Komputer menjalankan tugasnya berpandukan kepada
data yang dibekalkan oleh penggunanya. Terdapat beberapa komponen atau bahagian yang sering dirujuki apabila membicarakan bagaimana komputer menjalankan tugasnya. Istilah seperti pemproses , RAM dan cakera keras merupakan terminologi utama untuk menerangkan bagaimana komputer berfungsi. Komputer memerlukan data dan arahan untuk menjalankan tugasnya. Data dan arahan ini di dapati daripada pengguna yang memasukan data itu ke dalam komputer. Data dan arahan ini perlu disimpan terlebih dahulu sebelum diproses. Tempat untuk menyimpan data dan arahan ini dikenali sebagai memori dan secara lebih tepat dinamakan RAM dalam terminologi komputer. Sebenarnya konsep ini diguna pakai dalam hampir semua alat elektronik yang memerlukannya memproses sesuatu data seperti kalkulator.
Apabila membicarakan komputer, kita sering kali mendengar orang membicarakan processor, RAM dan beberapa komponen komputer yang lain. Soalan-soalan seperti :
"Processor apakah yang kamu guna ?"
"Berapakah kelajuan komputer kamu ?"
"Berapa RAM komputer kamu ?"
Jumlah memori yang mampu disimpan oleh komputer mempengaruhi kelajuan komputer dalam menjalankan sesuatu tugas. Ini bermakna lebih besar memori lebih laju komputer itu. (Kelajuan komputer tidak hanya bergantung kepada RAM tetapi komponen-komponen lain seperti processor, sistem bus dan storan ).
RAM merupakan singkatan kepada Random Acces Memory atau Ingatan Capaian Rawak. Diantara ciri-ciri RAM ialah ia merupakan ingatan sementara dan kapasitinya diikur dalam unit Megabyte (MB). Pada masa sekarang kapasiti RAM yang biasa digunakan pada komputer adalah 16 MB, 32MB, 64MB dan 128MB. Bagaimana pun kebanyakan komputer mempunyai RAM sekitar 32 dan 128 MB. Ini kerana sistem operasi dan perisian-perisian terkini seperti Windows 95/98 memerlukan sekurang-kurangnya 32MB RAM untuk beroperasi dengan lancar.
Untuk memahami RAM dengan lebih jelas kita ambil contoh sebuah meja yang digunakan untuk menulis. Andaikan permukaan meja itu adalah RAM, lacinya sebagai cakera keras, buku di dalam cakera keras sebagai data dan anda adalah pemproses. Apabila anda ingin menulis suatu didalam buku A, anda akan mengeluarkannya dari laci meja anda dan meletakkannya dia atas meja. Seterusnya anda menjalankan kerja menulis anda. Katakan anda ingin menulis sesuatu didalam buku B. Anda perlu mengambilnya dari dalam laci anda dan meletakkannya diatas meja anda. Sekiranya meja anda hanya dapat memuatkan sebuah buku pada satu-satu masa, maka anda perlu mengalihkan buku A terlebih dahulu seperti meletakkannya di bawah. Begitulah seterusnya apabila anda ingin menjalankan kerja-kerja lain lagi. Tetapi jika meja anda cukup besar, anda hanya perlu menolaknya ke tepi dan sudah pasti ia akan menjimatkan masa anda.
Begitulah juga dengan RAM. Semua data yang diperlukan oleh komputer akan disimpan dalm RAM. Sebagai contohnya, apabila anda ingin membuka program Microsoft Word, anda akan meng’klik’ pada ikonnya. Komputer seterusnya akan mendapatkan fail-fail Microsoft Word untuk melaksanakan program tersebut. Fail-fail ini berada di dalam cakera keras komputer anda. Fail-fail didalam cakera keras ini akan dihantar ke RAM sebelum ia diproses. Sekiranya RAM anda mencukupi, semua fail-fail Microsoft Word akan disimpan didalam RAM. Jika tidak ia akan disimpan didalam cakera kersa terlebih dahulu dan dihantar ke RAM apabila processor memerlukannya. Hasilnya, tentulah satu persembahan yang agak lambat daripada komputer anda.