Suatu ketika dahulu, iklan komputer yang tersiar di majalah begitu mudah difahami. Ini adalah kerana pilihan pengguna terhad kepada beberapa pemproses sahaja di samping beberapa pilihan lain yang berkaitan dengan komponen-komponen komputer. Apa yang dimaksudkan dengan komponen termasuklah pemacu cakera keras sehinggalah kepada kad bunyi. Bagaimanapun pilihan spesifikasi komputer pada hari ini agak memeningkan kepala kerana disertakan dengan pelbagai istilah yang mengelirukan. Tambahan pula ada dikalangan yang begitu sukar untuk memahami beberapa istilah tertentu yang menerangkan tentang spesifikasi komponen. Tidak terkecuali juga beberapa istilah yang digunakan untuk menerangkan tentang ingatan komputer atau Ingatan Akses-Rawak (Random-Access Memory @ RAM).
Sama ada disedari ataupun tidak, RAM tersebut terdiri daripada pelbagai jenis yang berlainan fungsi dan keupayaannya. Sehingga kini singkatan istilah RAM telah ditokok tambah dengan beberapa huruf tertentu dihadapannya sehingga muncul senarai singkatan seperti berikut ; DRAM, VRAM, SRAM, SDRAM serta WRAM. Singkatan sedemikian mungkin sudah cukup untuk mengelirukan orang apatah lagi dengan kemunculan pelbagai istilah yang terkini.
Dalam artikel ini akan dijelaskan beberapa kekeliruan tentang istilah, fungsi dan prestasi pelbagai bentuk RAM tersebut. Pertama sekali kita akan lihat secara ringkas bagaimana RAM berfungsi di samping hubungkaitnya dengan CPU (Unit Pemprosesan Pusat atau Pemproses). CPU komputer peribadi ; kemungkinan terdiri daripada jenis Intel 486, Pentium atau AMD, sebenarnya boleh diumpamakan sebagai jantung kepada komputer di mana data akan diproses dan arahan komputer ditafsirkan. Komponen yang berintegrasi dengan CPU pula adalah sistem ingatan utama yang lebih dikenali sebagai RAM. Kedua-dua komponen tersebut menjadi teras komputer anda, manakala komponen lain seperti pemacu cakera keras dan kad video, hanyalah pelengkap kepada aktiviti pusat. Tidak hairanlah jika ia hanya di kenali sebagai komponen kelengkapan.
CPU tersebut akan menjadikan RAM sebagai kawasan penyimpan data semasa, keputusan pengiraan dan pelbagai arahan program. Simpanan ini juga amat penting untuk melaksanakan beberapa tugasan yang diperlukan oleh sesuatu program yang sedang berjalan. Bagi menyimpan atau mengakses data dari simpanan data tersebut, CPU akan menjurus kepada alamat ingatan (memory address) bagi sesuatu maklumat yang diperlukan. Sementara bas (bus) alamat membolehkan CPU tersebut menghantar alamat kepada RAM, manakala bas data membolehkan pemindahan data sebenar kepada CPU. Istilah bas itu sendiri merujuk kepada perkaitan di antara CPU dan RAM peranti tersebut yang membolehkan mereka berkomunikasi. Kayu pengukur yang digunakan bagi menilai prestasi persembahan RAM ialah masa akses iaitu jumlah masa yang diambil oleh CPU untuk mengeluarkan arahan segera kepada RAM bagi membaca data tertentu, yang bermula daripada satu alamat sehinggalah CPU menerima data sebenar.
Lazimnya pada masa ini cip RAM memiliki kepantasan 60-ns, yang bermaksud ia mengambil masa selama 60 nanosaat (1 nanosaat bersamaan dengan 1 bilion saat) untuk melaksanakan satu pusingan perjalanan tersebut. Akses masa tersebut adalah lebih pantas berbanding cip 100 – 200-ns beberapa tahun yang lampau tetapi ia masih perlahan berbanding dengan masa akses yang ideal – masa akses bernilai sifar yang boleh direalisasikan sekiranya CPU tersebut menyimpan kesemua data. Bagi meningkatkan kepantasan capaian data, CPU terpaksa mengakses kepada ingatan cache (biasanya dirujuk sebagai cache sahaja). Pada kepantasan 20-ns atau lebih, ingatan cache adalah lebih pantas berbanding dengan ingatan utama, tetapi sistem PC kurang mengandungi ingatan cache berbanding ingatan utama RAM kerana harganya lebih mahal. Oleh itu hanya data yang mungkin diperlukan oleh CPU sahaja akan ditempatkan di dalamnya. Pemilihan data tersebut akan dikendalikan oleh pengawal cache (cache controller).
Cip ingatan hanya berfungsi apabila ia menyimpan cas-cas elektronik. Komponen ini diperbuat daripada kapasitor dan transistor, di mana kapasitor akan menyimpan cas manakala transistor pula akan menukarkan cas tersebut kepada fungsi ‘on’ atau ‘off’. Dengan kewujudan cip RAM, sistem PC boleh mengubah kedudukan ‘on’ atau ‘off’ cas tersebut. Berbeza dengan cip ROM (Read-Only Memory) di mana cas-cas tersebut akan berada pada kedudukan ‘on’ atau ‘off’ secara kekal.
Kesemua teknologi yang terdapat pada RAM akan menekankan kepada kepantasan dan pengeluarnya berusaha untuk menawarkan kepantasan yang lebih tanpa meningkatkan kos. Disebabkan teknologi CPU sudah semakin pantas maka teknologi ingatan juga harus seiringan di samping memerlukan jenis-jenis RAM yang berbeza. Keterangan secara ringkas mengenai istilah-istilah ingatan yang seterusnya adalah seperti berikut:
RAM (Random-Access Memory)
Ia merupakan istilah menyeluruh bagi semua ingatan yang boleh dibaca atau ditulis secara tidak sehala (non-linear). Bagaimanapun ia merujuk secara khusus kepada ingatan berasaskan cip apabila kesemua ingatan berasaskan cip sebelum ini dikatakan bersifat akses-rawak. RAM adalah agak berlainan dengan ROM, kerana komputer hanya boleh membaca pada ROM tetapi boleh membaca dan menulis pada RAM.
