Template by:
Free Blog Templates

Sabtu, 19 Jun 2010

Memasang Flash Audio Player Dalam Entri Blogspot

Teringin membuat suasana di dalam entri blog anda kelihatan lebih menarik dan meriah?. Apa kata anda cuba memasangkan flash audio player pada entri dimana penulisan yang mungkin anda rasa perlu bermain dengan sedikit emosi supaya entri anda itu kelihatan seakan "hidup". Untuk memasangkan flash audio player ini anda boleh ikuti beberapa langkah mudah dibawah.

Langkah 1 :

Pergi dashboard > Layout > Edit HTML dan muat turun terlebih dahulu template anda

Langkah 2 :

Carikan kod </head> dengan menekan Ctrl + F pada papan kekunci anda

Langkah 3 :

Masukkan kod dibawah sebelum kod </head>


<script src="http://www.chokilala.com/chokilala/audioplayer/audio-player.js">
</script>

Lihat pada contoh gambar dibawah dimana kod tersebut diletakkan :

Langkah 4 :

Savekan template anda dan pergi pula pada entri yang ingin dimasukkan flash audio player ini. Kemudian masukkan kod dibawah


<object type="application/x-shockwave-flash" data="http://www.chokilala.com/chokilala/audioplayer/player.swf" id="audioplayer1" width="290" height="24">
<param name="movie" value="http://www.chokilala.com/chokilala/audioplayer/player.swf">
<param name="FlashVars" value="playerID=1&amp;soundFile=YOUR MP3 URL FILE">
<param name="quality" value="high">
<param name="menu" value="false">
<param name="wmode" value="transparent">
</object>

* Gantikan (YOUR MP3 URL FILE) dengan fail mp3 anda

Kini anda sudah berjaya memasangkan flash audio player pada entri blogspot anda. Selamat mencuba ;D

Contoh flash audio player yang telah siap dipasang :



Kredit untuk Chokilala

Baca Selanjutnya...

Memasang Code Box Pada Entri Blogspot

Pernah tertanya-tanya bagaimana menambahkan kotak kod pada tempat posting blogger anda? Sebenarnya terdapat dua cara untuk berbuat demikian, antara kaedah mudah yang sangat sesuai untuk permulaan dan juga kaedah lanjutan yang memberikan paparan kotak kod anda nampak lebih profesional tapi memerlukan sedikit pengubahsuaian pada kod template anda.


Kaedah yang mudah adalah dengan menambahkan kod dibawah pada editor posting anda


<textarea name="textarea" cols="40" rows="4" wrap="VIRTUAL">
YOUR CODE
</textarea>

Berikut adalah gambar dimana kod tersebut diletakkan :

Dan dibawah ini hasilnya :



Untuk membuat kotak kod anda lebih profesional sila ikuti langkah2 dibawah :

Langkah 1 :

Pergi dashboard > Layout > Edit HTML dan muat turun terlebih dahulu template anda

Langkah 2 :

Carikan kod ]]></b:skin> dengan menekan Ctrl + F pada papan kekunci anda

Langkah 3 :

Letakkan kod dibawah sebelum kod ]]></b:skin>


.code {
background:#f5f8fa;
background-image:url(http://i142.photobucket.com/albums/r99/nilarimogard/30bmq7a.gif);
background-repeat:no-repeat;
border: solid #5C7B90;
border-width: 1px 1px 1px 20px;
color: #000000;
font: 13px 'Courier New', Courier, monospace;
line-height: 16px;
margin: 10px 0 10px 10px;
max-height: 200px;
min-height: 16px;
overflow: auto;
padding: 28px 10px 10px; width: 90%;
}

.code:hover {
background: #FAFAFA; background-image:url(http://i142.photobucket.com/albums/r99/nilarimogard/o7t4j9.gif);
background-repeat:no-repeat;
}
Lihat pada contoh gambar dibawah dimana kod diatas diletakkan :

Langkah 4 :

Savekan template anda

Langkah 5 :

Sekarang pergi ke Dashboard anda dan membuat posting baru di blog dan anda hanya perlu menambahkan kod dibawah


<div class="code">
YOUR CODE
</div>

Lihat hasilnya pada contoh gambar dibawah :

* Anda tidak boleh melihat kotak kod yang dibuat pada editor posting anda, jadi anda harus publish terlebih dahulu dan lihat posting anda di blog.

