Template by:
Free Blog Templates

Ahad, 22 Februari 2009

Tip IT: Lindungi komputer riba bagi tingkat jangka hayat


Oleh Zef Othman

PENGGUNAAN komputer 'laptop' atau komputer riba semakin mendapat sambutan di negara ini berikutan konsep mudah alih yang diketengahkan produk itu.

Segmen pengguna komputer riba di negara ini turut meliputi golongan profesional, pekerja kerajaan, peniaga dan pelajar.

Bagaimanapun, perlu diingat bahawa produk komputer riba ini adalah kelengkapan teknologi terkini yang sensitif dan mudah rosak sekiranya tidak dijaga dengan cermat.

Antara aspek yang perlu dititik beratkan adalah penjagaan yang lebih teliti pada komponennya, bateri, meningkatkan aspek keselamatan khususnya daripada ancaman luar, persekitaran dan pengendaliannya.

Seperti contoh, sebahagian besar pengguna masih tidak peka terhadap isu suhu dan persekitaran yang boleh menjadi penyumbang kepada kerosakan produk terbabit.

Sebagai pemilik, anda dinasihatkan supaya tidak menempatkan laptop pada permukaan yang boleh menghalang peredaran angin yang lancar seperti menggunakannya di dalam beg komputer mudah alih itu sendiri, di dalam selimut mahupun bantal.

Jika perlu, gunakan produk pengalas penyejuk mudah alih di bawahnya yang boleh didapati di pasaran, bagi memastikan laptop anda sentiasa berada dalam keadaan sejuk.

Persekitaran lembap atau panas pula boleh menyebabkan komputer mudah alih yang sensitif itu berdepan jangka hayat lebih singkat.

Malahan, habuk juga boleh menyebabkan peredaran udara tersekat dan merosakkan komponen dalamannya.

Pemilik komputer riba disarankan supaya tidak menempatkannya di kawasan panas atau di atas lantai.

Bahan cecair seperti minuman dinasihatkan tidak ditempatkan berhampiran produk berkenaan untuk mengelakkannya tertumpah.

Produk yang menggunakan bateri seperti laptop perlu dijaga dengan teliti bagi meningkatkan jangka hayat bateri produk berkenaan.

Pemilik juga perlu mengecas bateri komputer riba masing-masing sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Walaupun komputer riba anda direka khusus untuk meningkatkan produktiviti pengguna dan boleh dibawa ke mana-mana, pastikan sistem operasi atau aplikasi ditutup apabila hendak mengalihkannya, melainkan ia dilengkapi dengan ciri penyerap gegaran.

Selain itu, isu serangan dari luar pula adalah masalah yang sering di dibincangkan di kalangan pembangun perisian perlindungan ancaman itu.

Sehubungan itu, lindungi komputer laptop anda daripada ancaman pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan produk perlindungan yang ditawarkan di pasaran masa kini.

Apabila pemilik komputer riba bercadang untuk membawanya dari satu lokasi ke lokasi yang lain, saranan penggunaan beg mengembara untuk produk itu perlu diambil kira.

Pendekatan itu dapat melindungi komputer riba anda daripada berdepan dengan isu gegaran, keadaan cuaca yang panas dan kemasukan habuk tanpa disedari.

Baca Selanjutnya...

Fakta mengenai komputer, virus & internet

Carian Yang Merbahaya

Dangerous Searches terjadi apabila enjin carian Google menyenaraikan hasil carian pengguna yang dipaut terus ke laman-laman web penceroboh atau laman web yang mengandungi malware dan virus.

Di antara kata kunci yang perlu dielakkan adalah:

victoria’s secret (menyebabkan jangkitan trojan fake codec), pokemon ruby gamesharks, blue book (menyebabkan jangkitan mdac exploit), bulletin boards dari norwich, muzik! (serangan webattacker 2 atau mpack), IBM stock, pallet fire, Nigerian economic and financial crimes, who’s a rat, atlas mountains country, rotweiller rescue, North Padre Island (serangan WebAttacker 2 or Mpack), arches national park (serangan WebAttacker 2 or MPack), canyonlands national park, the mass lottery, air disasters in Florida,
cd key windows xp profesional dan batmobile for sale.