SIMM (Single In-line Memory Module) dan DIMM (Dual In-line Memory Module)
SIMM dan DIMM sebenarnya tidak merujuk kepada jenis-jenis memori tetapi merujuk kepada modul (papan litar yang berserta dengan cip) di mana RAM dipakejkan bersama. SIMM merupakan modul yang terdahulu dengan menawarkan laluan data sebanyak 32-bit. Disebabkan pemproses Pentium telah direkabentuk untuk menangani laluan data yang lebih lebar daripada itu, SIMM mesti digunakan secara berpasangan dengan papan utama Pentium. Bagaimanapun SIMM masih boleh digunakan secara tunggal teteapi hanya di atas papan utama yang berasaskan pemproses 486 atau pemproses yang lebih perlahan.
Manakala DIMM yang merupakan modul terbaru akan menawarkan laluan 64-bit agar menjadikan lebih sesuai untuk digunakan bersama pemproses Pentium dan pemproses terbaru yang lain seperti AMG dan Cyrix. Dari segi pembelian komponen ingatan, setiap unit DIMM terbukti berupaya untuk mengendalikan kerja-kerja yang boleh dilakukan oleh dua unit SIMM. Tambahan pula ia boleh digunakan secara tunggal pada papan utama Pentium. Dari segi jangka panjang pula DIMM adalah lebih ekonomik kerana ia tidak perlu menambah satu lagi DIMM pada sistem ingatan komputer.
DRAM (Dynamic RAM)
DRAM pula merupakan sejenis ingatan piawaian utama dalam komputer hari ini dan ia akan dirujuk apabila anda hendak memberitahu seseorang bahawa PC anda memiliki 32MB RAM. Di dalam DRAM, maklumat akan disimpan sebagai satu siri cas elektronik dalam sebuah kapasitor. Dalam setiap milisaat (milisecond) pengecasan secara elektronik kapasitor pada DRAM tersebut akan nyahcas (discharge) dan perlu disegarkan semula (refresh) untuk mengekalkan nilainya. Penyegaran secara berterusan ini telah dijadikan alasan untuk meletakkan istilah dynamic di hadapan susunan huruf RAM.
FPM RAM (Fast Page-Mode RAM)
Sebelum kemunculan EDO RAM, semua ingatan utama yang terdapat di dalam PC adalah dari jenis mod-halaman pantas (fast page-mode variety). Nama tersebut juga tidak begitu dikenali manakala jenisnya pula hanyalah satu. Bagaimanapun kemajuan teknologi telah berjaya mengurangkan masa akses bagi FPM RAM daripada 120-ns (nanosaat) kepada masa akses sekarang iaitu 60-ns. Bagaimanapun pemproses Pentium hanya mengiktiraf bas berkepantasan 66 Mhz kerana bas tersebut lebih pantas keupayaannya berbanding dengan keupayaan FPM RAM. Dengan kepantasan 60-ns akan membolehkan modul RAM melaksana akses halaman rawak (di mana halaman dirujuk sebagai satu rantau ruangan alamat) di bawah kepantasan 30 Mhz walaupun ia dianggap terlalu perlahan berbanding dengan kepantasan bas.
EDO RAM (Extended-Data-Out RAM)
EDO RAM sebenarnya tidak lebih daripada satu peningkatan kepada FPM RAM. Apa yang penting ialah ia mengiktiraf kebanyakan masa apabila CPU meminta ingatan bagi sesuatu alamat tertentu, di samping meminta beberapa alamat lain yang berdekatan. Di samping mendesak setiap akses ingatan kembali segar, EDO RAM bergantung pada lokasi akses sebelumnya bagi memecut akses ke alamat yang berdekatan. EDO RAM mempercepatkan kitaran ingatan, dengan meningkatkan prestasi di dalam ingatan sebanyak 40 peratus. Tetapi EDO RAM hanyalah efektif bagi bas berkepantasan 66 Mhz dan ia boleh dipercepatkan lagi dengan keupayaan pintasan yang terdapat pada kebanyakan pemproses terkini seperti AMD, Cyrix dan Intel.
BEDO RAM (Burst Extended-Data-Out RAM)
Bagi meningkatkan kepantasan mengakses data ke dalam cip memori DRAM, satu teknologi yang dikenali sebagai bursting telah dibangunkan untuk tujuan tersebut. Teknologi ini melibatkan penghantaran blok data yang besar untuk diproses kepada unit-unit data yang lebih kecil. Istilah DRAM pada cip tersebut adalah merujuk kepada teknologi penghantaran data terperinci yang meliputi penghantaran beberapa halaman alamat di dalam cip memori.
SDRAM (Synchronous Dynamic RAM)
Terdapat dua kelebihan yang terdapat pada cip memori jenis SDRAM. Pertama, ia boleh mengendalikan kepantasan bas sehingga 100 Mhz dan kedua, cip memori jenis SDRAM boleh dihubungkan (synchronized) dengan sistem jamnya sendiri. Teknologi yang terdapat pada cip ini membolehkan dua halaman memori dibuka secara berterusan.
Manakala cip memori jenis SLDRAM merupakan replikasi cip jenis SDRAM yang telah dipertingkatkan teknologinya dengan menawarkan kepantasan bas yang lebih tinggi dan ia menggunakan peket-peket kecil data untuk mengendalikan alamat yang diminta; pemasaan dan arahan kepada cip memori DRAM. Pemilihan SLDRAM hanya melibatkan kos yang rendah tetapi prestasi memori yang ditawarkan adalah lebih tinggi.
SRAM (Static Random-Access Memory)
Perbezaan di antara cip memori jenis SRAM dan DRAM ialah di mana cip DRAM mesti disegarkan secara berterusan sedangkan cip SRAM dapat melakukan secara otomatik dan ia hanya berlaku apabila satu arahan bertulis dilaksanakan. Jika arahan bertulis tidak dilakukan maka tiada sebarang perubahan pada cip SRAM dan keadaan ini dikenali sebagai static. Kelebihan yang terdapat pada cip memori jenis SRAM berbanding dengan cip jenis DRAM ialah kepantasannya yang boleh mencapai 12-ns manakala 50-ns bagi cip memori jenis BEDO. Manakala kelemahan yang dimiliki oleh cip jenis SRAM terletak pada harganya yang lebih mahal daripada DRAM. Setakat ini SRAM kerap digunakan di dalam PC pada tahap cache yang kedua atau L2 Cache.