Baca Selanjutnya...

Membuat Desktop Origami Di Browser Anda

Papercritters.com halaman interaktif yang penuh dengan warna untuk membuat desktop origami di browser anda yang merupakan campuran antara anime dan paintshop. Laman ini dibangunkan menggunakan Adobe Flash Player jadi disarankan sebelum menggunakan paper critters terlebih dahulu pasangkan pemain flash pada komputer anda. Pereka laman ini memberikan keseluruhan kawalan ke atas setiap ciri mainan mereka dan anda boleh memilih warna, konfigurasi tubuh, raut wajah, dan sikap. Terdapat juga beberapa pilihan untuk membuat watak origami anda sebagai setia, jahat, lucu, atau pemberontak.


Ada pelbagai saiz untuk dipilih dan pandangan dari beberapa sudutnya juga kelihatan lancar. Setelah membuat origami anda sendiri, anda boleh pergi ke Colony dan melihat origami lain yang dihasilkan dari segi kedudukan keperibadian mereka, dan menetapkan mereka sesuai dengan karakteristik lain. Ini merupakan website yang menarik dan sangat interaktif dimana pengguna mempunyai jumlah keseluruhan kawalan ke atas hasil produk dan boleh memberi komen pada origami lain, mengumpul, berkongsi, dan mencetaknya.

Terdapat pelbagai pilihan yang boleh dipilih untuk mencantikkan hasil origami anda

Contoh origami penuh yang telah dihasilkan. (Sebijik macam amoi)

Layari PaperCritters di SINI



Baca Selanjutnya...

Bagaimana Meletakkan Efek Snow Pada Blogspot

Langkah 1 :

Pergi pada layout dan tekan pada Add a Gadget dan seterusnya pilih pula pada HTML/Javascript. Masukkan kod dibawah.


<script src="http://snow-effect.googlecode.com/files/snow.js" type="text/javascript">

Langkah 2 :

Berikut adalah gambar dimana kod tersebut diletakkan. Pastikan pada ruangan Title dibiarkan kosong.

Langkah 3 :

Seterusnya tekan butang Save dan lihat hasilnya.

Ingin melihat contoh bagaimana efek snow di dalam blog sila lihat di SINI

Nota : Bagi yang girlish bley la pkai efek snow ni. aku x. auww. haha =P


Baca Selanjutnya...

Semak Privasi Facebook

Jika anda tidak pasti sama ada anda sudah cukup terpelihara dengan apa yang anda berkongsi di Facebook, maka ReclaimPrivacy.org mempunyai Bookmarklet untuk membantu anda menjaga hak privasi data yang telah dikongsikan di laman sosial ini. ReclaimPrivacy akan memberitahu anda tentang semua yang perlu diketahui tentang privasi apabila anda berada di sebuah rangkaian sosial, dan juga menyediakan alat untuk mengimbas halaman profil anda. Alat ini bekerja sebagai Bookmarklet yang akan mengimbas halaman Facebook dan memberitahu anda tentang tetapan yang disetkan kepada umum supaya anda boleh menetapkannya dengan betul.

Halaman dan Bookmarklet ini adalah hasil ciptaan jurutera perisian (software engineer), Matt Pizzimenti. Menurut halaman tersebut, dasar privasi ReclaimPrivacy.org iaitu "Kami tidak akan melihat data Facebook anda" dan "Tidak pernah membahagikan maklumat peribadi anda". Pengimbas akan beroperasi sepenuhnya pada sisi client dalam pelayar pengguna katanya.

Untuk menjalankan Bookmarklet dan melihat samaada privasi anda di Facebook selamat atau pun tidak, hanya ikuti langkah2 di bawah :

1. Tarik butang Scan For Privacy ke panel bookmark pelayar anda.

2. Pergi pada tetapan privasi Facebook anda dan tekan pada bookmarklet tersebut.

3. Anda akan melihat serangkaian semakan privasi yang menyemak tetapan privasi anda dan memperingatkan anda tentang tetapan yang mungkin disetkan secara umum.

Layari laman ini di SINI

Nota : Anda rasa data anda selamat di Facebook?


Baca Selanjutnya...