Google + Yahoo

Google terhasil dari perkataan Googol. Ia diilhamkan oleh Larry Page, inventor dan pengasas bersama Google Inc.

1 Googol bersamaan dengan digit 10 dikuasakan 100. Menurut kamus berbahasa Inggeris ia disebut ten duotrigintillion atau ten thousand sexdecillion.

Yahoo merupakan singkatan nama bagi “Yet Another Hierarchical Object Organizer”. Perkataan ini digunakan oleh pengasasnya Jerry Yang dan David Filo untuk menggambarkan diri mereka yang periang.


Enjin Pencari

Enjin pencari internet atau internet search engine pertama di dunia telah dicipta oleh Alan Emtage, seorang pelajar di University McGill, Montreal, Kanada pada tahun 1990.

Enjin pencari internet ini dinamakan Archie. Fungsi asalnya adalah sebagai direktori elektronik yang mencari senarai index daripada komputer-komputer pelayan FTP di seluruh dunia. Seterusnya, ia membenarkan para pengguna mengambil maklumat dari komputer-komputer pelayan FTP tersebut.

Sehingga kini terdapat pelbagai versi enjin pencari dengan fungsi-fungsi tambahan dipertingkatkan seperti carian dalam bahasa berlainan, penggunaan mesin kira, carian kata kunci dan sebagainya.

Di antara enjin pencari internet yang popular adalah Google dan Yahoo.


Pelayar Web

Tim Berners-Lee adalah inventor kepada pelayar web atau web browser yang pertama di dunia.

Pelayar web ini direkacipta semasa beliau bertugas sebagai saintis di CERN (European Organization for Nuclear Research) pada tahun 1991. Berners-Lee menamakannya sebagai WorldWideWeb.

Pelayar web WorldWideWeb ini dibina pada komputer teknologi tinggi NeXTcube menggunakan hypertext antaramuka pengguna yang berkonsepkan WYSIWYG (What You See Is What You Get) dan HTML.

Pada tahun 1992, Pei-Yuan Wei - pelajar di Universiti California, Berkeley telah membangunkan pelayar web ViolaWWW. Pelayar web ini pula menggunakan konsep hypercard iaitu gabungan aplikasi pangkalan data dan grafik.

Teknologi pelayar web terus berkembang dan menghasilkan beberapa pelayar yang popular seperti Mosaic, Netscape Navigator dan Communicator, Internet Explorer, Opera dan Mozilla.


Perisian Antivirus

Perisian antivirus yang pertama di dunia dihasilkan pada tahun 1988. Iaitu 2 tahun selepas penemuan virus Brain.

Penemuan ini berlaku secara tidak sengaja apabila Denny Yanuar Ramdhani dari Indonesia menghasilkan virus Den Zuk. Virus Den Zuk didapati telah meneutralkan virus Brain yang menjangkiti sekeping disket.

Pada tahun yang sama, Peter Tippett - seorang doktor perubatan yang menjalankan bisnes software housenya sendiri telah mengambil idea dari penemuan virus Lehigh untuk membangunkan sebuah aturcara pengimbas yang berupaya menjejaki virus dan memadamkannya.

Menjelang tahun 1990, 4 buah syarikat iaitu IBM, McAfee, Digital Dispatch dan Iris telah memperkenalkan produk perisian antivirus untuk pasaran umum.


Virus Komputer

Pada tahun 1986, virus komputer yang pertama di dunia telah ditemui. Virus ini dikenali sebagai Brain.

Virus Brain ditulis oleh 2 orang adik-beradik, Basit dan Amjad Farooq Alvi yang berasal dari Pakistan. Pada mulanya program ini ditulis untuk melindungi hakcipta perisian perubatan yang mereka bangunkan dari dicerobohi oleh pihak lain.

Ia bertukar menjadi virus sektor boot yang hanya menjangkiti disket. Virus ini berfungsi dengan menggunakan kaedah penyamaran. Ia menempatkan dirinya di dalam segenap ruang kosong pada disket menyebabkan disket tersebut tidak boleh digunakan lagi.


