Template by:
Free Blog Templates

Sabtu, 10 Oktober 2009

Tutorial Live Blogging Guna SMS (Blogspot Sahaja)

blogspot-sms

Tahu tak dengan menggunakan telefon bimbit sahaja, anda boleh update blog anda di Blogspot? Anda tidak memerlukan fungsi yang canggih-manggih seperti sambungan Internet, MMS, dan sebagainya. Hanya perlu fungsi SMS sahaja (handset tiga-tiga-sekupang pun boleh).

Kita akan menggunakan khidmat daripada Dapat. Ok, nak tahu bagaimana caranya? Ikuti langkah-langkah di bawah:

Daftar Emel Blogger Anda

  1. Log in ke Blogspot, dan aktifkan emel blog anda di bahagian Settings > Email & Mobile. Emel ini adalah rahsia, jangan kongsikan dengan orang lain.
    blogspot-sms-01
  2. Hantarkan SMS BLOG REG [label] [emel blogger] ke 32728. Anda boleh berikan apa sahaja nama bagi ruangan [label]. Contoh SMS:
    BLOG REG myblog khairul.34243@blogger.com 
  3. Setelah pendaftaran berjaya, satu notifikasi SMS akan dihantarkan kepada anda.

Update Blog Guna SMS

  1. Hantar SMS BLOG [label] [tajuk entri] # [entri blog] ke 32728. Contoh SMS:
    BLOG myblog Cubaan # Ini cubaan update blog terus guna SMS.
  2. Setelah entri berjaya diterbitkan satu notifikasi SMS akan dihantarkan kepada anda.