Hostkan Fail SWF Anda Dengan SwfCabin

Anda mahu hostkan fail swf anda dengan cepat?. Jadi SwfCabin adalah penyelesaian terbaik untuk hostingkan segera swf, dimana fail swf yang dihostkan secara automatik akan diletakkan segera pada lamannya. SwfCabin membolehkan anda untuk menerbitkan fail swf anda dengan mudah. Dengan antara muka yang mudah anda hanya perlu memilih fail swf anda dan pilih sama anda anda ingin membenarkan fail yang telah dimuat turun diundi dan juga memudahkan pencarian swf ini dengan tickkan pada Allow Search.

Setiap fail swf yang dimuat naik akan diberikan ID timestamp yang unik menyambung kesemua butiran fail anda bersama-sama pada satu halaman mudah. Untuk mendapatkan url bagi fail swf anda, terdapat dua cara iaitu dengan mengubah sendiri nama fail melalui View Source dan menggunakan Usercript yang telah dicipta khas untuk mendapatkan URL fail anda.

Bagi cara yang pertama anda hanya perlu menekan pada View Source (CTRL + U) dan mengambil fail yang ada bersebelahan dengan kod SWFObject. Sebagai contoh lihat gambar dibawah :

Seterusnya tambah sahaja url laman SwfCabin iaitu http://www.swfcabin.com didepan fail yang diambil tadi. Contoh : http://www.swfcabin.com/swf-files/1274045043.swf.

Cara yang kedua pula anda boleh mendapatkan Usercripts swfCabin flash url di SINI. Untuk menjalankan Usercript ini anda memerlukan pelayar Mozilla dan mempunyai add-ons Greasemonkey. Cara ini lebih senang dari cara yang pertama kerana setelah fail swf anda telah berjaya dimuat naik, satu paparan akan muncul iaitu url flash anda pada kotak butiran swf.



Baca Selanjutnya...

Facebook Untuk Pengguna Muslim


ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam. Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.

Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.

"Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan," kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

"Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami," kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

"Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar," katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu. Setiap ahli memiliki 'dinding' untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan 'Millat' adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP

Sila pergi ke laman Millatfacebook untuk berdaftar.


Baca Selanjutnya...

Hosting Foto Percuma Dengan Pelbagai Fungsi



ImgNook adalah perkhidmatan hosting foto percuma yang membolehkan anda dengan mudah memuat naik gambar dan berkongsi dengan rakan-rakan anda, posting di laman web atau blog, dan sebagainya. Apa yang menariknya tentang ImgNook ini ialah mengenai perkhidmatan dan fungsi2 yang disediakan cukup banyak dan mudah untuk digunakan. Antara fungsi yang dirasai paling bagus sekali ialah Remote Upload dimana ianya secara automatik akan re-hostkan semula url gambar dari mana2 laman yang memberikan hosting foto percuma ke dalam hosting web ini sendiri.

Ciri2 ImgNook :

- Multi-image select (Pilih beberapa gambar dalam satu dialog, bukan satu per satu).
- Muat naik fail zip/rar yang mengandungi gambar. Compressed fail akan diekstrak dan gambar di muat naik secara berasingan.
- Remote upload (Re-host gambar yang sudah dihost di tempat lain).
- Upload history (Menyimpan rekod tentang apa yang telah anda muat naik sementara sesi anda masih aktif).
- Kemampuan untuk mengedit gambar selepas muat naik gambar.
- Galeri menampilkan gambar yang baru dimuat turun bersama-sama dengan jumlah.
- Statistik grafik menampilkan gambar muat turun, paparan gambar, dan bandwidth yang digunakan.
- Mengandungi link ke gambar asal, gambar tetap, dan thumbnail.
- Kemampuan untuk muat turun gambar dengan 1 klik.
- Fungsi email gambar yang dimuat naik dan boleh mengedit dan juga memadam link

"Jika halaman ini berjaya seperti saya harapkan, saya boleh melihat lebih ke dalam bagi mendapatkan beberapa aplikasi yang dibangunkan untuk pelbagai platform seperti mobile (Android & Apple) dan desktop (Windows, Linux, Apple). Juga kemungkinan besar saya akan membangunkan API untuk membiarkan orang untuk membuat aplikasi berdasarkan laman ini" kata pembangun laman ini.