Sistem Pengoperasian

Sistem pengoperasian sering dikaitkan dengan Microsoft. Selain Microsoft versi Windows, terdapat 6 kategori bagi sistem pengoperasian iaitu:

1. Unix/BSD (cth: Solaris/FreeBSD).

2. GNU/Linux (cth: RedHat/Ubuntu).

3. MacOS (cth: MacOs Classic/MacOS X).

4. DOS (cth: FreeDOS/QDOS).

5. Embedded/Realtime (cth: MINIX).

6. Experimental (cth: Amoeba).


Telur Easter

Telur Easter atau easter egg adalah mesej, grafik, kesan bunyi atau sebarang bentuk kelainan yang disembunyikan di dalam perisian. Produk-produk perisian milik Microsoft umpamanya, mempunyai beberapa ‘telur easter” yang tersembunyi. Antara yang popular adalah :

1. Skrin kredit untuk para pembangun Internet Explorer 7.0
2. Pemburu Dev dalam MS Excel 2000


Kod Nama Windows

Sebelum dilancarkan kepada umum , sistem pengoperasian Windows tidak dinamakan sepertimana sekarang. Sistem pengoperasian Windows menggunakan kod nama sebagai pengenalan. Berikut adalah kod nama bagi Windows.

1. Longhorn - Windows Vista

2. Whistler - Windows XP

3. Cairo - Windows 2000

4. Georgia - Windows ME

5. Memphis - Windows 98

6. Chicago - Windows 95

7. Janus - Windows 3.1


Pepijat Komputer

Sejarah pepijat komputer bermula pada tahun 1945.

Pada suatu malam, Kapten Grace Murray Hopper - pegawai wanita dalam Armada Laut, Amerika Syarikat sedang bertugas dengan rakannya di makmal komputer Universiti Harvard. Semasa mengendalikan komputer kerangka utama Mark II, tiba-tiba komputer tersebut gagal berfungsi. Dengan bantuan beberapa orang pengendali data komputer, mereka telah membuat pemeriksaan untuk mengenalpasti puncanya. Grace terpandang seekor rama-rama melekat pada sekeping penyiar kalkulator bernombor 70 dalam panel F.

Grace melekatkan rama-rama tersebut pada buku lognya dan mencatatkan mesej “kes pertama pepijat komputer telah dijumpai”. Buku log ini disimpan di Naval Surface Warfare Center Computer Museum, Virginia untuk tatapan umum.


Baca Selanjutnya...

Tip IT: Tingkat kelajuan sambungan jalur lebar


Oleh Zef Othman

PENGGUNAAN jalur lebar di negara ini semakin mendapat tempat di kalangan pengguna Internet yang mahukan tahap penyampaian bertenaga dan mampu menawarkan tahap penyampaian lebih berkesan.

Bagaimanapun, lebar jalur bagi perkhidmatan jalur lebar yang digunakan hanya akan menggunakan sebahagian daripada sumber yang ditawarkan mengikut keperluan masing-masing.

Kepada pengguna sistem operasi windows XP, sambungan Internet jalur lebar boleh dipertingkatkan dengan melakukan perubahan pada ketetapannya.



Ia adalah ciri binaan dalaman di dalam windows XP yang menyimpan 20 peratus lebar jalur untuk sambungan Internet komputer.

Langkah yang perlu diambil membabitkan penukaran terhadap ketetapan lebar jalur bagi membolehkan pelanggan Internet mendapat manfaat daripada sambungan lebih laju.

Simpanan lebar jalur boleh ditetapkan pada nilai maksimum daripada 0 hingga 100 peratus apabila proses perubahan dilaksanakan.

Tetapi, sekiranya anda hendak menikmati sambungan Internet lebar jalur pada kadar maksimum, perubahan yang perlu dilakukan membabitkan penetapannya sehingga 0 peratus.

Bagi membolehkan perubahan dilakukan pada ketetapan lebar jalur Internet anda, langkah yang perlu diambil adalah mudah.