L2 Cache
Istilah cache adalah merujuk kepada kaedah peramalan dan pengendalian data yang akan diminta dan yang sudah dimiliki. Apabila sebuah CPU membuat satu permintaan terhadap data, maka data tersebut boleh diperolehi daripada salah satu tempat berikut iaitu L1 cache, L2 cache, memori utama atau cakera keras.
Cip L1 cache terletak di atas CPU dan saiznya lebih kecil daripada ketiga-tiga tempat simpanan data yang lain. Manakala cip L2 cache merupakan kawasan memori yang berasingan dan ia boleh dikonfigurasikan bersama cip memori jenis SRAM. Pencarian data lazimnya bermula di dalam cip L1 cache kemudian beralih kepada cip L2 cache, cip DRAM dan seterusnya dalam cakera keras. Cip L2 cache terletak di antara cip jenis DRAM dan CPU, manakala fungsinya menawarkan akses yang lebih pantas daripada prestasi cip DRAM. Sistem cache diwujudkan untuk membolehkan akses memori yang lebih pantas dan mungkin sepantas CPU.
Async SRAM (Asynchronous SRAM)
Cip yang dikenali sebagai Async SRAM telah pun wujud sejak kemunculan teknologi pemproses 386 lagi dan masih mendapat tempat di dalam L2 cache bagi kebanyakan PC. Ia dinamakan asynchronous kerana cip memori jenis ini tidak dihubungkan dengan sistem jam. Jadi CPU mesti menunggu terlebih dahulu data yang telah diminta daripada L2 cache.
Sync SRAM (Synchronous Burst SRAM)
Seperti mana cip jenis SDRAM, cip memori yang dinamakan sebagai Sync SRAM juga dihubungkan dengan sistem jam untuk menjadikannya lebih pantas daripada prestasi Async SRAM yang biasa digunakan untuk L2 cache yang berkelajuan di sekitar 8.5-ns. Bagaimanapun cip Sync SRAM akan hilang keupayaannya apabila dihubungkan pada kepantasan bas yang melebihi 66 Mhz.
PB SRAM (Pipeline Burst SRAM)
Cip memori jenis PB SRAM menggunakan sistem yang dinamakan sebagai pipelining dan kepantasannya sedikit ketinggalan di belakang sistem yang dipanggil synchronization. Bagaimanapun peningkatan teknologinya mungkin melebihi teknologi yang dimiliki oleh cip memori Sync SRAM kerana ia direkabentuk agar serasi dengan bas yang memiliki kepantasan 75 Mhz atau lebih tinggi. Cip memori jenis PB SRAM bakal memainkan peranan utama di dalam memantapkan lagi prestasi sistem komputer yang menggunakan mikropemproses Pentium II atau yang lebih tinggi.
VRAM (Video RAM)
Cip memori jenis VRAM berfungsi dengan baik pada prestasi video dan boleh menjumpainya pada kad video accelerator atau pada papan induk yang memiliki teknologi video. Cip VRAM biasanya digunakan untuk menyimpan kandungan pixel bagi sebuah paparan grafik.
Penggunaan cip VRAM akan memberikan prestasi video yang pantas dan berupaya mengurangkan tekanan pada CPU. Cip VRAM melibatkan penggunaan dua port akses kepada sel memori dan salah satu daripadanya digunakan secara tetap untuk menyegarkan paparan dan yang satu lagi digunakan untuk mengubah data yang akan dipaparkan. Penggunaan dua port dapat memberikan persembahan video yang pantas berbanding dengan penggunaan cip DRAM dan cip SRAM yang hanya memiliki satu port akses.
WRAM (Windows RAM)
Seperti mana cip VRAM, cip memori jenis WRAM juga memiliki port berganda dan ia digunakan untuk persembahan grafik. Pengoperasian cip memori jenis WRAM adalah sama seperti cip jenis VRAM, tetapi ia menggunakan jalur lebar yang lebih tinggi sebagai tambahan kepada beberapa ciri grafik untuk kegunaan pembangun aplikasi. Cip memori jenis WRAM juga menggunakan sistem yang dikenali sebagai buffering data berganda bagi meningkatkan kepantasan penyegaran skrin.
SGRAM (Synchronous Graphics RAM)
Cip memori jenis SGRAM telah digunakan terutamanya pada kad accelerator video dan ia merupakan sejenis RAM berport tunggal. Prestasinya dipertingkatkan dengan penggunaan sistem yang dipanggil dual-bank akan membolehkan dua permukaan memori dapat dibuka secara berterusan. Penggunaan cip memori jenis SGRAM adalah sesuai bagi pemain video 3-D (tiga dimensi) kerana terdapat sebuah blok-bertulis yang akan memecut segala muatan grafik pada paparan skrin. Video tiga dimensi biasanya memerlukan pecutan yang pantas iaitu dalam julat 30 hingga 40 bingkai dalam tempoh sesaat.
Baca Selanjutnya...
Khamis, 29 Januari 2009
Jenis-jenis RAM
BIOS
BIOS : (Basic Input/Output System; pr. “by-oss”) Satu program untuk setup perkara paling penting dalam setiap PC seperti berapa banyak hard disk, ram, dll.perkara basic ini dikesan pada mula sekali PC anda dibuka. Selalunya kita masuk ke BIOS dengan samada menekan butang F8,DEL atau ENTER untuk mengemas kini maklumat hardware yang baru ataupun mengubah spesifikasi penggunaan sesuatu hardware. BIOS settings disimpan dalam satu memori yang sangat special iaitu CMOS.
BIOS adalah untuk load operating system. Bila anda membuka PC anda, microprocessor akan generate arahan pertama. BIOS akan memberi arahan pertama tersebut. Tugas BIOS yang lain adalah:
* A power-on self-test (POST) untuk memastikan semua hardware berfungsi dengan baik.
* Activating other BIOS chips on different cards installed in the computer - Mengaktifkan mana-mana BIOS chip yang baru dipasang dalam PC set anda.
* Providing a set of low-level routines that the operating system uses to interface to different hardware devices - mengendalikan beberapa peralatan komputer anda seperti keyboard, the screen, and the serial and parallel ports, terutama semasa sedang boot atau start.
* Menguruskan beberapa settings untuk hard disks, clock, dll.
Ini adalah beberapa rutin yang dilakukan oleh BIOS semasa anda start PC:
1. Memeriksa CMOS Setup untuk pengubahsuaian settings
2. Load device drivers
3. Memulakan pendaftaran dan power management
4. Melaksanakan power-on self-test (POST)
5. Memapar settings system
6. Menentukan hardware device mana yang boleh di boot
7. Memulakan aturan bootstrap
Baca Selanjutnya...