Sila layari laman ImgNook Di SINI


Baca Selanjutnya...

Aplikasi Pengimbasan Anti-Virus Untuk Suapan Terbaru Facebook

Mungkin anda sering tertanya2 bila agaknya Facebook hendak menubuhkan perkhidmatan anti-malware sendiri?. Kini perkhidmatan tersebut sudah ada tersedia. Syarikat keselamatan terkenal Symantec telah mengeluarkan perkhidmatan anti-malware untuk Facebook yang melindungi anda daripada link berbahaya diposting kepada anda melalui suapan terkini. Aplikasi ini percuma untuk digunakan dan disebut sebagai "Norton Safe Web".

Aplikasi pengimbasan anti-virus ini dikeluarkan pada pertengahan Mei dan masih lagi tempoh percubaan (Beta). Perisian norton ini berfungsi sama seperti aplikasi Facebook yang lain. Anda klik untuk memberikan akses kepada profil anda dan kemudian imbas Norton Safe Web anda dan kemudian Norton Safe Web akan mengimbas suapan terkini untuk menyemak URL yang berbahaya seperti laman2 yang menyediakan perkhidmatan memendekkan URL seperti TinyUrl dan juga Bit.ly. Keputusan imbasan boleh dikongsikan dengan rakan2 anda dari aplikasi itu sendiri (Sebuah ciri yang berguna untuk memperingatkan orang lain tentang bahaya di Wall anda atau di Wall rakan anda)




Sedikit Masalah :

- Apabila menggunakan Google Chrome untuk melakukan pengimbasan, anda harus refresh halaman secara manual untuk melihat keputusan imbasan.
- Aplikasi tidak dapat mengimbas beberapa URL dan hanya ditandai sebagai "untested"
- Aplikasi hanya menyemak untuk URL yang diposting dalam masa 24 jam terakhir.
- Perisian tidak berjalan secara automatik. Ini bererti setiap kali anda ingin menguji keselamatan dari link dalam suapan terbaru anda, anda perlu memulakan dan menjalankan aplikasi imbasan secara manual

Sila layari applikasi Norton Safe Web di SINI


Baca Selanjutnya...

DontPhishMe : Addon Anti-Phishing Untuk Mozilla Firefox


DontPhishMe adalah addon Anti-Phishing untuk Mozilla Firefox yang memberitahu anda jika sesuatu laman web perbankan online yang anda lawati tampaknya akan meminta maklumat peribadi atau kewangan dengan alasan palsu. Jenis serangan ini, dikenali sebagai phishing atau spoofing yang sekarang ini menjadi lebih canggih, luas dan berbahaya. Itulah mengapa pentingnya anda untuk menggunakan semasa melayari internet dengan selamat apabila menggunakan addon DontPhishMe. DontPhishMe secara automatik akan memberi amaran kepada anda apabila anda telah menemui sebuah laman yang berusaha untuk menipu anda supaya mendedahkan maklumat peribadi.

Addon ini adalah inisiatif dari MyCERT, CyberSecurity Malaysia bagi memberikan mekanisme keselamatan dalam mencegah ancaman phishing talian banking secara khusus untuk bank Malaysia tempatan.


Senarai Disokong Halaman Perbankan Online :

- Maybank2u
- Cimbclicks
- Public Bank
- Bank Rakyat
- Bank Islam
- HSBC
- EON Bank
- UOB
- AMBank
- OCBC
- RHB
- Citibank
- Standard Chartered Bank
- Al Rajhi Bank

Komen Pembangun (Developer) :

DontPhishMe memerlukan kerjasama anda untuk melaporkan / memberitahu kami untuk mendapatkan hasil palsu positif (false positive) atau negatif palsu (false negative).

Perubahan pada website Bank asli mungkin mencerminkan hasil dari plugin ini.

Sila memberitahu kepada kami jika ada bank lain di Malaysia yang memberikan penyelesaian perbankan online yang belum disokong oleh DontPhishMe.

