Template by:
Free Blog Templates

Sabtu, 12 Disember 2009

Dropbox-Selaraskan Dokumen Pada Windows, OS X, dan Linux

Dropbox

Saya menggunakan MacBook sewaktu bekerja di pejabat, dan PC sewaktu berada di rumah. Oleh kerana saya kerap bertukar-tukar di antara dua komputer ini, saya memerlukan cara supaya mereka boleh berkongsi fail-fail yang sama, terutamanya fail yang sering dikemaskini.

Di sinilah saya menggunakan Dropbox, sebuah servis online storage. Dropbox membolehkan anda menyimpan dokumen secara online, dan ia akan diselaraskan pada semua komputer yang anda guna.

Untuk upload fail ke Dropbox adalah sangat mudah, anda cuma perlu copy dan paste fail-fail ke dalam folder Dropbox yang disediakan, sama seperti operasi copy dan paste biasa dalam Windows.

Sebarang perubahan yang dibuat ke atas fail tersebut akan dikemaskini secara automatik ke dalam server Dropbox. Ini bermakna jika anda membuka Dropbox dari komputer yang lain, fail tersebut telah dikemaskini ke versi yang terkini.

Anda juga boleh mengakses fail-fail anda di laman web Dropbox. Cara ini sesuai digunakan sekiranya anda berada di komputer awam, Cyber Cafe misalnya.

Dropbox boleh digunakan pada Windows, OS X, dan Linux. Dapatkan Dropbox di sini.


Baca Selanjutnya...