Cara Format Windows XP
Kebanyakan pengguna komputer sistem operasi Windows XP Pro atau Home
sering mengalami masalah yang serius semasa menggunakan komputer.
Jalan terakhir yang sering dilakukan ialah format komputer (format hard disk)
Langkah2 yang perlu diambil SEBELUM format;
Bagi komputer yang telah sedia ada sistem operasi
1. Sediakan CD Pemasangan Windows XP (Windows XP Installation CD)
2. Sediakan CD Motherboard dan CD driver yang berkenaan
Driver perlu dipasang ke dalam sistem operasi selepas format untuk memastikan semua peranti berfungsi dengan sempurna.
3. CD program dan utiliti yang biasa dipasang dalam komputer.
4. Pastikan nama/model motherboard dan cuba layari laman web pengeluar motherboard.
(boleh guna program Everest)
Download driver motherboard terkini dan simpan di lokasi yang berasingan dari sistem operasi sekarang.
5. Pastikan hard disk anda mempunyai sekurang2nya 2 partition
Backup dulu mana2 fail penting yang disimpan dalam C: ke dalam D:
(Biasanya dalam folder MyDocuments)
Keadaan PC anda:
1. Hard Disk ada 2 partition C: dan D:
C: ada Windows dan D: ada Data
Partiton C: akan diformat semula dengan kata lain semua fail dalam C: akan dihapuskan
termasuk sistem operasi, program, driver dan data.
2. PC ada CDROM/DVDROM (E:)
3. Jika sekiranya PC boot terus melalui C: , anda terpaksa ubah supaya PC boot melalui CD/DVD
Ubah boot dalam BIOS. Jadikan boot device seperti berikut;
1st boot device = CDROM
2nd boot device = Hard Disk 0 (jika ada beberapa pilihan)
3rd boot device = disable
dan seterusnya.
Mulakan Format Hard Disk Dan Install Windows XP
Baca Selanjutnya...
Rabu, 28 Januari 2009
Mengenali RAM
Komputer menjalankan tugasnya berpandukan kepada
Apabila membicarakan komputer, kita sering kali mendengar orang membicarakan processor, RAM dan beberapa komponen komputer yang lain. Soalan-soalan seperti :
"Processor apakah yang kamu guna ?"
"Berapakah kelajuan komputer kamu ?"
"Berapa RAM komputer kamu ?"
Jumlah memori yang mampu disimpan oleh komputer mempengaruhi kelajuan komputer dalam menjalankan sesuatu tugas. Ini bermakna lebih besar memori lebih laju komputer itu. (Kelajuan komputer tidak hanya bergantung kepada RAM tetapi komponen-komponen lain seperti processor, sistem bus dan storan ).
RAM merupakan singkatan kepada Random Acces Memory atau Ingatan Capaian Rawak. Diantara ciri-ciri RAM ialah ia merupakan ingatan sementara dan kapasitinya diikur dalam unit Megabyte (MB). Pada masa sekarang kapasiti RAM yang biasa digunakan pada komputer adalah 16 MB, 32MB, 64MB dan 128MB. Bagaimana pun kebanyakan komputer mempunyai RAM sekitar 32 dan 128 MB. Ini kerana sistem operasi dan perisian-perisian terkini seperti Windows 95/98 memerlukan sekurang-kurangnya 32MB RAM untuk beroperasi dengan lancar.
Untuk memahami RAM dengan lebih jelas kita ambil contoh sebuah meja yang digunakan untuk menulis. Andaikan permukaan meja itu adalah RAM, lacinya sebagai cakera keras, buku di dalam cakera keras sebagai data dan anda adalah pemproses. Apabila anda ingin menulis suatu didalam buku A, anda akan mengeluarkannya dari laci meja anda dan meletakkannya dia atas meja. Seterusnya anda menjalankan kerja menulis anda. Katakan anda ingin menulis sesuatu didalam buku B. Anda perlu mengambilnya dari dalam laci anda dan meletakkannya diatas meja anda. Sekiranya meja anda hanya dapat memuatkan sebuah buku pada satu-satu masa, maka anda perlu mengalihkan buku A terlebih dahulu seperti meletakkannya di bawah. Begitulah seterusnya apabila anda ingin menjalankan kerja-kerja lain lagi. Tetapi jika meja anda cukup besar, anda hanya perlu menolaknya ke tepi dan sudah pasti ia akan menjimatkan masa anda.
Begitulah juga dengan RAM. Semua data yang diperlukan oleh komputer akan disimpan dalm RAM. Sebagai contohnya, apabila anda ingin membuka program Microsoft Word, anda akan meng’klik’ pada ikonnya. Komputer seterusnya akan mendapatkan fail-fail Microsoft Word untuk melaksanakan program tersebut. Fail-fail ini berada di dalam cakera keras komputer anda. Fail-fail didalam cakera keras ini akan dihantar ke RAM sebelum ia diproses. Sekiranya RAM anda mencukupi, semua fail-fail Microsoft Word akan disimpan didalam RAM. Jika tidak ia akan disimpan didalam cakera kersa terlebih dahulu dan dihantar ke RAM apabila processor memerlukannya. Hasilnya, tentulah satu persembahan yang agak lambat daripada komputer anda.
Memformat Cakera Keras
Oleh kerana terdapat permintaan dan pertanyaan yang banyak tentang bagaimanakah caranya untuk memformat cakera keras, maka saya mengambil inisiatif untuk mengadakan ruangan memformat cakera
keras ini.
Sebenar tugas ini tidaklah sesukar seperti mana yang kita sangkakan. Mungkin kerana ia melibatkan penggunaan "Dos Prompt", maka ia menyebabkan ramai diantara kita berasa takut.
# Pertama sekali, kita perlu mengetahui cara untuk membina "Start Up Disk
# Setelah anda memperolehi "Start Up Disk" anda perlu memeriksa kandungan fail di dalam disket tersebut. Caranya ialah dengan menaip arahan. Antara lain, disket anda perlu mengandungi fail-fail berikut:
1. Command.com
2. format.com
3. sys.com
4. fdisk.com
5. scandisk.exe
# Setelah memastikan disket tersebut mengandungi fail-fail diatas, seterusnya anda perlu "restart" komputer anda. Sama ada dengan memilih pilihan "restart your computer" di dalam windows , ataupun menekan butang "reset" sekiranya anda telahpun keluar dari Windows dan berada pada Dos Prompt.
