Kebanyakan hard disk yang dijual sekarang adalah bersaiz besar, paling kurang pun 160GB. Bila anda dah pasang hard disk ni ke dalam komputer, seelok-eloknya bahagi-bahagikanlah ia kepada beberapa partition. Partition ni apa ye? Kalau anda tengok dalam My Computer ada C:, D:, E: dan sebagainya, itulah partition.
Jika dalam hard disk anda masih ada ruang kosong, anda boleh buat partition baru dengan mudah tanpa menggunakan sebarang software tambahan. Hanya perlu menggunakan Computer Management yang sudah sedia ada dalam Windows. Ikuti langkah-langkah berikut:
1. Right-click pada My Computer dan pilih Manage. Computer Management akan dibuka.
2. Pada bahagian sebelah kiri, pilih Disk Management.
3. Pada bahagian sebelah kanan, right-click pada partition yang kosong (Unallocated) dan pilih New Partition.
4. Klik Next pada paparan “Welcome to the New Partition Wizard”.
5. Primary partition atau Extended partition? Jika anda tak pasti nak pilih yang mana, terus klik Next.
6. Tetapkan saiz partition anda dalam MB. Sebagai contoh, saya memasukkan angka 40000 yang bersamaan dengan 40 GB. Klik Next.
7. Biarkan pilihan seperti biasa (Assign the following drive letter) dan klik Next.
8. Biarkan pilihan seperti biasa (Format this partition with following settings) dan klik Next.
9. Klik Finish dan proses format partition akan bermula.
Tunggu sehingga proses format berakhir dan anda sudah boleh mula menggunakan partition baru tersebut.
Baca Selanjutnya...
Sabtu, 30 Mei 2009
Buat Partition Baru Dalam Windows
Apakah Boot Sequence ?
Boot sequence adalah satu susunan yang menentukan dari mana komputer anda harus membaca data, seterusnya memulakan sistem pengoperasian. Satu aturan boot sequence yang lazim digunakan adalah seperti ini:
1. Hard Disk
2. Disket
3. CD-ROMBerdasarkan senarai di atas, apabila komputer dihidupkan, ia akan melihat ke dalam hard disk terlebih dahulu. Sekiranya terdapat sistem pengoperasian dalam hard disk tersebut, ia akan dijalankan. Sekiranya tidak, komputer akan melihat pula ke dalam disket, kemudian ke dalam CD-ROM, dan seterusnya.
Jadi, jika anda ingin memasang sistem pengoperasian baru ke dalam komputer anda (install Windows XP atau Ubuntu misalnya), ataupun jika anda ingin menjalankan live CD, anda harus mengubah boot sequence yang pertama kepada CD-ROM.
Begitu juga jika anda ingin menjalankan sistem pengoperasian dari USB drive (Slax misalnya), boot sequence yang pertama haruslah ditetapkan kepada kepada USB.
Boot sequence boleh diubah melalui skrin BIOS. Untuk memasuki skrin BIOS, hidupkan komputer dan tekan F2 atau Delete (bergantung kepada komputer anda, lihat pada paparan yang muncul sewaktu komputer mula didhidupkan). Kemudian, cari menu yang berkaitan dengan boot sequence untuk mengubah aturannya.
Baca Selanjutnya...
Sabtu, 23 Mei 2009
nuffnang
Apa itu Nuffnang? Nuffnang ialah sebuah blog yang diasaskan oleh dua anak muda berketurunan Cina yang menyediakan medium pengiklanan kepada blog blog. Lebih kurang begitulah maksudnya.
Contohnya apabila ada pengiklan yang mahu mengiklankan barang mereka, mereka akan memaklumkan kepada Nuffnang dan memberi material tersebut kepada Nuffnang. Jadi para bloggers yang mendaftar dengan Nuffnang dan memasukkan kod nuffnang dalam blog mereka akan dapat melihat iklan tersebut dalam blog mereka.
Sekiranya ada pelawat yang melawat blog anda dan klik pada banner iklan tersebut, ia akan menjana pendapatan kepada anda berdasarkan jenis keahlian anda. Jika anda adalah ahli biasa, satu klik anda akan dapat RM0.15 sahaja. Jika anda adalah ahli gliteratti, anda akan menjana RM0.25 bagi satu klik oleh pengunjung website anda. Untuk mencapai taraf ahli gliteratti, anda haruslah tidak melanggan medium pengiklanan yang lain dalam blog anda seperti adbrite, advertlets, adsense dll.
Contoh yang saya buat anda boleh masuk ke Malaysia Indiependent Song. Kalau ada iklan Nuffnang terpapar, tolonglah klik. Hehehe… Cuma Kadang kala ia tidak terpapar.
Saya lihat ramai dari sahabat bloggers saya yang menggunakan blogspot dan mempunyai jumlah pengunjung yang agak memberansangkan. Jadi, jika anda mahu anda boleh ikuti tutorial ini. Jika ada masalah, InsyaAllah saya akan bantu.
Pertama:-
Layari Laman Nuffnang di www.nuffnang.com.my.
Kedua:-
Click this bar to view the full image. |
Sign Up as a Blogger seperti mana yang dalam bulatan pink di atas. (Sila Klik Imej untuk paparan yang lebih jelas)
Ketiga:-
Click this bar to view the full image. |
Isikan Maklumat Lengkap. Pastikan nama anda adalah seperti yang tertulis dalam Nombor Kad Pengenalan. Ini penting kerana, ia akan menghantar cek kepada anda atas nama tersebut.
Keempat:-
Tunggu email untuk pengaktifan. Apabila anda terima email tersebut, anda aktifkan akaun nuffnang anda.
Kelima:-
Click this bar to view the full image. |
Log in akaun anda pada Laman Nuffnang. Dan Klik pada butang yang berwarna hijau seperti dalam gambar di atas.
Keenam:-
Click this bar to view the full image. |
Tambah Blog anda dengan klik pada Butang “Blog Manager”.
Ketujuh:-
Click this bar to view the full image. |
Kemudian, masukkan maklumat blog anda.
Kelapan:-
Click this bar to view the full image. |
Tambah Script Nuffnang dalam Blog Anda. Klik pada Butang berwarna hijau seperti dalam gambar di atas. Kemudian Klik Butang “Add Ad”.
Click this bar to view the full image. |
Kesembilan:-
Click this bar to view the full image. |
Masukkan, kod-kod sumber yang dipaparkan ke dalam blog anda.
Click this bar to view the full image. |
Untuk tutorial memasukkan skrip tersebut ke dalam blog anda, anda blog pilih jenis blog anda berdasarkan pilihan yang ada pada Laman Nuffnang tadi (Sila Rujuk Gambar).
Selepas anda masukkan kod skrip tersebut, akan terpapar iklan oleh Nuffnang pada blog anda. Jadi jika ada yang klik, anda akan mendapat ganjarannya. Ada juga pengiklan yang membeli bandwidth anda. Ini biasanya untuk blog yang cukup ramai pengunjung.
Pendapatn bergantung kepada pelawat blog anda yang klik iklan Nuffnang tersbut, jika ramai yang klik, banyaklah pendapatan anda! Seminggu sekali, Nuffnang akan update pendapatan anda. Anda boleh semak menerusi akaun anda di Nuffnang.
Bagaimana?
Nak cuba? Mudah kan?
Saya akan cuba bantu setakat yang termampu jika anda ada masalah. Sambil sambil menulis, sambil menjana pendapatan!
Tingkat kelajuan sambungan jalur lebar
Bagaimanapun, lebar jalur bagi perkhidmatan jalur lebar yang digunakan hanya akan menggunakan sebahagian daripada sumber yang ditawarkan mengikut keperluan masing-masing.
Kepada pengguna sistem operasi windows XP, sambungan Internet jalur lebar boleh dipertingkatkan dengan melakukan perubahan pada ketetapannya.
Ia adalah ciri binaan dalaman di dalam windows XP yang menyimpan 20 peratus lebar jalur untuk sambungan Internet komputer.
Langkah yang perlu diambil membabitkan penukaran terhadap ketetapan lebar jalur bagi membolehkan pelanggan Internet mendapat manfaat daripada sambungan lebih laju.
Simpanan lebar jalur boleh ditetapkan pada nilai maksimum daripada 0 hingga 100 peratus apabila proses perubahan dilaksanakan.