Layari butang 'Start' di bahagian bawah kiri skrin dan disusuli dengan membuat pilihan pada kotak 'Run' bagi membolehkan anda menaip arahan GPedit.msc sebelum menekan butang 'Enter' (masuk).

Apabila arahan yang ditetapkan berjaya dilaksanakan, pemilik komputer peribadi akan dipaparkan dengan window baru.

Pada window itu, ia memaparkan arahan 'Local Computer Policy' yang boleh dikembangkan bagi membolehkan anda membuat pilihan pada arahan seterusnya iaitu 'administrative templates'.

Di sebelah kanan window, perluaskan dokumen yang disediakan dengan mengembangkan segmen 'Network' window itu dan klik pada 'QoS Packet Scheduler'.

Kini, di sebelah kanan window terbabit klik dua kali pada elemen 'limit reservable bandwith' (hadkan lebar jalur yang disimpan).

Apabila kotak dialog bagi menghadkan lebar jalur tertera, pastikan arahannya ditetapkan sebagai 'Enabled' dan kemudiannya lakukan perubahan untuk menghadkan peratusan lebar jalur kepada sifar.

Apabila proses yang ditetapkan berjaya dilaksanakan dengan berkesan, kini anda hanya perlu menutup kotak dialog Group Policy Editor dan hidupkan semula komputer pemilik bagi memastikan perubahan terbabit dilaksanakan dengan berkesan.


Baca Selanjutnya...

Buat Background Pada Thumbdrive [ Win XP & VISTA]

Kepada sesiapa yg ada thumbdrive/pendrive sendiri tu, yang inginkan kelainan, korang boleh cuba cara ni. Takde apa sangat la yg menarik, cuma kalau biasa korang buka thumbdrive/pendrive, akan nmpk kosong jer, putih jer.. ni cara dia kalau sesiapa nak bubuh gambar/background pada thumbdrive/pendrive korang...nak letak gambo sendiri pun boleh.
kalau hilang thumbdrive/pendrive tu, orang boleh tau thumbdrive/pendrive tu siapa punya, sebab ada gambar korang (itupun kalau dia nak pulangkan!)



Untuk Windows XP.

Pastikan korang buat benda-benda ni dalam thumbdrive/pendrive korang ya.

1. Righ
t click kat dalam thumbdrive/pendrive korang tu, pilih New > Text Document

2. Copy semua code di bawah ni, dan pastekan kat text document tadi.


Quote:
[.ShellClassInfo]
IconFile=%SystemRoot%\system32\SHELL32.dll

IconIndex=127
Conf
irmFileOp=0

[{BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}]
Attributes=1
IconArea_Image="pertama.jpg"
IconArea_Text="0xFFFFFF"
[ExtShellFolderViews]

{BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}={BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}
{5984FFE0-28D4-11CF-AE66-08002B2E1262}={5984FFE0-28D4-11CF-AE66-08002B2E1262}

[{5984FFE0-28D4-11CF-AE66-08002B2E1262}]
PersistMoniker=Folder.htt
PersistMonikerPreview=%WebDir%\folder.bmp





3. Copy dan paste kan la apa-apa gambar yang diinginkan pada thumbdrive/pendrive. kalau boleh guna format .jpg...sebab dalam code tu guna format .jpg (yg warna mera
h)

4. Gambar yg dipilih mestilah sama nama dia dengan den
gan code yang say a merahkan tu.
kalau nama gambar tu pertama, mesti guna pertama pada code yang saya merahkan...
kalau nama gambar tu serigala, mesti namakan kat code tu serigala.jpg...
jika korang guna format gambar .gif, kenalah namakan sebagai serigala.gif pd code tu.

5. A
khir sekali, pilih File > Save As pada text document tadi, namakan sebagai desktop.ini...mesti dapat icon macam ni







6. Bila dah sudah, refresh (tekan saja f5) dan thumbdrive/pendrive korang sekarang akan ada gambar pilihan korang....ni contoh:



Baca Selanjutnya...