Kredit [penyumbang] :
1) Shahrir (Geekzlife.net)
2) Ismail Mohd Norfaizah Siti
3) Tabrani Muhammad Hafiz
4) Hairul Anuar, MCMC

Kredit [laporan bug] :
1) Adli Abd Wahid
2) Idris Ahmad Azizan
3) Mohammad Nur Mohammad Kamil Alta
4) Shah Mohamed Hatta
5) Hafez Kamal

Kredit [ujian & ulasan] :
1) Alip Asri Aswalid
2) Nabi Zakaria Faisal Farhan
3) Taqiyuddin Ahmad Izuddin

Untuk memasang addon ini sila layari di SINI

Nota : Sokong addon buatan Malaysia!. haha ;D

Baca Selanjutnya...

Tukar Latar Belakang Wallpaper Di Google Seperti Bing


Dulunya enjin carian Bing dari Microsoft sahaja yang membolehkan anda menukarkan latar belakang pada halaman utama, sekarang anda boleh melakukan perkara serupa pada halaman utama Google. Ciri baru Google ini diaktifkan melalui Picasa (Perkhidmatan penyimpanan foto online Google). Pengguna Google akan dapat menetapkan laman carian menggunakan gambar dari akaun peribadi atau gambar2 yang disimpan secara awam.

Pengumuman, yang datang dari Naib Prinsip Carian Produk Google, Marissa Mayer, gagal untuk memberi sebab mengapa keputusan untuk menambah ciri ini disesuaikan baru saja kini telah dibuat oleh pembangun Google. Pada pandangan, alasan yang paling jelas ialah ingin meniru enjin carian dari Microsoft iaitu Bing, yang telah menerima banyak pujian untuk menampilkan gambar yang berbeza dalam halamannya setiap hari.

Menukarkan Latar Belakang Pada Halaman Utama Google :

1.) Pergi pada google.com dan sila login masuk akaun anda.

2.) Klik 'Change Background Image' pada bahagian kiri bawah laman utama Google.

3.) Kemudian pilih gambar untuk memaparkannya sebagai latar belakang dari media awam atau dari album foto Picasa anda. Anda boleh menggunakan gambar dengan resolusi 800x600 dan minimum format yang digunakan : JPEG, TIFF, BMP, PSD, RAW.

4.) Setelah membuat pilihan foto, klik butang Pilih untuk memaparkan gambar latar belakang sebagai wallpaper di laman carian Google.

Untuk membuang latar belakang tersebut hanya klik pada 'Remove Background Image'


Baca Selanjutnya...

6 Hacker Terhebat Dunia

1.) Jonathan James

James adalah rakyat Amerika, semasa berumur 16 tahun dia dimasukkan ke penjara kerana membocori laman pertahanan Amerika Syarikat dan dia cuma berkata dia melakukan perkara tersebut semata-mata untuk kepuasannya sendiri. NASA menderita akibat kepandaiannya, James mencuri software NASA yang berharga $1.7 juta dollar AS. Sehingga NASA terpaksa untuk mematikan server dan sistemnya. Kerana kelakuannya, dia tidak boleh menyentuh komputer selama 10 tahun.

2.) Adrian Lamo

Dia menghack New York Times untuk mendapatkan info peribadi dan beberapa nombor security . Dia akhirnya didenda $65,000 dollar US.

3.) Kevin Mitnick

Inilah legenda hidup yang benar-benar mantap dalam dunia hack.

Antara yang dia lakukan :

-Mengkaburi FBI

-Hacking kedalam DEC system (Digital Equipment Corporation)

-Mendapatkan password administrator dalam satu komputer IBM supaya menang perjudian.

-Hacking Motorola, NEC, Nokia, Sun Microsystems dan Fujitsu Siemens systems

Dan masih banyak lagi kelakuan dia yang luar biasa.

Seorang white hat hacker pun yang bernama Tsutomu Shimomura pun dihack komputer sistemnya oleh Kevin, dan terjadilah perang hacker. Dia ditangkap oleh FBI dengan bantuan Tsutomu Shimomura yang mengesan jaringan HP yang dibawa Mitnick saat itu. Tapi sekarang dia sudah insaf dan menjadi seorang penulis buku, konsultan security, dan pemudahcara.

4.) Kevin Poulsen

Juga dikenal dengan Dark Dante. Dia menghack database FBI. Selain itu dia juga menghack seluruh talian telefon kerana memang kemahiran dia menghack talian telefon. Saat ini dia jadi senior editor di Wired News, dan berjaya menangkap 744 penawaran sex melalui profiles Myspace.