Tetapi, sekiranya anda hendak menikmati sambungan Internet lebar jalur pada kadar maksimum, perubahan yang perlu dilakukan membabitkan penetapannya sehingga 0 peratus.
Bagi membolehkan perubahan dilakukan pada ketetapan lebar jalur Internet anda, langkah yang perlu diambil adalah mudah.
Layari butang 'Start' di bahagian bawah kiri skrin dan disusuli dengan membuat pilihan pada kotak 'Run' bagi membolehkan anda menaip arahan GPedit.msc sebelum menekan butang 'Enter' (masuk).
Apabila arahan yang ditetapkan berjaya dilaksanakan, pemilik komputer peribadi akan dipaparkan dengan window baru.
Pada window itu, ia memaparkan arahan 'Local Computer Policy' yang boleh dikembangkan bagi membolehkan anda membuat pilihan pada arahan seterusnya iaitu 'administrative templates'.
Di sebelah kanan window, perluaskan dokumen yang disediakan dengan mengembangkan segmen 'Network' window itu dan klik pada 'QoS Packet Scheduler'.
Kini, di sebelah kanan window terbabit klik dua kali pada elemen 'limit reservable bandwith' (hadkan lebar jalur yang disimpan).
Apabila kotak dialog bagi menghadkan lebar jalur tertera, pastikan arahannya ditetapkan sebagai 'Enabled' dan kemudiannya lakukan perubahan untuk menghadkan peratusan lebar jalur kepada sifar.
Apabila proses yang ditetapkan berjaya dilaksanakan dengan berkesan, kini anda hanya perlu menutup kotak dialog Group Policy Editor dan hidupkan semula komputer pemilik bagi memastikan perubahan terbabit dilaksanakan dengan berkesan.
Pc selalu bermasalah walaupun telah format berkali-kali?
Berikut adalah tips yang perlu diikut:
1. Keluarkan ram atau bateri terlebih dahulu selama 10-20 saat.
2. Lakukan low level format (LLF). Sebab apa? Format biasa tak dapat menghapuskan kebanyakkan virus. Ia hanya memadam sesetengah rekod windows & perkakasan serta melakukan persiapan & menguji bad sector.
LLF akan memadam kesemua sector hard disk anda sehingga tiada apa yang tinggal seolah anda memperolehi hard disk yang baru.
Bagaimana nak buat LLF? Sila download perisian berkenaan di laman web pengeluar cakera keras terbabit & ikut arahan yang disediakan oleh pengeluar step by step.
Selamat Mencuba!
PS - Jangan lupa backup terlebih dahulu data-data anda.
Baca Selanjutnya...
Isnin, 11 Mei 2009
Bagaimana Internet Berfungsi
Bagaimana Internet Berfungsi
Kebanyakan pengguna internet dari rumah menggunakan sambungan dialup melalui modem analog untuk mencapai internet. Proses mencapai internet anda bermula apabila anda mendail ke ISP (Internet Service Provider) seperti TMnet,MaxisNet, Time.net atau JARING.Secara ringkasnya sambungan ke internet bermula dari PC anda apabila menggunakan pelayar web (contohnya) dengan menggunakan protokol TCP/IP berhubung ke internet.Internet menggunakan protokol yang dinamakan TCP/IP (Transmission Control Protocol/ Internet Protocol) yang merupakan bahasa standard untuk internet. Di sini saya akan jelaskan proses yang berlaku di sebalik perlayaran anda ke dunia internet.
Bagi pengguna internet yang menggunakan sistem dialup melalui talian telefon anda mungkin menggunakan servis dari Telekom Malaysia, Maxis atau Time Telekom. Jenis talian yang digunakan mungkin dari jenis analog PSTN (Public Switched Telephone Network juga dpanggil POTS -Plain Old Telephone Service, dengan kelajuan 56kbps), digital-ISDN(Integrated Services Digital Network-sehingga 128kbps) atau -digital ADSL (Asymmetric Digital Subscriber Line) seperti Streamyx. Bagi pengguna talian analog PSTN, modem digunakan dan kelajuan maksimum yang boleh dicapai ialah 56kbps. Nama MODEM adalah singkatan dari perkataan MODULATE/ DEMODULATE. Tugasnya ialah untuk menukarkan signal digital dari komputer anda kepada analog untuk melalui rangkaian telefon(modulate). Juga sebaliknya bagi menukarkan signal analog ke digital jika kita membuat sambungan remote access (demodulate).Semasa anda membuat dialup, modem menukarkan data dari PC anda kepada nada ton mewakili data yang anda hantar dari PC tersebut.Jenis modem yang anda gunakan mungkin dari brand Motorola,3Com,Aztech,US Robotics dan Rockwell.
Signal analogue dari modem anda akan "berlayar" melalui wayar copper di tiang2 telefon di kawasan rumah anda ke ibusawat Telekom yang terdekat.Peringkat ini adalah dinamakan "transmission facilities" merupakan media fizikal yang menyambungkan signal dari rangkaian ke rangkaian lain.
**
Switch atau Exchange yang biasanya terletak di pejabat Telekom berdekatan, akan menghalakan talian anda mengikut nombor panggilan yang dibuat. Contohnya jika anda dail kepada no 1511 sambungan akan dihalakan kepada ISP JARING dan jika 1515 akan disambungkan ke TMNET. Switch atau Exchange secara amnya bertugas menyediakan akses tempatan bagi sesebuah kawasan, menghubungkan panggilan dari satu pengguna ke pengguna lain bagi kawasan tersebut. Selain dari itu ia juga menyediakan khidmat lain seperti "call waiting", " call transfer" dan lain-lain.Beberapa peringkat/jenis exchange seperti TANDEM, ACCESS TANDEM dan International Gateway yang berbeza fungsinya dari segi saiz, liputan geografi, untuk menghubungkan switch/exchange berkenaan dan tidak akan dijelaskan disini.Bagi pengguna Telekom ada 5 vendor utama di Malaysia bagi exchange tersebut. Mereka adalah NEC (Jepun), Ericsson (Sweden), Alcatel ( France) , Fujitsu (Jepun) dan Nokia (Finland).
** Gambar di atas menunjukkan seorang jurutera memasukkan PIU (PLUG IN UNIT) ke dalam sebuah ibusawat. Setiap PIU mempunyai fungsi tersendiri dan dikawal oleh CPU seperti sebuah komputer.
POP (Points of Presence) boleh dikatakan sebagai pintu masuk kepada ISP anda. Contohnya jika anda pengguna JARING dan biasa mendapat satu login prompt dan password. Ia sebenarnya adalah akses anda untuk memasuki pintu masuk ISP dengan menggunakan terminal server seperti Shiva,Ascend,3Com,Cisco dan lain-lain yang akan mengesahkan melalui login dan kata laluan tersebut.
Proses pengesahan (authentication) dari segi login dan password disahkan dengan cara membandingkan login/katalaluan yang anda masukkan dengan sebuah database pengguna yang telah berdaftar secara sah.
Kemudian anda disambungkan kepada beberapa perkhidmatan untuk pengguna internet , contohnya Domain Name Server (DNS) .Tugasnya untuk menukarkan nama domain contohnya www.ittutor.net kepada ip address dari sebuah database besar yang sentiasa di"update"kan.
Email Server-POP (Post Office Protocol) Server contohnya pop10.jaring.my merupakan email host anda.
News Server-Server untuk menghubungkan anda kepada usenet contohnya news.jaring.myServer-server ini memerlukan sistem yang cekap dan pantas bagi memproses permintaan dari pengguna-pengguna internet.
Selain dari itu anda juga anda disambungkan kepada billing system yang merekodkan penggunaan masa internet anda. Billing system bergantung kepada equipment yang digunakan, biasanya menghasilkan CDR atau SNMP yang akan dipungut oleh billing system atau mediation server. Beberapa komponen network yang lain juga digunakan seperti firewall dan intrusion detection system (IDS) untuk sekuriti , load balancing untuk pembahagian beban , cache engine untuk mencepatkan akses.
Internet backbone merupakan tulang belakang kepada ISP anda. Biasanya menggunakan high end routers dan mempunyai routing table yang kompleks. Kelajuan dan kapasiti merupakan salah satu isu utama.
Jika laluan kecil seperti copper wire di tiang-tiang telefon tersebut diandaikan sebagai jalanraya, internet backbone ini bolehlah disamakan sebagai lebuhraya. Pelbagai teknologi digunakan seperti ATM, T1,T3,STM yang berbeza dari segi kelajuan dan mungkin juga medium yang digunakan seperti fiberoptik.
