Template by:
Free Blog Templates

Ahad, 22 Februari 2009

Fakta mengenai komputer, virus & internet

Carian Yang Merbahaya

Dangerous Searches terjadi apabila enjin carian Google menyenaraikan hasil carian pengguna yang dipaut terus ke laman-laman web penceroboh atau laman web yang mengandungi malware dan virus.

Di antara kata kunci yang perlu dielakkan adalah:

victoria’s secret (menyebabkan jangkitan trojan fake codec), pokemon ruby gamesharks, blue book (menyebabkan jangkitan mdac exploit), bulletin boards dari norwich, muzik! (serangan webattacker 2 atau mpack), IBM stock, pallet fire, Nigerian economic and financial crimes, who’s a rat, atlas mountains country, rotweiller rescue, North Padre Island (serangan WebAttacker 2 or Mpack), arches national park (serangan WebAttacker 2 or MPack), canyonlands national park, the mass lottery, air disasters in Florida,
cd key windows xp profesional dan batmobile for sale.


Google + Yahoo

Google terhasil dari perkataan Googol. Ia diilhamkan oleh Larry Page, inventor dan pengasas bersama Google Inc.

1 Googol bersamaan dengan digit 10 dikuasakan 100. Menurut kamus berbahasa Inggeris ia disebut ten duotrigintillion atau ten thousand sexdecillion.

Yahoo merupakan singkatan nama bagi “Yet Another Hierarchical Object Organizer”. Perkataan ini digunakan oleh pengasasnya Jerry Yang dan David Filo untuk menggambarkan diri mereka yang periang.


Enjin Pencari

Enjin pencari internet atau internet search engine pertama di dunia telah dicipta oleh Alan Emtage, seorang pelajar di University McGill, Montreal, Kanada pada tahun 1990.

Enjin pencari internet ini dinamakan Archie. Fungsi asalnya adalah sebagai direktori elektronik yang mencari senarai index daripada komputer-komputer pelayan FTP di seluruh dunia. Seterusnya, ia membenarkan para pengguna mengambil maklumat dari komputer-komputer pelayan FTP tersebut.

Sehingga kini terdapat pelbagai versi enjin pencari dengan fungsi-fungsi tambahan dipertingkatkan seperti carian dalam bahasa berlainan, penggunaan mesin kira, carian kata kunci dan sebagainya.

Di antara enjin pencari internet yang popular adalah Google dan Yahoo.


Pelayar Web

Tim Berners-Lee adalah inventor kepada pelayar web atau web browser yang pertama di dunia.

Pelayar web ini direkacipta semasa beliau bertugas sebagai saintis di CERN (European Organization for Nuclear Research) pada tahun 1991. Berners-Lee menamakannya sebagai WorldWideWeb.

Pelayar web WorldWideWeb ini dibina pada komputer teknologi tinggi NeXTcube menggunakan hypertext antaramuka pengguna yang berkonsepkan WYSIWYG (What You See Is What You Get) dan HTML.

Pada tahun 1992, Pei-Yuan Wei - pelajar di Universiti California, Berkeley telah membangunkan pelayar web ViolaWWW. Pelayar web ini pula menggunakan konsep hypercard iaitu gabungan aplikasi pangkalan data dan grafik.

Teknologi pelayar web terus berkembang dan menghasilkan beberapa pelayar yang popular seperti Mosaic, Netscape Navigator dan Communicator, Internet Explorer, Opera dan Mozilla.


Perisian Antivirus

Perisian antivirus yang pertama di dunia dihasilkan pada tahun 1988. Iaitu 2 tahun selepas penemuan virus Brain.

Penemuan ini berlaku secara tidak sengaja apabila Denny Yanuar Ramdhani dari Indonesia menghasilkan virus Den Zuk. Virus Den Zuk didapati telah meneutralkan virus Brain yang menjangkiti sekeping disket.

Pada tahun yang sama, Peter Tippett - seorang doktor perubatan yang menjalankan bisnes software housenya sendiri telah mengambil idea dari penemuan virus Lehigh untuk membangunkan sebuah aturcara pengimbas yang berupaya menjejaki virus dan memadamkannya.

Menjelang tahun 1990, 4 buah syarikat iaitu IBM, McAfee, Digital Dispatch dan Iris telah memperkenalkan produk perisian antivirus untuk pasaran umum.


Virus Komputer

Pada tahun 1986, virus komputer yang pertama di dunia telah ditemui. Virus ini dikenali sebagai Brain.

Virus Brain ditulis oleh 2 orang adik-beradik, Basit dan Amjad Farooq Alvi yang berasal dari Pakistan. Pada mulanya program ini ditulis untuk melindungi hakcipta perisian perubatan yang mereka bangunkan dari dicerobohi oleh pihak lain.

Ia bertukar menjadi virus sektor boot yang hanya menjangkiti disket. Virus ini berfungsi dengan menggunakan kaedah penyamaran. Ia menempatkan dirinya di dalam segenap ruang kosong pada disket menyebabkan disket tersebut tidak boleh digunakan lagi.


Sistem Pengoperasian

Sistem pengoperasian sering dikaitkan dengan Microsoft. Selain Microsoft versi Windows, terdapat 6 kategori bagi sistem pengoperasian iaitu:

1. Unix/BSD (cth: Solaris/FreeBSD).

2. GNU/Linux (cth: RedHat/Ubuntu).

3. MacOS (cth: MacOs Classic/MacOS X).

4. DOS (cth: FreeDOS/QDOS).

5. Embedded/Realtime (cth: MINIX).

6. Experimental (cth: Amoeba).


Telur Easter

Telur Easter atau easter egg adalah mesej, grafik, kesan bunyi atau sebarang bentuk kelainan yang disembunyikan di dalam perisian. Produk-produk perisian milik Microsoft umpamanya, mempunyai beberapa ‘telur easter” yang tersembunyi. Antara yang popular adalah :

1. Skrin kredit untuk para pembangun Internet Explorer 7.0
2. Pemburu Dev dalam MS Excel 2000


Kod Nama Windows

Sebelum dilancarkan kepada umum , sistem pengoperasian Windows tidak dinamakan sepertimana sekarang. Sistem pengoperasian Windows menggunakan kod nama sebagai pengenalan. Berikut adalah kod nama bagi Windows.

1. Longhorn - Windows Vista

2. Whistler - Windows XP

3. Cairo - Windows 2000

4. Georgia - Windows ME

5. Memphis - Windows 98

6. Chicago - Windows 95

7. Janus - Windows 3.1


Pepijat Komputer

Sejarah pepijat komputer bermula pada tahun 1945.

Pada suatu malam, Kapten Grace Murray Hopper - pegawai wanita dalam Armada Laut, Amerika Syarikat sedang bertugas dengan rakannya di makmal komputer Universiti Harvard. Semasa mengendalikan komputer kerangka utama Mark II, tiba-tiba komputer tersebut gagal berfungsi. Dengan bantuan beberapa orang pengendali data komputer, mereka telah membuat pemeriksaan untuk mengenalpasti puncanya. Grace terpandang seekor rama-rama melekat pada sekeping penyiar kalkulator bernombor 70 dalam panel F.

Grace melekatkan rama-rama tersebut pada buku lognya dan mencatatkan mesej “kes pertama pepijat komputer telah dijumpai”. Buku log ini disimpan di Naval Surface Warfare Center Computer Museum, Virginia untuk tatapan umum.