Template by:
Free Blog Templates

Jumaat, 13 Mac 2009

Kesan lokasi dengan Google Latitude


PENYEDIA perkhidmatan Internet terkemuka, Google Inc, memperkenalkan ciri baru dalam aplikasi pemetaannya untuk membolehkan pengguna mendapat tahu atau mengesan lokasi masing-masing menerusi telefon bimbit.

Google Latitude adalah ciri rangkaian sosial ditambah ke dalam Google Maps yang mana apabila digunakan, pengguna boleh berkongsi lokasi dengan kenalannya di samping terus terhubung menerusi SMS, Google Talk atau Gmail.


Disebabkan kadangkala lokasi menjadi privasi bagi seseorang, pengguna boleh melaraskan sesiapa saja yang boleh mengetahui lokasi di mana mereka berada dan boleh melaras secara manual untuk menyatakan beliau sebenarnya di lokasi lain atau hanya meletakkan lokasi umum, misalnya nama bandar saja .

Google Latitude boleh didapati di 27 negara seluruh dunia dan boleh digunakan di atas platform PC, BlackBerry, Symbian S60, Windows Mobile dan Android. Ia dijangka boleh juga digunakan di dalam iPhone tidak lama lagi.