Sambungan dari internet backbone tersebut disambungkan melalui laluan didasar laut ke negara- negara lain.
Akhirnya dari backbone tersebut kita disambungkan kepada servis-servis internet seperti anda sekarang ini disambungkan kepada webserver yang berada jauh beribu batu dari lokasi komputer anda!Webserver anda mungkin menggunakan OS yang berlainan seperti Linux, Windows NT, UNIX, FreeBSD dan lain-lain.
Baca Selanjutnya...
SPESIFIKASI kabel yang digunakan dalam rangkaian Ehternet adalah:
1. 10Base5 (coaxial tebal RG-8)
a) Kelajuan 10Mb/s, pengisyaratan jalur asas (baseband) dan panjang maksimum 500 meter. Mula diperkenalkan dalam tahun 1980 dan masih digunakan sebagai segmen tulang belakang (backbone) untuk penyambung di dalam sistem hub Ethernet kerana ianya murah. Bagaimana pun kabel jenis ini hanya sesuai untuk kelajuan hingga 10 Mb/s.
b)Panjang minimum 2.5 meter antara unit sambungan sederhana (Medium attachment units, MAU).
c) MAU maksimum 100. MAU di sini berfungsi sebagai alat penghantar/penerima (transceiver). Kabel AUI yang turut dikenali sebagai kabel transceiver disambung menggunakan penyambung 15 pin ke MAU dan DTE, dengan jarak maksimum 50 meter.
d) Penyambung yang digunakan untuk menyambungkan kabel dari 10Base5 ialah jenis tap coaxial atau lebih dikenali dengan panggilan Vampire, kerana kita perlu menebuk lubang pada kabel tersebut.
e) Memerlukan terminator 50 ohm di kedua-dua hujung kabel dan dibumikan (grounded) salah satu penghujungnya sebagai keselamatan. Ditegah membumikan kedua-dua hujung kabel kerana ia akan menganggu isyarat Ethernet yang mengalir.
f) Sekiranya sistem rangkaian didapati mengalami kepincangan seperti kelembapan (slow), ia mungkin disebabkan oleh sambungan pada tap coaxial (penyambung vampire) mungkin rosak atau kad ethernet di dalam DTE turut rosak. Walau apa pun, kemungkinan kabel 10base5 rosak amat tipis.
g) Kerap digunakan di dalam rangkaian bus dan rangkaian bintang (Star).
2. 10Base2 (coaxial nipis RG58 A/U atau RG58 C/U)
a) Kelajuan 10Mb/s, pengisyaratan jalur asas dan panjang maksimum 200 meter. Bagaimana pun panjang sebenar yang berkesan tidak melebihi 185 meter untuk satu segmen. Gangguan isyarat akan wujud sekiranya panjang satu segmen melebihi 200 meter.
Panjang minimum 0.5 meter antara MAU. Gangguan isyarat akan wujud sekiranya panjang satu segmen kurang daripada 0.5 meter.
c) MAU maksimum ialah 30 dalam setiap segmen. Jika ada keperluan memasang 31 komputer, sebuah pengulang (repeater) perlu dipasang untuk segmen itu. Dengan adanya pengulang itu, beban segmen berkenaan boleh ditingkat daripada 185 meter menjadi 370 meter.
d) Perlu menggunakan terminator 50 ohm dan dipasang di kedua-dua penghujung segmen. Tanpa terminator 50 ohm sistem rangkaian tidak mungkin berfungsi.
e) Penyambung yang selalu digunakan adalah jenis BNC T. Sekiranya penyambung BNC T dicabut dari komputer, sistem rangkaian masih boleh berfungsi dengan adanya terminator 50 ohm pada segmen tersebut. Bagaimanapun sistem rangkaian tidak akan berfungsi jika kabel 10Base2 dicabut dari salah sebuah komputer kerana hanya ada satu terminator di kedua-dua hujung segmen.
f) Selalu digunakan di dalam rangkaian bus dan rangkaian bintang.
3. 10 BaseT (Twisted pair)
a) Kelajuan 10Mb/s, pengisyaratan jalur asas (baseband) dan panjang maksimum 100 meter. Jenis ini lebih dikenali sebagai twisted pair kerana sistem operasinya menggunakan dua pasang wayar, iaitu sepasang untuk menghantar data dan sepasang lagi menerima. Untuk menguatkan lagi isyarat, wayar tersebut perlu dipintal (twisted). Walaupun kabel 10baseT mengandungi lapan wayar, hanya empat saja digunakan.
Sekiranya dua buah komputer peribadi disambungkan, kabel 10BaseT perlu disilangkan. Bagaimana pun jika komputer peribadi disambung ke hub, kabel straight through perlu digunakan kerana wayar disilangkan di dalam hub.
c) Tiada jarak minimum di antara stesen.
d) Maksimum 1,204 stesen tanpa menggunakan Bridge pada lapisan Data Link.
e) Menggunakan penyambung jenis RJ45.
f) Boleh dibahagikan kepada tiga jenis. Kategori 1 dan 2 (Cat1 & Cat2) dengan kelajuan maksimum sehingga 5Mb/s, kategori 3 (Cat3) sehingga 16 Mb/s, kategori 4 (Cat4) sehingga 20 Mbps dan kategori 5 (Cat5) sehingga 100 Mb/s. Kabel jenis lazimnya digunakan dalam topologi bintang..
4. 100BaseT (Twisted pair)
Ciri-ciri jenis ini sama dengan 10BaseT, cuma kelajuan maksimum sehingga 100 Mb/s dan menggunakan kabel twisted pair jenis Cat5.
5. 10BaseF (Gentian Optik)
a) Menggunakan teknologi denyutan cahaya (light pulses), berbeza dengan kabel lain yang menggunakan teknologi elektrik untuk menghantar isyarat. Perlu diingat, kabel gentian optik amat mudah patah. Elak menyimpan dan memasang kabel cara yang sama seperti kabel lain kerana ia diperbuat daripada kaca atau plastik. [Rangkaian gentian optik dipasang sepanjang lebuh raya utara-selatan untuk kegunaan telefon kecemasan di sepanjang lebuh raya.]
a) Oleh kerana ia mengunakan denyutan cahaya, kabel gentian optik sesuai digunakan di dalam dan di luar bangunan dan tiada kemungkinan akan terkena kilat. Penggunaan kabel gentian optik adalah satu kemestian untuk menambahkan sistem rangkaian ke bangunan berdekatan.
Walaupun kos pemasangannya tinggi tetapi penggunaannya menjimatkan dalam jangka masa panjang. Sekiranya kabel 10Base2 digunakan untuk menyambung dua LAN (Local Area
Network) bangunan bersebelahan walaupun bangunan tersebut disambung dengan jambatan seperti Bangunan Twin Tower Petronas, kemungkinan kabel tersebut terkena kilat adalah besar kerana sambungan ke bumi setiap bangunan berbeza.
Sekiranya terkena kilat, peralatan lain seperti hub dan router mungkin akan mengalami kerosakan teruk. Walaupun kos pemasangan gentian optik dalam lingkungan RM3000 dan
10Base2 kira-kira RM400 saja, adalah lebih menguntungkan memasang gentian optik daripada menghadapi kemungkinan terpaksa menggantikan peralatan hub dan router dengan harga melebihi RM10,000.
Ada dua jenis kabel gentian fiber yang selalu digunakan, iaitu
10Base-F dan FOIRL (Fiber Optic Inter-Repeater Link) yang mula diperkenalkan pada 1980. Jarak maksimum FOIRL ialah 1000 meter dan dua MAU maksimum. Bagi 10Base-F, jarak maksimum 2000 meter dan maksimum dua MAU.
c) Gentian 10BaseF boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu 10Base-FL yang menjadi pengganti FOIRL. Kabel 10BaseFL membolehkan peralatan bagi FOIRL turut digunakan.
Sekiranya hanya peralatan 10BaseFL digunakan, panjang maksimum adalah 2000 meter. Tetapi jika peralatan bercampur FOIRL, panjang maksimum 1000 meter saja. Dengan menggunakan 10BaseFL, MAU maksimum ialah dua, iaitu antara dua komputer atau dua pengulang atau satu komputer disambung dengan satu pengulang.