# Semasa komputer anda sedang dihidupkan kembali, tekan butang "Delete" ataupun "Del" pada papan kekunci anda. Tujuan anda berbuat demikian adalah untuk memasuki BIOS Setup kerana terdapat beberapa perkara yang perlu anda lakukan.
# Setiap komputer tidak semestinya mempunyai jenis BIOS yang sama.
Apa yang saya terangkan adalah asas sahaja, anda perlu mengubah mengikut kesesuaian komputer anda.
# Sila pergi kepada "Advance BIOS setup". Pastikan pilihan "Boot sequance" disetkan supaya dimulai dengan "A". Contohnya . Tujuannya ialah supaya komputer akan dimulakan dengan mencari Sistem Operasi daripada disket kemudian barulah dari Cakera keras.
# Kebiasaannya, komputer akan dimulakan dengan cakera keras. Terdapat juga komputer yang disetkan seperti diatas. Namun, ia bukanlah satu langkah yang baik. Ini kerana, komputer anda akan mencari Sistem Operasi daripada disket, sekiranya tidak ditemui, ia akan meneruskan pencarian ke dalam cakera keras.
# Sekiranya terdapat disket yang dijangkiti virus di dalam disket tersebut. Virus yang ada akan berpindah ke dalam ingatan komputer seterusnya berjangkit ke dalam cakera keras. Satu perkara lagi, sekiranya disket tersebut tidak mengandungi Sistem Operasi, anda akan menerima mesej seperti berikut:
"None System or disk error. Replace and press enter to continue"
# Ini bermakna fail sistem tidak terdapat di dalam disket tersebut. Fail sistem yang dimaksudkan adalah fail-fail berikut:
1. msdos.sys
2. io.sys
3. command.com
# Sila rujuk pada bahagian "petua komputer" dari laman web yedshah. Seterusnya, setelah membuat perubahan seperti diatas, sila pilih pada pilihan "save setting and exit" atau mana-mana pilihan lain yang mempunyai maksud yang sama iaitu anda ingin keluar dan menyimpan setting yang anda telah lakukan.
# Masukkan "Start Up Disk" kedalam pemacu A. Biarkan komputer anda hidup kembali sehingga anda dapat lihat tanda seperti berikut
# Setelah berjaya mendapatkan A prompt, anda perlu menaip arahan berikut untuk memformat cakera keras anda. "format c: /s", Sekiranya cakera keras anda adalah C. Jika cakera keras anda adalah D.
# Maka anda perlu menaip "format d: /s". Tanda "/s" digunakan untuk memindahkan Sistem Operasi ke dalam cakera keras. Kita tidak boleh menyalin Sistem Operasi ke dalam cakera keras sepertimana kita menyalin fai-fail yang lain. Ini kerana kedudukan fail-fail bagi Sistem Operasi adalah istimewa. Ia sentiasa berada di pangkal sesebuah disk.
# Selepas anda menekan enter, anda akan menerima mesej yang menyatakan bahawab proses format akan memadam keseluruhan fail di dalam cakera keras anda. Jika anda ingin memformat cakera keras anda, anda hanya perlu menekan "y". Jika tidak, anda perlu menekan "n".
# Seterusnya anda akan diberikan sekali lagi mesej untuk memastikan bahawa anda benar-benar ingin memformat cakera keras anda. Tekan "y" untuk teruskan.
# Setelah proses format selesai. keluarkan "Start Up Disk" dari pemacu A. Hidupkan semula komputer anda. Apabila komputer anda telah dihidupkan, apa yang terkandung di dalam cakera keras anda hanyalah satu fail sahaja yang dapat anda lihat iaitu fail command.com.
Petua Menggunakan Komputer
Pernahkan anda menggunkan program Scandisk untuk memeriksa kerosakan pada komputer anda? Tahukah anda kegunaan Utilities ini? Di dalam komputer yang menggunakan sistem operasi Win95 keatas, komputer anda akan mempunyai dua program Scandisk.
1. Scandisk For Windows
2. Scandisk For dos
Ketika anda berada di dalam persekitaran windows "windows enviroment", Scandisk for windows akan dijalankan. Program ini boleh di dapati di dalam kumpulan accessories pada Button start komputer anda. Ada kalanya, anda berada di "Dos Environmet". Pada ketika ini, anda perlu menggunakan Scandisk for Dos. Cara untuk menggunakannya adalah seperti berikut:
Scandisk [nama pemacu]
Jika anda ingin mengesan kerosakan pada pemacu C anda. Arahan yang perlu anda taipkan ialah"Scandisk c: /autofix" Arahan "/autofix" digunakan supaya komputer membaiki kesalahan tanpa perlu bertanya kepada anda.
Memadamkan file secara terus
Kebiasaanya, apabila kita memadam sesuatu file di dalam windows. File yang dipadamkan akan dimasukkan ke dalam "Recycle Bin". Ini akan merugikan ruangan cakera kita. Untuk memadam terus file tersebut ialah dengan cara menekan butang "shift" ketika memadamkan sesuatu fail.
Mengetahui kepentingan file COMMAND.COM
Adakah anda tahu kepentingan file tersebut. File tersebut sangat penting bagi sistem operasi berfungsi. Sekiranya file tersebut dipadam oleh anda. Komputer anda tidak akan dapat berfungsi. Anda tidak akan dapat masuk ke dalam program windows bahkan Dos Prompt. Untuk menghidupkan komputer anda. Anda memerlukan "Boot Disk". Hidupkan komputer anda dengan menggunakan Boot Disk, kemudian pergi kepada folder dimana program windows anda dipasangkan. Salin file command.com dari folder tersebut ke dalam root directory. Root directory adalah bahagian teratas bagi folder yang ada di dalam cakera keras anda.
Bertukar Aplikasi Dalam satu-satu masa
Sekiranya anda membuka tiga aplikasi dalam satu masa yang sama. Anda boleh bertukar diantara aplikasi tersebut dengan mudah tanpa perlu minimizekan aplikasi yang sedang aktif. Anda hanya pelu menekan ALT + TAB, anda teruskan menekan ALT + TAB sehingga anda menemui aplikasi yang anda inginkan.
