingati blog anda. Pastikan nama blog pendek & ringkas bagi memudahkan pengunjung mengingatinya.

3. Mudah Untuk Di Cari Melalui Search Engine (search engine friendly)

Anda tidak perlu memenuhkan blog anda dengan pelbagai keywords hanya untuk memudahkan search engine mencari blog anda. Melalui pengalaman kita menggunakan search engine, pelawat yang ingin mencari maklumat mengenai kereta contohnya, lebih dahulu akan menaip auto daripada cars di search engine. Jadi jika anda ingin memulakan sebuah blog mengenai kereta, penggunaan perkataan auto adalah lebih bersesuaian daripada cars.

4. Buatkan Satu Senarai

Senaraikan nama-nama yang sesuai yang menggambarkan blog anda. Semasa anda meneliti senarai yang ada, tanyakan soalan-soalan berikut :

•Adakah nama yang dipilih mengambarkan tujuan / subjek blog anda?
•Jika saya terjumpa nama ini dalam search engine, adakah saya terpanggil untuk melawat laman blog tersebut?
•Adakah anda merasakan nama blog anda akan menarik perhatian lain-lain bloggers dan pelawat untuk ke blog anda dan yakin dengan blog anda?
•Adakah nama yang anda berikan relevan untuk satu jangkawaktu yang lama?

Jika jawapan kepada semua soalan diatas adalah YA, anda berada dilandasan yang betul untuk membentuk satu blog yang menarik.