Jenis kedua ialah 10Base-FB yang direka untuk segmen isyarat tulang belakang segerak (synchronous) dan kerap disambung ke hub untuk memanjang lagi jarak sebanyak 2000 meter. Tetapi sistem dan peralatan untuk 10BaseFB adalah terhad.
10BaseF yang ketiga ialah 10Base-FP yang lebih dikenali sebagai Sistem Pasif Gentian. Panjang maksimum ialah 500 meter.
Password
"Password" - kunci yang mesti dijaga rapi
Kata laluan (password) merupakan perkataan atau frasa "rahsia" yang hanya mengizinkan anda mengakses sumber perkomputeran yang disediakan. Ia ibarat kunci rumah yang boleh mencegah penceroboh daripada memasukinya dengan mudah. Namun, masih ada orang yang meninggalkan kunci rumah mereka di merata tempat sehingga orang lain boleh mengambilnya. Begitu juga dengan "kunci elektronik" yang tertera pada nota berpelekat, skrin komputer, ditampal di bawah papan kekunci atau dilekatkan di belakang laci meja.
Tidak hairanlah jika ada pihak mendakwa, lebih sejuta kata laluan dicuri sehingga kini. Ini menunjukkan betapa mudahnya kata laluan diteka atau dicuri. Kecurian ini mungkin melibatkan puak penggodam yang boleh melancar "serangan kamus" (memadankan kata laluan dengan setiap perkataan di dalam kamus tanpa mengira bahasa) untuk memecahkannya dalam masa yang singkat. Bahkan mereka mungkin menggunakan program "pengintip" yang boleh membaca setiap kekunci yang ditekan dan ini meliputi aksara kata laluan.
Seseorang yang berjaya meneka atau mencuri kata laluan sebenarnya berpeluang mengakses fail, mesej e-mel, maklumat peribadi, menguasai sistem dan lain-lain lagi. Bagi penggodam, mereka boleh mengubah, memusnahkan fail atau menghantar e-mel ancaman dengan menggunakan nama orang lain. Setelah mereka mendapat akses ke dalam sistem, golongan ini boleh memantau komputer dan sistem lain dalam rangkaian yang sama. Selain itu, mereka boleh memantau sistem di mana pengguna setempat dihubungkan dari jauh.
Kemungkinan yang dinyatakan tadi boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, pada bila-bila masa tanpa disedari. Bagaimanapun, anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga, untuk mengurangkan kemungkinan terjadinya risiko sedemikian apabila melibatkan kata laluan anda. Langkah berwaspada seperti mengingati kata laluan (bukan mencatatkannya), tidak berkongsi kata laluan dengan sesiapa sahaja, tidak menghantar kata laluan menerusi e-mel, dan tidak memilih kata laluan yang amat mudah diramal atau diteka sepatutnya diamalkan.
Untuk makluman pengguna, selain perisian komersial terdapat juga perisian percuma berkaitan kata laluan yang boleh dipindah terima daripada tapak Web tertentu menerusi Internet. Biasanya perisian jenis ini akan dikategorikan sebagai perisian utiliti atau keselamatan. Sebenarnya ada pelbagai jenis perisian yang boleh dikaitkan dengan kata laluan, contohnya pengurus kata laluan, pencipta kata laluan, penyimpan kata laluan, pengenkripsi kata laluan dan lain-lain lagi. Malah, operasi sesetengah perisian turut dilindungi kata laluan.
Berikut adalah beberapa panduan berguna mengenai kata laluan yang boleh dipertimbangkan jika ia sesuai.
1. Contoh ciri-ciri yang perlu dimuatkan ke dalam kata laluan:
* Pilih kata laluan yang mudah untuk diingati tetapi sukar untuk diteka. Ia sepatutnya mengandungi sekurang-kurangnya tujuh aksara dan jika lebih banyak aksara digunakan adalah lebih baik.
* Gunakan tanda bacaan atau simbol di dalam kata laluan dan jangan gunakan ruang kosong.
* Sentiasa mencampurkan huruf besar dan huruf kecil.
* Pilih kata laluan yang unik dan bukan yang biasa anda gunakan untuk tujuan lain.
* Anda boleh menggunakan campuran huruf, nombor, simbol dan aksara khas.
2. Panduan penting untuk menjaga keselamatan kata laluan:
* Jangan catatkan kata laluan anda di mana-mana, lebih-lebih lagi di tempat yang mudah dilihat.
* Jangan menghantar kata laluan anda menerusi e-mel, kerana aplikasi e-mel belum tentu selamat.
* Jangan simpan kata laluan anda di dalam fail komputer, kerana ia boleh dibuka.
* Jangan gunakan kamus, perkataan, nama, gabungan nama, nama awal/akhir dan nama ringkas.
* Jauhkan dari menggunakan gabungan perkataan yang mudah, sebarang turutan huruf atau kekunci.
* Jangan sesekali menggunakan perkataan ringkas, aksara tunggal, nombor telefon, tarikh lahir atau nombor untuk mengantikan sebutannya dalam bentuk perkataan.
* Waspada dengan aplikasi yang tidak sepatutnya meminta kata laluan anda. Setelah anda berjaya mencatat masuk (login) ke dalam sistem tertentu, ia sepatutnya tidak memerlukan kata laluan lagi.
3. Sebab-sebab yang mewajarkan perubahan kata laluan:
* Anda memiliki kata laluan yang sama untuk lebih daripada enam bulan.
* Anda telah memberitahu kata laluan kepada orang lain atau mencatatnya di mana-mana.
* Anda telah memasuki mana-mana sistem di tempat-tempat lain, ini termasuklah kafe siber.
* Anda telah diberitahu bahawa kata laluan anda tidak mematuhi piawaian semasa atau luput tarikh.
Nota: Anda boleh menggantikan perkataan pilihan (untuk kata laluan) dengan perkataan yang berlawanan, sama erti dan lain-lain lagi. Pada asasnya, mana-mana perkataan yang anda pilih hanya perlu diketahui oleh anda sahaja dan mesti mematuhi prosedur setempat (contohnya yang ditetapkan oleh organisasi atau tapak Web tertentu) dari segi pembinaan kata laluan tersebut. Sekiranya anda menggunakan terlalu banyak kata laluan (contohnya satu kata laluan setiap aplikasi), ini boleh menimbulkan kesukaran untuk mengingatinya.
Baca Selanjutnya...
PC Selalu Hang ??
Ramai orang yang tahu install OS Microsoft Windows sendiri dan ramai juga yang selalu merungut Windowsnya selalu sangkut (hang), keluar skrin biru, keluar error itu dan ini.
Di sini aku akan cerita sedikit pengalaman aku mengurangkan kejadian yang tidak diingini seperti ini.
a) Asingkan DRIVE. Maknanya, kurang-kurang dalam hard disk anda mesti ada beberapa PARTITION (Partition adalah drive C: D: E: dan biasanya dibuat dalam satu harddisk). Setiap kali kita install WINDOWS, dia akan diinstall dalam C:WINDOWS (untuk windows95, 98 ME, dan XP) dan C:WINNT (untuk WinNT atau Windows2000).
Ramai orang yang tak ambil pusing tentang perkara kecil macam ini, tapi inilah sebabnya mengapa harddisk selalu hang, crash dan sebagainya. Caranya?
Pastikan anda sentiasa ikut prosedur, Program Files perlu diisi dengan Software 3rd party atau apa-apa jenis software lain.
Jadi setiap kali kalau anda Install, kalau dia point ke tempat lain, Contoh C:DELL tukar biar dia jadi "C:Program FilesDELL" (Sila bubuh "", kerana setiap 'Long Filename' (File yang ada space) perlu dibubuh tanda "" tu.
Biasanya bila nak install, ada sesetengah installer yang tak boleh baca Long Filename macam Program Files tu, so kita bubuhlah MS-DOS name dia PROGRA~1 dan akan jadi C:PROGRA~1DELL)
c) Seperti di atas, pastikan drive C anda cuma ada ini sahaja: C:WINDOWS atau C:WINNT, C:Program Files dan kalau ko guna Windows2000, XP dia akan ada C:Documents And Settings.
Kalau Windows98, ME ada My Documents. Haaa, yang folder My Documents tu kita nak cerita panjang lebar lagi kat bawah.
d) My Documents adalah folder yang selalu menjadi tumpuan ramai, oleh kebanyakan software, terutamanya Microsoft Office, dan banyak 3rd party software yang lain.