Penggunaan Komputer
Penggunaan komputer adalah bergantung pada lokasi dimana anda menggunakannya. Sekiranya suhu persekitaran adalah tinggi. Anda tidak disyorkan menggunakannya dalam tempoh masa yang lama. Ini kerana komponen komputer akan panas dan menyebabkan masalah "hang" dan sebagainya. Jika anda menggunakan komputer anda di dalam bilik yang bersuhu rendah, anda boleh gunakan dalam tempoh masa yang lama.
Memadam Fail di dalam cakera keras
Ramai diantara pengguna yang suka memadam fail di dalam cakera keras sesuka hati. Sebenarnya, tidak semua fail boleh dipadam sesuka hati. Diantara jenis-jenis fail yang boleh dipadam ialah temporary fail dan backup fail. Kedua-dua fail ini mempunyai sambungan *.bak dan *.tmp. Fail ini boleh dipadamkan oleh anda sekiranya anda kekurangan ruang "space".
Mengetahui kepentingan file MSDOS.SYS dan IO.SYS
Selain daripada fail Command.com, terdapat dua jenis fail yang turut penting. Fail tersebut adalah Msdos.sys dan Io.sys. Kedua fail ini disetkan dengan +hidden +read only dan +system. Ini supaya pengguna tidak akan terpadam fail tersebut. Tanpa adanya fail-fail ini, komputer tidak akan dapat berfungsi.
Wayar Telefon
Sekiranya anda mempunyai sambungan ke Internet. Berhati-hatilah. Pastikan wayar telefon dicabut daripada sambungan ke komputer setelah anda selesai menggunakan Internet. Ini bagi menghindarkan terkena tembakan kilat.
Berkongsi Akaun Internet
Anda dinasihatkan supaya tidak berkongsi akaun internet anda dengan rakan-rakan yang lain. Terlalu banyak keburukannya. Antara keburukannya, anda terpaksa membayar waktu penggunan yang digunakan oleh rakan anda. Keduanya, anda bertanggungjawab atas perkara yang dilakukan dengan menggunakan akaun anda.
Gunakan komputer melebihi had
Sekiranya anda ingin menggunakan kompute anda dalam tempoh masa yang lama. Terlebih dahulu pastikan lokasi komputer anda berada. Sekiranya anda berada di dalam bilik hawa dingin anda boleh berbuat demikian. Jika tidak, pastikan komputer anda berada berhampiran dengan kipas untuk menyejukkannya.
Anda menerima mesej "Have a nice day"
Jangan terlalu gembira sekiranya anda memperolehi mesej seperti diatas setelah anda menggunakn perisian Microsoft Word. Ini adalah angakara virus Nice Day. Pada permulaannya tiada apa yang dilakukan melainkan memaparkan mesej "Have a nice day" beserta pilihan "OK". Lama kelamaan ia akan mendatangkan masalah kepada anda seperti tidak boleh membuka fail dan sebagainya.
Jangan jalankan program yang anda download dari internet secara terus
Sekiranya anda baru sahaja download sesuatu perisian perlaksaan samaada fail exe ataupun com. Jangan terus jalankan perisian tersebut. Scan terlebih dahulu fail tersebut untuk menghindari virus. Juga pastikan anda tahu apa kandungan fail tersebut.
Memasang lebih dari satu cakera keras(Hard Disk)
EIDE (Enhance Integrated Drive Electronic) merupakan satu standard yang terdapat pada kebanyakan komputer peribadi pada masa kini. Ia membenarkan dua aliran iaitu "master" dan juga "slave" Kebiasaanya pada papan induk "Mother Board" terdapat dua tapak untuk EIDE. Setiap satu mempunyai aliran "master" dan juga "slave". Ini bermakna anda boleh mempunyai empat cakera keras yang disambungkan pada komputer. Walaubagaimanapun anda perlu setkan jumper pada cakera keras untuk menentukan ia adalah "master" ataupun "slave". Kebiasaanya komputer kini menggunakan Primary "master" untuk disambungkan ke cakera keras dan primary "slave" disambungkan kepada CD-ROM.
Tujuan low-lovel format
Low level format merupakan proses pemadaman yang akan memadam sepenuhnya bagi cakera keras. Kebiasaanya, arahan DOS "format" ataupun arahan dari windows tidak akan memadamkan segalanya pada cakera keras. Fail yang telah dipadam masih boleh dipanggil sammada dengan menggunakan arahan "unformat" atau mana-mana program utiliti yang lain. Untuk itu, adalah tidak digalakkan untuk anda melakukan low level format bagi cakera keras.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan dimana anda patut mempertimbangkan untuk melakukan low level format. Sebagai contoh, sekiranya cakera keras tersebut ingin dijual dan anda tidak mahu data yang terdapat dibaca oleh pembeli. Low level format juga boleh digunakan untuk menghapuskan virus komputer yang degil yang telah pun dikenal pasti dan masih tidak dapat dihapuskan oleh perisian antivirus.
Anda perlu membaca panduan pengguna mengenai cakera anda terlebih dahulu atau apa-apa maklumat yang berkaitan kerana ia melibatkan data yang mungkin tersembunyi. Memadam data tersebut mungkin akan membawa masalah yang lebih besar lagi.
Kegunaan ping dan tracert
Sama ada anda tahu atau tidak, windows 95 mengandungi dua arahan asas untuk internet iaitu Ping dan Trace Route. Secara prinsipnya kedua-dua alat ini adalah bertujuan untu mengenal pasti dan menguji prestasi sambungan. Anda boleh menggunakannya untuk melihat sama ada sesuatu hos jauh itu dapat dicapai atau sebaliknya. Jika anda menghadapi kesulitan mengakses ke pelayan Web atau pelayan FTP, anda boleh menguji status pelayan tersebut melalui arahan ini.
Aplikasi ping bertindak sebagai pemeriksa ke atas sambungan kepada rangkaian JARING/Internet dan memeriksa sama ada hos itu aktif atau sebaliknya. Ping akan menghantar keluar pakej atau cebisan makluamt ke komputer jauh. Jika komputer jauh itu dapat dihubungi, ia akan memberikan tindak balas (response) terhadap setiap pakej itu. Ia juga akan memberikan makluamt mengenai masa yang diambil oleh setip pakej itu untuk bergerak ke komputer jauh dan kembali ke komputer anda.