5.) Robert Tappan Moris

Orang yang pertama kali membuat Worm, yang dinamakan Morris Worm melalui internet dan menyebarkan wormnya yang mengakibatkan lebih kurang 6000 komputer jadi down..!!!

Dia akhirnya dipenjarakan rumah selama 3 tahun dan didenda sebesar $10,500 dollar. Sekarang dia bekerja sebagai professor di sebuah MIT Computer Science and Artificial Intelligence Laboratory!!

6.) Karl Koch

Dia berasal dari Hannover Jerman yang menamakan komputernya FUCKUP (First Universal Cybernetic-Kinetic Ultra-Micro Programmer). Dia melakukan beberapa kajian dalam menghack pada kurun waktu 1985-1988. Dia juga seorang penagih kokain.

Dia berjaya membolosi beberapa sistem ketenteraan AS dan menghack sebuah pusat tenaga nuklear AS pada zaman perang dingin dan hasil hacknya dijual ke KGB (Agen Rahsia Soviet Union). Dia ditemui mati pada tahun 1988, menurut info dia membakar tubuhnya sendiri namun ada yang mengesyaki menjadi mangsa konspirasi.



Baca Selanjutnya...

Pelbagaikan Status Facebook Anda Dengan FunnyFacebook

FunnyFacebook adalah laman yang dibangunkan oleh Eko Priyanto (gecko) iaitu seorang pengemar PHP dari Indonesia. Di FunnyFacebook anda dapat mengemaskinikan status anda dengan menggunakan pelbagai aplikasi yang tersedia seperti iPhone 4, Blackberry, iPad, Ps3, Nokia 3310 dan lebih 17251 aplikasi yang tersenarai sekarang ini. Sebelum ini anda biasanya menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas atau melayari sahaja Facebook menggunakan Facebook Mobile dan aplikasi yang tersedia untuk mengemaskini status anda, kini dengan FunnyFacebook anda dapat pelbagaikan status anda dengan aplikasi2 yang menarik.

Cara Menggunakan FunnyFacebook :

p/s : Login masuk dulu pada akaun Facebook anda

1.) Pergi pada funnyfacebook.tk

2.) Pilih pada random device yang tersedia ataupun tekan browse untuk lebih banyak status aplikasi yang boleh digunakan

3.) Sebagai contoh aku menggunakan via iPhone 4. Klik sahaja pada butang Update Via iPhone 4

4.) Satu paparan popup akan muncul dan disitu anda boleh tulis apa sahaja yang terlintas dalam fikiran dan tekan butang Publish apabila selesai

Sebagai Contoh Lihat Pada Gambar Dibawah :

Untuk membuat aplikasi anda sendiri, anda boleh daftar akaun anda di SINI

Layari laman FunnyFacebook Di SINI


Baca Selanjutnya...

Uji Kepantasan Menaip Anda Dengan Keybr.com

Keybr.com adalah laman yang direka sebagai sebuah permainan flash yang boleh membantu anda meningkatkan kemampuan menaip anda. Anda boleh memilih perkataan secara rawak yang disediakan Keybr.com dan cuba menaipnya sepantas dan setepat yang anda boleh. Sekiranya anda bosan dengan perkataan yang sama, anda boleh mengimport kandungan daripada laman web dan blog untuk anda cuba menaipnya. Mana2 perkataan yang tersilap taip akan ditandakan dengan warna merah.

Graf prestasi turut disediakan untuk anda melihat prestasi pencapaian anda dari semasa ke semasa dan dengan itu anda boleh mencatatkan nama anda sebagai penaip terpantas di lamannya. Jika anda mahukan lebih cabaran anda boleh pilih pada mod random text dan memilih pada tahap level ke 3.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Keybr.com anda boleh pergi pada bahagian help. Di sini terdapat peraturan dan penerangan yang lengkap bagaimana menggunakan keybr dengan sebaiknya. Bagi menyenangkan anda memuat masuk kandungan yang terdapat pada mana2 laman anda boleh memasangkan butang keybr pada pelayar. Hanya seretkan butang keybr tersebut pada bookmark toolbar anda.

Sila layari laman keybr.com di SINI

Nota : Berapa laju anda taip?.


Baca Selanjutnya...