Setiap kali kita nak save sesuatu benda, WORD, EXCEL, POWERPOINT, ZIP file dan sebagainya, dia akan keluar kotak save yang menunjukkan folder My Documents. Folder inilah yang selalunya mewujudkan "fragmented file" (fail yang berterabur) di dalam harddisk.
Seterusnya, anda nampak shortcut folder My Documents dekat desktop komputer tu? Sila right click, ambil Properties, tengok TAB 'Target' dan ambil butang MOVE, dan pilih DRIVE D: (Terpulang kalau anda hendak letak dekat E atau F ke, tapi cadangan aku adalah D:.
Dia akan tanya, "Are you want to move your file.. blablabla" Tekan saja YES. Dia akan pindah semua isi dalam My Documents itu dari C: ke D:.
Jadi My Documents anda akan berada di D:
e) Kenapa? Apa bezanya? Ada kesan ke? OK. Kesannya adalah dari segi jangka hayat DRIVE C: Sebab untuk pengetahuan anda semua, fragmented file, banyak terhasil dari benda-benda kecil seperti text file, grafik macam gambar.
Tapi biasanya pada apa-apa jenis aplikasi yang berasaskan teks seperti Word, Excel dan sebagainya. Kerana fail itu sentiasa berubah, diubah, dan ini menyebabkan dia berterabur di dalam harddisk.
Jadi bila kita sudah pindahkan My documents dari C: ke D: (Nota: kalau windows2000 dan XP, My Documentsnya duduk dalam C:Documents and Setting, dan saranan aku? Sila pindahkan!) kita akan mengurangkan kejadian "fragment" pada drive C: (Anda boleh bezakan sendiri bila anda sudah cuba, anda buka program Defragment anda dan analyze Drive c tu. Jadi di sini, drive D: anda akan terjadi proses "fragment" yang kerap!
Itu tak jadi masalah, kerana bila anda defragment drive D:, proses defragment tidak akan ambil masa yang panjang sebab dia tak perlu ambil tahu fail sistem, driver dan pelbagai jenis fail (yang itu semua duduk dalam C:) dan jaminan aku?
Drive C: anda akan kurang menghasilkan FRAGMENT file... (anda cuma perlu defrag C: anda sebulan sekali atau 2 bulan sekali yang tentunya tidak akan mengambil masa yang lama kerana defragmenter tidak perlu ambil kisah pada fail yang berlainan format!)
f) Satu lagi... Temporary folder (Ada dua, satu TEMP satu lagi Temporary Internet Files). Yang ni adalah salah satu folder "kegemaran dimana FRAGMENT terjadi" kerana seperti yang aku dah jelaskan di atas; "kedudukan file sentiasa berubah".
Jadi sama seperti My Documents, pindahkan dia (di sini mari kita jadikan drive D: kita sebagai folder yang bermasalah dan tempat FRAGMENT) Bagi temporary folder iaitu TEMP, kalau dalam Windows98, ME caranya, bukak MS-DOS dan taip command seperti ini -> SET TEMP=D:TEMP dan tekan enter, lepas itu SET TMP=D:TEMP dan tekan enter. Kalau nak lagi advance, edit fail autoexec.bat dan masukkan variable itu.
Untuk Windows 2000 dan XP pulak, right click My Computer pilih Properties, cari TAB Advance, dan tengok ada button "Environment Variables", klik itu, dalam Environment Variable, cari kolum User variables for (NAMA ANDA), edit setiap variable yang ada TEMP, TMP dan tukar jadi D:TEMP.
Kemudian tengok bawah, kolum "System Variable", seperti diatas cari TEMP dan TMP, tukar seperti di atas. So temporary folder akan berada di dalam drive D:
g) Temporary Internet Files. Buka Internet Explorer punya properties, Tengok kolum 'Temporary Internet files' klik butang "Settings..." (tambahan: pastikan anda klik 'check for newer versions of stored pages:' kepada "every visit to the page").
Sebabnya? Setiap kali anda bukak sesuatu web, dia akan refresh page itu, dan buka display balik page yang anda pernah buka (page yang sama) sebelum itu.
Kemudian, tengok kolum "temporary internet files folder". Apa-apahal, drag dulu 'amount of disk space to use' itu kepada 16MB (recommended: 12-16MB). Tidak perlu besar-besar sangat. Dan klik butang "MOVE FOLDER..." dan seperti biasa, sila ambil Drive D: dan Windows akan suruh anda LOG OFF. Dan sila logoff...
Selesai sudah proses pengasingan. Sekarang ini apa yang anda nampak? Drive C: cuma ada sistem iaitu C:WINDOWS atau C:WINNT, dan folder Program Files (untuk Windows2000, XP ada folder Documents and Settings).
Pastikan cuma folder itu sahaja yang ada dalam C:! Anda akan mendapat hasilnya... Dan anda akan nampak bahawa folder yang perlu di-defrag adalah drive D: dan ini tidak menjadi masalah kerana proses defragment takkan mengambil masa kalau defragmenter itu tidak pening kepala hendak bezakan antara fail sistem, program dan data.
Tips Mencari Driver
Mencari driver
Anda ada masalah mencari driver untuk hardware anda ? Cubalah cari di tempat berikut :
http://www.driverguide.com/ Gunakan login : drivers password : all
http://www.windowsxp-drivers.com/
http://www.helpdrivers.com/
http://windrivers.com/
http://www.kiarchive.ru/
http://www.driverzone.com/
Driver untuk modem thundercom thundercomhld.com no longger work.
http://www.pacosdrivers.com/
http://www.driver.nl/
http://www.tododrivers.com/
http://drivers.on-line.net.nz/
http://www.drivercollection.com
http://www.scanner-drivers.com
http://www.cdrom-drivers.com/
Gunakan google. Keyword ialah model hardware, jenis, chipset contoh download windows200 driver lexmark z52
Motherboard yang ada built-in vga, sound, modem
JIKA anda menggunakan motherboard yang ada built-in vga, sound, modem; sebaiknya download driver dari pembuat motherboard tersebut. Ini kerana ia telah di "tune-in" untuk motherboard tersebut. Jika anda tidak tahu atau web site pembuat mobo tersebut tidak menyediakan driver, anda *mungkin* boleh menggunakan driver dari pihak lain tetapi tidak dijamin ia akan berfungsi. Inilah sebabnya bila membeli motherboard, pastikan anda membeli dari pembuat yang bagus dan terkenal.
Kad OEM
Contoh kad OEM ialah seperti vga, sound card atau modem yang anda tidak tahu pengeluarnya atau tiada laman web pengeluar terbabit. Ini bukan misalnya seperti sound card dari Creative versi OEM dengan versi retail. Pengeluar yang terkenal memang ada mengeluarkan versi OEM dengan versi retail. Apa yang saya bincangkan ialah pengeluar kecil-kecilan yang tak ada langsung nama syarikat pembuat apatah lagi alamat web site mereka. Apa yang perlu anda buat ialah ketahui chipset vga, sound card atau modem tersebut. Chipset ini adalah satu chip atau IC yang besar pada kad tersebut. Anda boleh lihat nama pengeluar dan model dicetak pada chipset itu.
Bagaimanapun jika chipset tersebut ditutup oleh heatsink pada kebanyakkan kad gambar atau external modem, anda boleh gunakan cara lain. Jangan sekali-kali cabut heatsink atau buka modem kerana ia menyebabkan jaminan kad tersebut batal.
Untuk kad gambar, anda boleh melihat infomasi chipset tersebut dari display properties.
Control Panel --> display --> settings -->
Untuk kad suara, dari
Control Panel --> Multimedia --> device --
Untuk modem, lain pula caranya. Anda perlu tahu apa chipset yang digunakan oleh modem tersebut misalnya, USR, PCTel, Texas Instrument, Mororola, Conexant dan sebagainya. Laman berikut ini membuat pengkhususan temtamg modem :
http://www.modem-help.freeserve.co.uk/
Setelah itu anda buat carian berdasarkan chipset tersebut. Anda boleh menggunakan web site di atas yang mengkhusus untuk driver ataupun menggunakan injin carian biasa.
Baca Selanjutnya...
Panduan Download Secara Berkesan
Pernahkan anda :-
download satu software tiba-tiba sambungan internet terputus ?.
Bila anda sambung download lagi terpaksa download semula dari awal ?
Anda rasa sambungan internet anda begitu lambat sekali ?
Sudah download tetapi tak dapat cari mana file yang telah didownload tadi ?