Trace Route pula memudahkan anda menjejaki langkah demi langkah setiap komupter yang dilalui oleh pakej anda hantar sebelum ianya sampai ke komupter jauh. Jika anda tidak dapat mengakses ke hosjauh. Trace Route membolehkan anda mengesan lokasi di manakah berlakunya "putus hubungan" di sepanjang laluan tersebut.
Cara menggunakan ping:
1. Pastikan anda bersambung ke internet.
2. Pilih Start > Run (Katakan anda menggunakan akaun TMNet).
3. Taipkan ping -t tm.net.my dan tekan Enter.
Cara menggunakan tracert:
1. Ulangi langkat 1 hingga 2.
2. Taipkan tracert tm.net.my dan tekan Enter.
Memastikan komputer anda pada tahap yang paling optimum
Sekiranya anda merasakan komputer anda semakin lembap. Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan. Diantaranya adalah seperti berikut:
1. Lakukan Scandisk.
2. Lakukan Disk Defragmanter.
3. Padamkan segala fail yang berakhir dengan *.chk. Gunakan arahan Find, Pada Start>Find Files or Folders dengan menaip *.chk
4. Padamkan segala fail yang berakhir dengan *.bak. Gunakan arahan Find, Pada Start>Find Files or Folders dengan menaip *.bak
5. Padamkan segala fail yang berakhir dengan *.log. Gunakan arahan Find, Pada Start>Find Files or Folders dengan menaip *.log
6. Padamkan segala fail yang berakhir dengan *.tmp. Fail ini boleh didapati di dalam foler c:\windows\temp.
Paling kurang, perkara di atas perlu dilakukan sebulan sekali.
IP address
Setiap kali anda mendail ke ISP (Internet Service Provider), anda akan diberikan nombor IP address yang akan anda gunakan bagi semua urusan untuk sessi tersebut. Anda tidak perlu memasukkan nombor tersebut. Yang perlu anda masukkan hanyalah DNS (Domain Name Server) bagi ISP anda. Primary DNS bagi Jaring ialah 192.228.128.18, manakala secondary DNS bagi Jaring ialah 192.228.128.120. Untuk TMnet pula, primary DNS ialah 202.188.0.133 dan secondary DNS bagi TMnet ialah 202.188.1.5. Anda masukkan maklumat ini di dalam TCP/IP setting. Boleh didapati didalam bahagian Network Configuration.
Versi Berlainan
Jangan gunakan perisian utiliti yang biasa anda gunakan untuk DOS atau Windows 3.x seperti backup, undelete dan penyusun fail pada komputer Windows 95 anda. Ini akan merosakkan pertalian/hubungan antara nama fail dan sistem Windows 95.
SUNTING FAIL MSDOS.SYS UNTUK WIN95/98
Adakah anda masih ingatkan DOS 6.0 dimana anda boleh pergi ke DOS PROMPT tanpa perlu menekan F4 ataupun F8. Apabila bertukar kepada Windows 95, ramai yang menyangka bahawa zaman tersebut telah berakhir. Bagi sesiapa yang masih gemar menggunakan DOS dan tidak mahu dipaksa untuk menggunakan Windows 95 sebagai sistem operasi semata-mata. Kini boleh menggunakan arahan yang bakal saya nyatakan berikut. Untuk membolehkan anda melaksanakan arahan berikut, anda perlu mengubah attribute bagi fail MSDOS.SYS di dalam cabang akar "root directory" dengan menggunakan arahan seperti berikut. "attrib -r -a -s -h msdos.sys" Setelah itu, anda boleh gunakan apa-apa perisian untuk menyunting fail MSDOS.SYS. Cara paling mudah ialah dengan menaip "edit msdos.sys" pada corong DOS.Arahan ini adalah kes sensitif (huruf besar/huruf kecil)
1. BootWin=0
Keterangan: Arahan ini akan membawa akan kepada C:/> tanpa menjalankan Windows 95.
2. BootGUI=0
Keterangan: Arahan ini akan "Boot" DOS 7.0 dan bukannya Windows 95.
3. BootMenu=1
Keterangan: Memaparkan "Start Up Menu" bagi Windows 95 tanpa perlu menekan kekunci F4 ataupun F8.
4. BootDelay=n(n ialah bilangan di dalam saat)
Keterangan: Sama seperti "multi-boot" yang lama. Ia akan menyebabkan Sistem menunggu sehingga n saat sebelum ia melaksanakan arahan seperti biasa.
5. BootMenuDefault=n
Keterangan: Sama seperti "multi-boot" yang lama. Ia akan menyebabkan arahan pada menu dilaksanakan Contohnya n=1 akan membawa anda kepada DOS PROMPT sahaja.
6. BootMulti=1
Keterangan: Ini akan mebawa anda kepada arahan yang terakhir sekali pada menu iaitu, "Previous Version of DOS".
7. LOGO=0
Keterangan: Menyebabkan logo bagi Windows 95 tidak dipaparkan.
Anda digalakkan supaya membuat salinan bagi fail MSDOS.SYS sebelum melakukan arahan arahan ini. Walau bagaimanapun, anda tidak berapa digalakkan untuk mengubah setting ini. Sekadar pengetahuan buat anda sahaja.
MENGGUNAKAN CDROM KETIKA DALAM DOS MODE
Pada kebiasaannya, ketika anda memilih untuk "restart computer in MS-DOS mode" CDROM anda tidak boleh digunakan. Cuba taipkan "dosstart" pada corong dos. Jika anda menerima mesej "Bad Command or File Name". Ini bermakna fail tersebut tidak ada di dalam komputer anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah sunting fail yang bernama autoexec.bat. Salin arahan yang bertanda dengan "rem by windows setup - c:\windows\command\mscdex.ecxe /cd000". Walaubagaimanpun, ia adalah bergantung pada setting komputer anda.Seterusnya, salin arahan tersebut dan namakan fail tersebut ke lokasi c:\windows\command dengan nama dosstart.bat. Cuba taip dosstart sekali lagi. Kini anda sudah boleh menggunakan CDROM anda.
KEMASKINI FAIL PENGENALAN VIRUS
Setiap hari, virus baru akan sentiasa wujud, untuk itu, anda perlu mengemaskinikan fail antivirus anda. Norton Antivirus menyediakan cara mudah dengan hanya menetak butang "Live Update", fail pengenalan virus anda akan diperkemaskinikan.
