Template by:
Free Blog Templates

Khamis, 29 Oktober 2009

Gunakan GMail Bersama Akaun Emel Lain, Elakkan Spam

GMail merupakan servis emel kegemaran saya kerana fungsi-fungsinya yang sangat memudahkan. Namun saya tidak pernah memberi alamat emel saya kepada orang lain kerana tidak mahu ia dipenuhi dengan spam. Sebaliknya, saya memasukkan emel POP3 yang lain ke dalam GMail.

Jika anda mempunyai sebarang emel POP3 (contohnya emel pada domain anda ataupun emel syarikat), anda juga boleh gunakannya bersama GMail.

Hantar Emel Melalui Akaun Lain

Anda boleh menghantar emel menggunakan akaun POP3 yang lain melalui GMail. Dengan ini, penerima hanya melihat alamat emel POP3 itu sahaja, dan bukan alamat emel GMail anda. Saya selalu menggunakan cara ini untuk mengelakkan spam.

Untuk memasukkan akaun POP3, pergi ke Settings > Accounts and Import. Klik pada butang "Send mail from another address"

Gmail dan POP3

Masukkan nama serta akaun emel tersebut, dan klik pada butang "Next Step"

Gmail dan POP3

Pilih "Send through GMail" dan klik pada butang "Next Step"

Gmail dan POP3

Klik pada butang "Send Verification". GMail akan menghantar emel pada alamat emel yang anda telah masukkan tadi. Periksa emel tersebut dan klik pada link yang diberikan untuk mengaktifkan akaun POP3 ini di dalam GMail anda.

Gmail dan POP3

Selain klik pada link yang diberikan, anda juga boleh memasukkan kod pengesahan untuk mengaktifkan akaun POP3 tersebut.

Gmail dan POP3

Setelah akaun diaktifkan, anda sudah boleh menggunakannya untuk menghantar atau membalas emel.

Terima Emel Dari Akaun Lain

Anda juga boleh menggunakan GMail untuk menerima emel dari akaun POP3 yang lain. Pergi ke Settings > Accounts and Import. Klik pada butang "Add POP3 email account"

Gmail dan POP3

Masukkan alamat emel tersebut dan klik pada butang "Next Step"

Gmail dan POP3

Masukkan username dan password, serta ruang-ruang lain yang berkaitan dan klik "Add Account"

Gmail dan POP3

Setelah akaun berjaya ditambah, GMail akan mula mendapatkan emel yang dihantar kepada alamat tersebut, terus kepada inbox GMail anda.