Jika pernah, silalah cuba tip berikut jika anda mahu download di masa mendatang.
Jangan gunakan pelayar web untuk download
Pelayar web hanya sesuai untuk download file yang kecil-kecil misalnya kurang dari 200kb yang boleh selesai dalam masa seminit saja. Untuk download file yang besar seharusnya anda menggunakan program yang dibuat khas untuk download seperti flashget
Pilih server yang dekat dan laju
Selain dari tapak asal, sesebuah software juga boleh didownload dari banyak tempat yang dikenali sebagai download site seperti download.com, tucows.com, zdnet.com, simtel.net. Pilihlah server yang "dekat" , laju dan menyokong download ulang (resume).
Download manager yang baik akan membuat ping untuk menentukan mana server yang laju.
Bagi kita dari malaysia, dekat bermakna los angeles kerana sambungan internet dari pencawang internet malaysia di brick fields melalui kabel bawah laut merentasi lautan atlantik terus ke palo alto, california.
Jangan tertipu dengan tapak bayangan misalnya di singapura kerana tiada sambungan dari brick field terus ke singapura sebaliknya menuju ke amerika dahulu. Cuba buat traceroute dari jaring/tmnet ke cyberway.com.sg, singnet.com.sg dan tapak kegemaran anda di singapura.
Akan tetapi harus diingat bahawa domain name yang menggunakan penghujung negara misalnya yang berakhir dengan .sg berada di singapura, .my berada di malaysia atau .id berada di indonesia !. Tidak sama sekali. Domain name cuma alamat siber saja. Kedudukan fizikal server boleh berada di mana-mana tempat dalam dunia. Cuma syarikat atau organisasi yang besar sahaja yang mampu mempunyai server sendiri dan menyewa paip internet yang besar yang disambungkan ke internet.
Laju membawa maksud laman web tersebut bila di klik muncul dengan pantas. Ini kerana bagi kebanyakkan domain, ftp server dan web server berada di tempat yang sama. Laju juga boleh bermakna file server tersebut menyokong multi thread (download beberapa sambungan serentak) dan tidak menyekat kelajuan maksima (speed limit).
Resume download
Download ulang bererti bila sambungan internet putus anda boleh menyambung semula download file tadi tanpa perlu dari mula. Anda juga boleh menggunakan fungsi ini untuk menjimatkan bil telepon dengan download sedikit-sedikit bila anda memasuki internet.
Tapak asal untuk versi terkini
Seperti biasa lungsurilah dahulu tapak laman asal untuk mendapatkan perkembangan terbaru mengenai software tersebut. Bagaimanapun versi terkini tidak semestinya lebih bagus. Kebanyakkan versi terbaru cuma menambah fungsi yang tiada dalam versi lama disamping menambahkan saiz file menjadi lebih besar (bloatware). Ada juga berlaku dimana versi lama adalah freeware manakala versi baru kini menjadi shareware.
Jangan download versi baru major upgrade misalnya versi lama ialah 2.8 manakala versi baru ialah 3.0. Ini kerana versi .0 penuh dengan bug. Tunggulah hingga ia menjadi versi 3.1
Jangan download semasa waktu sebok
Internet sebagai lebuhraya digital juga mempunyai waktu sesak sama seperti jalanraya biasa. Mengikut teori, waktu sesak bagi pengguna internet malaysia dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya ialah pulul 8 malam sambil rehat lepas makan sampai pukul 1 pagi bila semua sudah masuk tidur.
Bagaimanapun dari pengalaman saya dapati pukul 9.30 malam capaian internet masih laju seperti biasa. Mungkin kerana jumlah pengguna internet sudah berpecah kepada jaring, maxisnet, timenet & tmnet.
Bagaimanapun ada hari/ketikanya di mana tak kira siang atau malam capaian internet begitu perlahan sekali. Justru saya berpendapat kelajuan internet ini lebih banyak dipengaruhi oleh penyedia internet tempatan seperti tmnet dan jaring. Ada cerita dalam tmnet.support mengatakan tmnet sengaja menurunkan kelajuan capaian internet tmnet supaya telekom malaysia pemilik tmnet dan telekom boleh untung banyak.
Capaian internet perlahan
Bila membuat sambungan ke internet, anda akan mendail nombor tertentu yang disediakan. Node (atau POP) yang terdekat akan menyambut panggilan tersebut. Ia adalah satu rangkaian modem yang besar tidak seperti modem yang anda gunakan di rumah.
Setiap modem ini mempunyai ratio modem / user yang tertentu. Jika capaian internet anda begitu perlahan mungkin juga modem yang anda gunakan dikongsi oleh ramai pengguna yang lain. Cubalah anda memutuskan sambungan dan mendail semula ke isp anda.
Jika tetap perlahan bermakna terdapat ramai pengguna isp yang sama dengan anda. Cuba dail ke isp yang lain.
Ketahui perkembangan semasa internet
Jangan lupa mengikuti perkembangan semasa mana tahu berlaku kejadian yang tidak diingini misalnya paip internet dasar laut putus seperti yang berlaku berhampiran singapura atau dekat jepun dulu memyebabkan capaian internet ke luar menjadi perlahan.
Sekian dan selamat mendownload.
Baca Selanjutnya...
Ahad, 10 Mei 2009
Membina Hotspot Sendiri Cara Mudah
Tujuan
Untuk menghadkan access wifi kepada orang tertentu sahaja dan juga untuk monitoring. Boleh jugak digunakan untuk jadi sistem hotspot seperti di kedai mamak atau starbucks. Dan juga boleh digunakan untuk buat bisnes sampingan untuk sesiapa yang duduk di flet/aprtment/codo
Bahan-bahan
1.PC Intel purba dengan 2 Network card ( aku guna DLINK ) dan ada floppy drive atau usb thumbdrive
2.Linksys WRT54G ver 5 ( apa-apa jenis AP pun boleh )
3.Streamyx router modem
4.Monowall Live CD
5.Floppy A / Thumbdrive untuk simpan configuration
Resipi
1.Download ISO image monowall dari website monowall. ( http://m0n0.ch/wall/download.php?file=cdrom-1.233.iso )
2.Write image file tersebut ke dalam CD kosong. Boleh guna apa-apa jenis ISO recorder. Aku suka guna yang free aja.( http://isorecorder.alexfeinman.com/IsoReco...cordersetup.msi )
3. Ok sekarang Live CD dah ada. Setup PC intel purba untuk boot dari CDROM. Dan make sure floppy A atau thumbdrive telah dimasukkan ke dalam PC.
4.Akan keluar menu 1 sampai 6. Sebelum menu keluar, Monowall akan detect 2 network card. RL0 dan RL1. Dalam kes ini RL0 adalah WAN dan cucuk terus pergi modem streamyx. RL1 pulak adalah LAN dan cucuk ke mana-mana dahulu.
5. Pilih Option No 1. Dan pilih RL1 adalah LAN dan letaklah LAN IP. Contohnya 192.168.10.1 dan pilih subnet 255.255.255.0. Pilih NO untuk option VLAN dan kembali ke menu.
6. Pilih option untuk hidupkan DHCP dan set IP range untuk DHCP contohnya 192.168.10.10 - 192.168.10.254.
7.Ok, sekarang gunakan PC anda dan set ip 192.168.10.2 dan set gateway ke 192.168.10.1 dan ping ke 192.168.10.1. Jika dapat reply. Buka web browser dan letak alamat http://192.168.10.1 . Login : admin Password: mono.
8. Cari menu Interface dan pilih WAN. Letak IP untuk WAN, contohnya 192.168.1.2 dan letak gateway modem streamyx dan juga DNS. Biasanya 192.168.1.1 dan DNS 202.188.1.5
9. Sepatutnya anda sekarang dah boleh surf internet. Jika boleh surf internet, pilih menu captive portal dan pilih option "enable". Pilih option "local user" dan di menu yang sama "add new user"...letaklaa username dan password kesukaan anda.
10. Scroll ke bawah dan akan ada option untuk upload login dan error file. Untuk login, copy and paste contoh yang diberi ke dalam fail bernama login.txt dan upload. Buat perkara yang sama untuk error.
11. Tutup browser dan cuba surf kembali. Anda akan dihidangkan dengan pertanyaan login/password form. Jika step ini berjaya dilakukan. Sila teruskan ke step berikut.
