Template by:
Free Blog Templates

Sabtu, 27 Februari 2010

Cara-cara Menggunakan WinToFlash Untuk Install Windows XP, Windows Vista, dan Windows 7

Adakalanya bila CD/DVD-ROM rosak, anda perlu install Windows menggunakan pen drive. Malah pen drive juga lebih senang dibawa.

Anda boleh membuat pen drive pemasangan Windows ini dengan mudah menggunakan WinToFlash. Windows yang disokong termasuklah Windows XP, Windows Vista, dan Windows 7.

Apa yang anda perlukan adalah CD/DVD pemasangan Windows tersebut dan sebuah pen drive. Kemudian ikut langkah-langkah di bawah:

Cara-cara Menggunakan WinToFlash

  • Download WinToFlash dan install seperti biasa.
  • Buka WinToFlash.
  • Pada tab Task, pilih jenis Windows yang anda ingin masukkan ke dalam pen drive. Kemudian klik Run.

WinToFlash

  • Masukkan CD/DVD pemasangan Windows, dan nyatakan lokasinya pada 'setup file path'
  • Masukkan pen drive, dan nyatakan lokasinya pada 'USB Drive'

WinToFlash

  • License Agreement akan dipaparkan, jika ada. Pilih 'I Accept' dan klik Continue

win-to-flash-03

  • Sebuah tetingkap akan dipaparkan menyatakan yang pen drive anda akan diformat. Klik OK.

win-to-flash-04

  • Proses menyediakan pen drive anda bermula. Apabila proses ini selesai, anda sudah boleh menggunakannya untuk install Windows.

win-to-flash-05

Guna pen drive ini untuk install Windows seperti biasa. Jangan lupa untuk menetapkan boot sequence pertama kepada pen drive, supaya komputer dapat mengesannya sewaktu dihidupkan.



Baca Selanjutnya...

Sabtu, 13 Februari 2010

Google Buzz Dilancarkan-Pesaing Twitter, Facebook, atau Google Wave?

Google baru sahaja melancarkan Google Buzz, sebuah social network yang menyerupai Twitter dan Facebook. Ia membolehkan anda berkongsi buah fikiran, gambar, link dan banyak lagi.

Kali pertama anda membuka Google Buzz, kawan-kawan akan ditambah secara automatik berdasarkan kenalan anda di GMail, dan anda sudah boleh melihat udpate daripada mereka. Ini merupakan cara yang bijak daripada Google untuk memudahkan pengguna memahami apa itu Google Buzz.

Untuk menyaingi Facebook dan Twitter, Google Buzz cuba menawarkan integrasi dengan pelbagai servis lain seperti Flickr, Picasa, malah Twitter sendiri. Dengan integrasi seperti ini, mungkin anda boleh menjadikan Google Buzz sebagai tempat untuk menguruskan segala jenis servis yang anda miliki. Namun bagi sesetengah orang, mereka tidak perlukan satu lagi tempat yang lain untuk memeriksa komen bagi update yang telah dikirimkan di Facebook, Twitter dan sebagainya.

Google Buzz mempunyai beberapa penambahbaikan berbanding Facebook dan Twitter. Contohnya, anda boleh menyertakan lebih daripada satu gambar pada update. Anda juga dibenarkan untuk menyertakan link atau nama pengguna Buzz yang lain dalam ruangan komen.

Seperti Facebook, anda boleh mengikuti komen dengan mudah pada Google Buzz, tidak seperti sistem komen Twitter yang berterabur. Saya sangat menyukai perkara ini kerana ia menggalakkan perbincangan yang berterusan.

Satu lagi langkah bijak daripada Google adalah dengan membina Google Buzz di dalam GMail. Jadi, para pengguna GMail sedia ada tidak perlu pergi ke laman lain untuk menggunakan Google Buzz (sebab yang saya saya tak mencuba FriendFeed atau Yahoo Meme secara mendalam, kerana perlu pergi ke laman lain). Malah, mungkin GMail akan menerima pendaftaran baru daripada pengguna yang ingin mencuba Google Buzz.

Terdapat juga beberapa pandangan yang mengatakan Google Buzz mungkin akan membunuh Google Wave, produk Google yang baru diperkenalkan tidak lama dahulu. Mungkin kerana terdapat sedikit persamaan di antara kedua-dua servis ini, yang akan membuatkan orang ramai meninggalkan Google Wave.

Bagaimana pula dengan pandangan anda? Adakah Google Buzz akan bertahan atau popularitinya hanya akan bertahan sekejap sahaja seperti Google Wave? Adakah Google Buzz akan menggantikan Twitter atau Facebook?


Baca Selanjutnya...