Sabtu, 21 Februari 2009

Driver Komputer

Katakan kalau PC tu nak diformatkan, kita nak cari driver pula ambik masa. Antara software kesukaan aku... dipanggil bassam. Software nih boleh sedut semua driver yang kita install dengan skelip mata sahaja untuk dikeluarkan sebalum kita format PC tu...

Hanya 20KB je . Macam tak percaya je

Ini link nya : http://www.majorgeeks.com/Driver_Collector_d3982.html


Bila dah download, klik aja 2 kali


Lepas tu klik drivernya satu-satu dan ia akan buat satu folder di dalam c:/driver collector



Oklah selamat mencuba Baca Selanjutnya...

Kemudahan Mengira didalam Microsoft Word

WALAUPUN perisian Microsoft Word bukannya perisian sesuai digunakan untuk membuat pengiraan, kadang kala terdapat maklumat yang wujud ketika kita menyediakan dokumen dan memerlukan pengiraan atau semakan secara cepat.

Pengiraan ringkas boleh dilakukan di dalam perisian ‘Word’ itu sendiri tanpa perlu menggunakan perisian pengiraan yang lain.

Tapi arahan ini tidak terdapat di dalam Menu Word sedia ada. Kemudahan itu perlu diaktifkan dan diletakkan di dalam menu sebelum ia boleh digunakan. Untuk mengaktifkan kemudahan itu ikuti langkah berikut:

1. Pergi ke Menu Tools dan pilih Customize.

2. Pilih tab Commands dan pilih kategori All Commands. Di dalam ruang Commands pilih ToolsCalculate.

3. Tarik Command ToolsCalculate dan pilih menu Tools, letakkan Command ToolsCalculate di bawah AutoSummarize.

4. Untuk mendapatkan jumlah di antara nombor yang terdapat di dalam dokumen, anda hanya perlu tandakan (highlight) nombor dan pilih.

5. Jawapan pengiraan akan dipaparkan di bahagian bawah skrin.

Keputusan pengiraan juga disimpan di dalam memori dan boleh dipaparkan semula di dalam dokumen dengan menggunakan arahan Paste. Pengiraan juga boleh dilakukan untuk nombor yang berada di dalam perenggan yang ditandakan (highlight). Baca Selanjutnya...

Tips lajukan Mozilla Firefox

Kepada sesiapa yang guna firefox, ni ada sikit tweak untuk korang..maybe dah ramai yang tau..caranya mcm ni :

1. Taip about:config kat address bar, lepas tu tekan enter.
2. Kat filter bar tu, taip http
3. Korang akan nampak :

network.http.pipelining
network.http.proxy.pipelining

Double click untuk tukar value dia daripada false ke true.

4. Double click kat network.http.pipelining.maxrequests , tuka value dia ke 30.
5.Sekarang right click kat mana-mana tempat kat page tu, pilih NEW pastu pilih INTEGER. namakan sebagai nglayout.initialpaint.delay . Lepasatu letak value dia 0.
6. Tutup firefox, lepas tu buka semula..anda akan dapat lihat perbezaan nya

!!!!!tweak ni hanya untuk pengguna BROADBAND sahaja!!!!! Baca Selanjutnya...

Tips-tips penggunaaan komputer


1. Jangan install lebih dari 1 OS dalam satu sistem

2. Jangan letakkan bilangan user yang terlalu ramai dalam sesuatu sistem, paling banyak pun 2, terbaik biar hanya 1 user saja

3. Jangan install perisian yang anda tidak pasti sumbernya

4. Berhati-hati apabila update driver motherboard dan processor (biasanya tak perlu update pun)

5. Sentiasa update perisian antivirus anda

6. Jangan install atau cuba run perisian yang melebihi kebolehan sistem anda (biasanya game lar,memerlukan spesifikasi yang tinggi)

7. Elakkan install perisian terlalu banyak dalam drive anda install OS anda, elakkan juga menyimpan fail dalam drive tersebut, simpan dalam drive atau partition lain

8. Berhati-hati ketika mereka partition, data dalam partition yang anda delete dan reka semula akan hilang sama sekali

9. Ketika menggunakan perisian untuk tweaking setting komputer, berhati-hati agar tidak menjadikan anda menyesal kemudian hari

10.Jangan overclock sistem anda walaupun anda cukup hebat dalam bidang tersebut, banyak komplikasinya, dan jangka hayat sistem anda akan berkurang

11.Jangan memaksa sistem anda bekerja untuk beberapa perisian serentak,contohnya membuka 7 ke 8 perisian serentak!!!