12. Gunakan PC anda untuk setkan Linksys AP anda tidak relay DHCP. Gunakan static IP untuk linksys contohnay 192.168.10.3 dan letak gateway ke 192.168.10.1..dns boleh guna streamyx biasa. Enablekan wireless tanpa dengan security disabled.Ubahlaa SSID ke "Hotspot sila call 014-xxxxxxxxxx"
13.Gunakan laptop dan cuba connect ke ssid "HOTSPOT sila call 014-xxxxxx". Sepatutnya anda akan dihidangkan dengan pertanyaan login/password.
14.Jika berjaya, anda telah berjaya membina hotspot sendiri dan dah bolehs tart berniaga. Charge 1 orang RM5 ker untuk 1 hari browsing, atau RM30 1 bulan browsing.....kalau dapat 10 orang kan dah RM300...100 orang buta buta dapat 3K dengan modal tak sampai rm500. Nak lagi advance belilaa linksys range extender, multiple AP ker....data simpan dalam thumbdrive 2GB atau nak lebih advance radius server.
Baca Selanjutnya...
Hati-hati dengan Phishing website
AMAT menakutkan dan mengecewakan apabila wang yang banyak dalam akaun bank hilang begitu saja atau lesap sedikit demi sedikit gara-gara kegiatan jenayah siber melalui kaedah 'phishing'.
Mereka menggunakan kaedah menipu orang ramai dengan menghantar e-mel kononnya ingin memaklumkan kepada pemegang akaun agar memperbaharui akaun dengan mengesahkan e-mel dihantar.
Kegiatan phishing ini mampu mengaburi mata orang ramai apatah lagi mereka menggunakan alamat e-mel seolah-olah ia dihantar dari pihak bank secara sah.
Ia akan meminta pelanggan yang memiliki akaun memasukkan nombor akaun serta kata laluan atau mengklik alamat URL disediakan bagaikan transaksi biasa dilakukan melalui perbankan 'online'.
Namun tanpa disedari perbuatan itu mampu menyebabkan wang dalam akaun hilang sekelip mata tanpa pengguna mengesan ke mana wang itu dipindahkan.
Bukan satu atau dua bank tempatan yang terbabit, malah hampir semua bank yang menyediakan perkhidmatan online tidak lari dari sasaran penipuan phishing apabila terdapat e-mel yang dihantar kepada pelanggan mereka
Penyebaran e-mel sedemikian yang meminta pelanggan bank itu memberikan maklumat penting menerusi program mengemaskini maklumat pemalsuan akaun bank.
E-mel yang disebar itu meminta pengguna memasukkan kata nama dan kata kunci akaun perbankan dalam talian bank atas alasan mengemas kini maklumat pelanggan bagi.
Malah terdapat satu lagi e-mel yang meminta pelanggan mengemaskini data peribadi atas alasan penukaran sistem keselamatan baru kononnya digelar PP20 bagi melindungi pelanggan.
Bagi meyakinkan pengguna, perbuatan jahat ini diteruskan dengan penyertaan tandatangan bank terbabit di bahagian bawah e-mel.
Sumber dalaman bank terbabit mengingatkan pelanggannya supaya berhati-hati dengan sebarang e-mel mencurigakan yang meminta mereka melayari URL tertentu dan meminta memasukkan maklumat penting seperti kata nama dan kata kunci.
Katanya, tiada satu bank pun di Malaysia yang meminta pelanggan mereka membuat pengesahan akaun melalui penghantaran e-mel atas faktor keselamatan.
Selain itu, sumber bank terbabit mengesahkan e-mel itu seperti itu adalah cubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk menceroboh maklumat penting pelanggannya.
Beliau berkata, pelanggan perlu berhati-hati dengan e-mel mencurigakan sedemikian yang biasanya disebarkan atas tujuan mengemaskini maklumat pelanggan.
"Kami menegaskan bahawa bank tidak akan menghantar sebarang e-mel yang meminta pelanggan memberikan maklumat perbankan peribadi. Jika terima, terus abaikan," katanya.
Malah, beliau menasihatkan pelanggan supaya tidak melayari URL yang terkandung dalam e-mel berkenaan, sebaliknya menaip alamat URL bank secara terus jika mahu mengakses laman web perbankan online.
Kegiatan phishing bukan perkara baru yang termasuk dalam kategori jenayah siber mengundang masalah di seluruh dunia.
Dalam pengkomputeran, phishing disifatkan satu cubaan jenayah serta penipuan untuk mendapatkan maklumat sensitif melalui perhubungan elektronik seperti nama pengguna, kata laluan, dan butiran kad kredit dengan menyamar sebagai sebuah entiti yang boleh dipercayai.
Laman web e-Bay, PayPal serta perbankan online antara mangsa yang sering kali menjadi sasaran.
Phishing selalunya dilakukan melalui e-mel atau khidmat pesanan ringkas (SMS) dan selalunya mengarahkan pengguna untuk memasukkan butiran pada laman web tertentu.
Antara cubaan untuk mengatasi kejadian phishing yang semakin meningkat termasuklah penguatkuasaan undang-undang, latihan untuk pengguna, kesedaran umum, serta langkah teknikal yang dijalankan melalui kawalan keselamatan lebih ketat.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel (B) Husin Jazri, berkata phishing adalah penipuan paling popular selain penipuan loteri, pelaburan Internet, pembohongan dan skim piramid yang menyebabkan pengguna mengalami kerugian berikutan maklumat peribadi yang terdedah kepada penjenayah siber.
"Pengguna internet perlu sentiasa berhati-hati ketika memberi maklumat peribadi dalam laman web, e-mel, sistem mesej segera, bilik bual atau pada papan mesej untuk mengelak daripada menjadi mangsa.
"Antara tindakan yang boleh diambil pengguna adalah dengan menggunakan perisian antivirus, antispyware dan firewall selain sentiasa memastikan perisian itu dikemaskinikan," katanya.
Dalam pada itu, syarikat kawalan keselamatan online, F-Secure menasihatkan orang ramai agar tidak tertipu dengan kegiatan phishing dengan mengambil 10 langkah asas bagi melindungi maklumat peribadi dari bocor di tangan pihak tidak bertanggungjawab.
Pengurus Tindak Balas Keselamatannya, Chia Wing Fei, menggariskan 10 langkah bagi membendung kegiatan phishing termasuk:
1. Sentiasa berhati-hati apabila menerima e-mel mendakwa mereka dari pihak bank kerana bank tidak pernah menghantar e-mel kepada pelanggan.
2. Taip alamat URL bank secara manual dan bukannya dari pautan diberikan melalui e-mel phishing.
3. Lihat alamat https:// di ruang carian URL serta bentuk bumi di bahagian bawah ikon carian memastikan maklumat dihantar adalah selamat.
4. Semak ketulenan laman web dengan mengklik sebanyak dua kali ke atas ikon itu, ia akan memaklumkan sama ada laman web dikunjungi selamat atau tidak.
5. Untuk perbankan online, kebanyakan bank membekalkan mekanisme pengesahan seperti kod transaksi SMS atau kata laluan yang berlainan.
6. Pindah turun perlindungan online ke atas komputer anda dan kerap perbaharui maklumat.
7. Pindah turun perlindungan dengan menghidupkan 'firewall' dan sentiasa perbaharui perisian keselamatan untuk elakkan kecurian kata laluan.
8. Jangan gunakan komputer awam untuk lakukan transaksi kewangan.
9. Guna enjin carian alternatif seperti Firefox 3 atau Opera 9.5 yang memiliki ciri keselamatan lebih baik yang memberi amaran kepada pengguna mengenai laman web tidak meyakinkan.
10. Jika anda sudah termasuk dalam laman web berbentuk phishing, segera melaporkannya kepada pihak keselamatan supaya ia dapat dibendung.
Kegiatan phishing sememangnya lama bertapak namun ia masih berterusan dan menipu pengguna memandangkan kesedaran masih belum cukup terutama di kalangan mereka yang tidak memahami teknologi maklumat secara mendalam.
Oleh itu, kita perlu mengambil langkah awal bagi mengelak kerugian dan kebocoran maklumat yang mungkin akan menyebabkan kita menyesal di kemudian hari.
Baca Selanjutnya...
Musnahkan 'BOT'
‘Bot’ ialah sejenis Malware yang membolehkan penyerang menguasai sepenuhnya kawalan ke atas komputer yang terjejas. Komputer yang dijangkiti 'bot' biasanya dikenali sebagai 'Zombi.'