SYARAT UNTUK MENDAPAT SAMBUNGAN KE INTERNET.
Cuba gunakan sekurang-kurangnya komputer yang menggunakan pemproses Pentium, 16MB dengan ruang storan sebanyak 50MB. Jika boleh, tutup aplikasi lain ketika anda ingin melungsuri Internet.
KAEDAH MENAIP YANG BETUL.
Jika anda merasakan bahawa anda akan menggunakan komputer untuk menaip sesuatu tugasan atau lain-lain hal dalam jangka masa yang panjang, pastikan tangan anda berada di dalam keadaan yang rehat. Pastikan ruangan antara papan kekunci dan tangan anda adalah selesa. Tangan anda tidak boleh terlalu rapat dengan meja. Sebaiknya, cuba dapatkan papan kekunci yang mempunyai "arm rest".
MENAIP DENGAN PANTAS.
Adalah tidak mustahil untuk anda menaip tanpa melihat papan kekunci. Untuk itu, anda perlu berlatih, Mahirkan tangan anda dengan huruf-huruf asas seperti "asdf" dan ";lkj".
JANGAN TERIMA SEBARANG FAIL SEMASA BERSAMBUNG DI INTERNET.
Bagi anda yang suka bermain MIRC atau menggunakan perkhidmatan ICQ, anda perlu lebih berhati-hati. Jangan terima sebarang fail yang dikirimkan kepada anda. Berkemungkinan besar, fail tersebut mengandungi sejenis perisian yang mana pengguna lain dapat mengawal komputer anda. Jika anda menggunakan perisian antivirus seperti Norton Antivirus, perisian ini akan menyatakan bahawa komputer anda diserang oleh Trojan Horse Virus.
Lihat fail grafik tanpa membuka perisian tertentu
Antara lain, sekiranya anda menggunakan Windows 98, anda boleh melihat fail grafik tanpa membuka apa-apa program grafik. Hanya buka Windows Explorer>View>View as web page> Selepas itu, klik pada mana-mana fail grafik yang anda ingini.
Jimatkan masa ketika di talian
Ketika berada di dalam talian intenet, masa adalah sangat penting. Oleh itu, anda mestilah bijak menggunakan masa yang ada supaya wang anda tidak habis begitu sahaja. Katakan anda sedang pergi ke halaman UTUSAN MALAYSIA. Anda tidak perlu membaca kesemua kandungan berita tersebut semasa di dalam talain. Anda cuma perlu pergi ke bahagian-bahagian atau artikel yang anda ingini. Setelah itu, putuskan talian. Anda masih boleh membaca artikel tersebut. Ini kerana browser anda akan menyimpan fail-fail tersebut ke dalam komputer. Apabila anda membaca artikel tersebut. Ia tidak diambil dari internet. Sebaliknya dari komputer anda
Kandungan Registry
Anda tentunya pernah mengalami masalah registry bila mana komputer anda memaparkan mesej "Registry Problems" Untuk pengetahuan anda, fail registry terdiri daripada dua buah fail iaitu user.dat dan juga system.dat yang tersimpan di dalam fail windows anda. Anda perlu membuat salinan kedua-dua fail ini secara kerap. Jika anda mengalami masalah registry, anda boleh menukarkan fail registry yang bermasalah tersebut di corong DOS.
Komponen Sistem Komputer
1. Perkakasan (Hardware)
2. Perisian (Software)
3. Pengguna (Users
Perkakasan
Merupakan alatan yang sering kita nampak di sekeliling komputer seperti keyboard, mouse dan sebagainya.
Komputer bermaksud mesin yang telah diprogramkan untuk menerima input (data), diproses dan dikeluarkan sebagai output (maklumat) dan kemudiannya disimpan di storan ataupun dipanggil semula.
Perkakasan terbahagi kepada 4 iaitu:
1. Peranti Input
2. Pemprosesan
3. Peranti Output
4. Peranti Storan
Input
Merupakan data yang akan dimasukkan dan diproses oleh komputer. Terdapat beberapa kaedah untuk memasukkan input ke dalam komputer, antaranya
• Menaip
• Menggunakan tetikus
• Pengimbas
• Pen berasaskan komputer
• Bercakap melalui mic
PROSESSOR
Prosessor merupakan otak kepada komputer dan alat yang paling penting. Ianya juga dipanggil CPU. Prosessor ini berfungsi untuk mengikut arahan dan menyelaraskan peranan antara input/ output dan storan. Data yang dimasukkan merupakan `raw material’ yang akan diproses oleh komputer. Ia boleh merupakan aksara, angka, gred dan sebagainya.
OUTPUT
Output adalah keputusan akhir setelah raw data diproses dan dikeluarkan sebagai maklumat yang difahami oleh manusia. Output dikeluarkan di dalam bentuk teks, gambar, simbol dan sebaginya.
STORAN
Storan merupakan tempat menyimpan fail atau program tertentu. Ada ketikanya kita perlu menyimpan dan memanggil semula fail yang telah kita buat. Kita boleh menyimpan fail di storan primer dan storan sekunder.
KLASIFIKASI KOMPUTER
Komputer mempunyai jenis-jenisnya yang tertentu iaitu ;
1. Superkomputer
2. Kerangka Utama (Main Frames)
3. Komputer Mini
4. Komputer Peribadi
5. Notebook
6. Komputer Kecil
PERISIAN (SOFTWARE)
Program terancang yang mengandungi langkah-langkah arahan yang memberi maklumat untuk menjadikan komputer berfungsi sepenuhnya
KATEGORI PERISIAN
Perisian terbahagi kepada 2 bahagian iaitu perisian aplikasi dan perisian sistem. Perisian Aplikasi adalah perisian yang berperanan untuk menyelesaikan maslaah pengguna seperti penggunaan perisian MS Word, Excel dan sebagainya. Manakala perisian sister berfungsi untuk membuat pengawalan secara terus ke atas sistem komputer seperti penggunaan DOS, UNIX dan WINDOWS. Kebanyakan perisian yang digunakan adalah berbentuk `user-friendly` (mesra pengguna)
Perisian boleh dikategorikan kepada 5 bahagian penting iaitu:
1. Pemprosesan Perkataan - Wordstar, Winword
2. Lembaran Elektronik - Lotus 123, Excel
3. Pangkalan Data - Dbase III, Access
4. Grafik - Photoshop, CorelDraw
5. Komunikasi - Novell Netware