12.Elakkan install terlalu banyak perisian yang anda tidak perlukan

13.Scan virus sekurangnya sekali seminggu, defragment,check registry,buang fail tak penting sekurangnya sekali setiap 2 minggu

14.Elakkan menggunakan "regedit" dan "services.msc" jika anda kurang mahir mengenainya!!!

15.BIOS? Jangan usik jika anda tidak mahir mengenainya!!!

16.Membuka casing untuk penyejukan memang bagus, tapi pastikan anda prihatin dengan kebersihan sistem anda

17.Elakkan makan dan minum berdekatan sistem anda

18.Penggunaan sistem penghad kuasa digalakkan, seperti PowerBuster

19.Jangan install perisian perlindungan komputer hebat yang menggunakan password kalau anda seorang yang pelupa!!!

20.Andai anda ingin membawa pc anda untuk perjalanan jauh, seperti naik bas, tanggalkan beberapa komponen dan bawa dalam beg berasingan seperti hard disk, graphic card, untuk mengelakkan berlaku kerosakkan kepada komponen ini apabila pc anda mengalami hantukan atau terjatuh!!!

21.Elakkan install perisian mencurigakan, jika anda tidak mahu menjadi gelabah kemudian,seperti muncul senarai "gambar blue" dalam senarai screensaver anda secara tiba-tiba,yang sudah pasti anda tidak tahu cara deletenya.lebih teruk kalau komputer anda diserang virus atau ditakluk trojan.

22.Sistem anda perlahan,walaupun anda sudah tweak setting?upgrade la hardwarenya:)

23.Restart/Reset komputer ketika masalah muncul kadang-kadang membantu:)

24.Jangan membiarkan komputer anda terbuka 24jam sehari...akan membawa kesan jangka panjang yang teruk,seperti motherboard atau processor melebur


Baca Selanjutnya...

Cara nak lajukan Komputer..... hanya untuk Windows XP

1. Pasti kan buang semua shortcut kat desktop anda, tak buang pun tidak mengapa tapi digalakkan
2. Clean up disk C, dan defrag beberapa kali sehingga tak ada colour merah
3. Klik run, kemudian taip msconfig, lepas tu tekan OK
4. Lepas tu keluar System Configuration Utility, pergi dekat Startup dan disable all
5. Restart
6. Lepas tu pergi dekat My Computer - properties - advance - perfomance - setting - click adjust for best perfomance- klik OK
7. Windows akan setting classic, biarkan...
8. Pergi dekat Run, taip regedit - tekan OK lepas tu akan keluar Registor Editor
9. Cari file HKEY_CURRENT_USER ----> control panel -----> Desktop
10. Double click kat menushowdelay set kepada 0
11. Kemudian tekan OK

Kemudian Restart

Rasakan perubahan di komputer anda... pasti menghiburkan.... rasa macam pakai processor 5.0 ghz pulak.. hehehehehehe.....

Lepas tu set balik korang punya themes dan appearance

that all..... Baca Selanjutnya...

Bagaimana membebaskan memory komputer

Bagi mereka yang selalu berhadapan dengan komputer yang lembab bila lama di gunakan atau terlalu banyak program di gunakan dalam masa yang sama..sila gunakan cara di bawah ini untuk membebaskan memory komputer supaya kerja dapat berjalan lancar.

1 - right klik di ruangan kosong desktop anda, pilih NEW - shortcut

2 - taip arahan ini dalam kotak shotcut ;



Quote:
%windir%\system32\rundll32.exe advapi32.dll,ProcessIdleTasks



3 - klik Next

4 - namakan shortcut tersebut contohnya 'pencuci memory'

5 - klik finish dan selesai


Gunakan tanpa was-was Baca Selanjutnya...