Sebenarnya terdapat berpuluh ribu komputer yang melayari Internet telah dijangkiti beberapa jenis 'bot' tetapi tidak menyedarinya.
Penyerang berupaya mengakses senarai komputer 'Zombi' dan mengaktifkannya untuk membantu melaksanakan serangan DoS (denial-of-service) terhadap tapak Web, menjadi tuan rumah kepada serangan phishing ke atas tapak Web atau menghantar beribu-ribu mesej e-mel Spam.
Symantec Security Response melihat bilangan komputer dijangkiti oleh Bot terus meningkat. Dalam Laporan Ancaman Keselamatan Internet Symantec (Jilid XI, Mac 2007), terdapat lebih daripada enam juta 'Bot' aktif dalam tempoh antara Julai hingga Disember 2006 - kira-kira 30 peratus lebih banyak komputer Zombi berbanding dengan tempoh enam bulan sebelumnya.
Laporan yang sama juga menyebut Malaysia merupakan negara keenam tertinggi mempunyai bilangan komputer paling banyak dijangkiti 'bot' di dalam rantau Asia Pasifik dan Jepun (APJ).
Kuala Lumpur kekal sebagai bandar raya keenam mempunyai bilangan komputer yang tertinggi dijangkiti 'bot' selepas lima bandar raya lain di China iaitu Beijing, Guangzhou, Hangzhou, Shanghai dan Ningbo.
Bilangan pengguna baru yang menggunakan Internet berkelajuan tinggi di sesebuah negara merupakan faktor utama dalam peningkatan kadar jangkitan 'bot'.
Pelanggan jalur lebar mungkin tidak menyedari perlunya mengambil langkah keselamatan tambahan apabila mendedahkan komputer kepada sambungan Internet berkelajuan tinggi yang sentiasa terpasang.
Bagaimana 'bot' bertindak?
Ia berlaku dalam masa beberapa minit dan ia menyelinap ke dalam komputer melalui pelbagai cara.
'Bot' merebak melalui Internet dengan mencari komputer yang mudah terjejas dan tidak dilindungi untuk dijangkiti.
Penggodam dengan kod 'bot' memecah masuk ke dalam komputer yang mudah terjejas, menjadikannya Zombi dan melancarkan serangan ke atas sistem komputer lain.
Dan ketika pengguna sedang melindungi rangkaian serta data penting di dalamnya, pemilik 'bot' menjual akses kepada komputer pengguna yang telah digodam dengan harga yang amat murah.
Ancaman ini telah berlaku dan semakin meningkat dan pada bila-bila masa, dalam sehari terdapat lebih tiga juta ‘bot’ aktif di seluruh dunia. Setiap hari, bot menyelinap ke dalam beratus ribu buah peranti komputer dan komunikasi.
Kenalpasti ‘bot’
‘Bot’ bijak menyembunyikan dirinya di dalam komputer supaya pengguna tidak menyedari kehadirannya. Jika pengguna dapat mengesan ada sesuatu dalam komputer, sudah tentu mereka akan segera membuang atau melumpuhkannya.
‘Bot’ sering mempunyai nama fail dan proses yang serupa atau sama dengan nama fail sistem dan proses biasa supaya pengguna tidak mengecamnya.
Jika pengguna melihat sesuatu yang aneh, seperti komputer semakin perlahan atau runtuh tanpa sebarang sebab, pengguna boleh mengesyaki terdapat Malware.
Walau bagaimanapun terdapat sebab-sebab lain bagi gejala sedemikian. Imbas komputer dengan perisian antivirus dan antiSpyware versi semasa untuk mengesan sebarang Malware.
Jika imbasan itu tidak menemui apa-apa, anda boleh merujuk buku seperti Degunking Windows untuk membantu pengguna membersihkan sawang dalam komputer.
Memerangi Wabak Botnet
Symantec telah mengumumkan pengeluaran Norton AntiBot, penyelesaian keselamatan disasarkan pertama untuk memerangi wabak Botnet yang semakin meningkat. Norton AntiBot adalah penyelesaian bagi pengesanan dan penghapusan 'bot' masa nyata.
Norton AntiBot memantau aplikasi dan proses komputer selama 24 jam sehari, menawarkan lapisan perlindungan tambahan yang melengkapi penyelesaian keselamatan sedia ada untuk melindungi komputer daripada akses tidak sah dan pengubahan.
Norton AntiBot secara aktif memantau semua program di komputer untuk mengesan isyarat aktiviti yang berniat jahat.
Sebaik sahaja Norton AntiBot mengumpulkan bukti yang mencukupi mengenai sesuatu program bagi memastikan ia adalah Malware, ia secara automatik memberitahu pengguna komputer, untuk membolehkan program berniat jahat itu dihapuskan sepenuhnya daripada komputer .
Norton AntiBot adalah penyelesaian keselamatan berasaskan kelakuan aktif yang baru dalam keluarga produk keselamatan Symantec.
Norton AntiBot adalah penyelesaian ringan yang mudah dipasang dan digunakan serta tidak bergantung pada fail pengenalan atau pengimbas untuk melindungi sistem dan kekal di belakang tanpa mengganggu sehingga mengesan ancaman.
Norton AntiBot mengandungi teknologi heuristik aktif, iaitu enjin berasaskan kelakuan yang mengenal pasti Malware.
Dengan melihat aktiviti, berbanding dengan hanya melihat pengenalan semata-mata, boleh mengesan dan menghapuskan Malware baru yang tiada pengenalan atau skrip penyingkiran.
Norton AntiBot sentiasa melindungi daripada Malware yang cuba melakukan sesuatu pada sistem anda.
Ia mengesan dan menghapuskan varian 'bot', 'rootkit', 'Trojan' dan 'key logger' terbaru, semuanya tanpa bergantung pada kemas kini pengenalan.
Antara ciri-ciri Norton AntiBot yang menyerlah adalah termasuk:
- Perlindungan segera dan tetap terhadap ‘bot’, ‘rootkit’, ‘Trojan’ dan ‘key logger’
- Memantau secara aktif kelakuan komputer
- Pengesanan dan penghapusan Malware dengan serta-merta
- Tidak memerlukan kemas kini pengenalan atau imbas sistem.
* Philip Hickey ialah Pengurus pemasaran produk pengguna Symantec Asia Pasifik.
Baca Selanjutnya...
Membentuk dokumen PDF
KEBANYAKAN dokumen yang digunakan untuk urusan perhubungan ketika ini dihasilkan secara elektronik.
Dokumen itu juga tidak lagi dicetak atau dihantar melalui pos tetapi dihantar secara elektronik melalui e-mel.
Dokumen yang dihasilkan oleh sesuatu perisian memerlukan perisian yang sama apabila dokumen itu hendak dibuka semula.
Jika perisian yang berlainan digunakan, ia mungkin tidak boleh dibaca, atau jika boleh sekalipun, ia mungkin berubah.
Satu penyelesaian diperlukan supaya semua dokumen yang dihasilkan secara elektronik oleh sebarang perisian boleh dibuka tanpa menggunakan perisian asal.
Di antara format yang popular yang membolehkan dokumen dibuka secara elektronik tanpa penggunaan perisian asal adalah format PDF ataupun Portable Document Format.
Perisian penghasilan PDF ini satu ketika dulu perlu dibeli, namun kini terdapat banyak perisian penghasilan PDF yang boleh diperoleh secara percuma.
Di antara perisian untuk menghasilkan fail PDF yang boleh digunakan secara percuma adalah PrimoPDF yang boleh dipindah turun dari www.primopdf.com
Apabila perisian PrimoPDF dipasang di komputer, cara pengunaannya tidak seperti perisian yang lain.
Kemudahan perisian PrimoPDF ini hanya boleh dicapai menggunakan arahan Print. Itu bermakna apabila hendak mengubah sesuatu dokumen kepada format PDF, kita perlu melakukan arahan Print terlebih dulu.
Langkah yang perlu diikuti untuk membuat dokumen yang berformat PDF adalah seperti berikut:
1. Buka dokumen yang hendak diubah seperti biasa.
2. Pilih arahan Print dan pilih Printer yang bernama PrimoPDF. Tekan Ok.
3. Paparan ini akan dipaparkan, pilih pilihan yang sesuai untuk dihasilkan
4. Tekan di atas butang “Security” jika dokumen yang dihasilkan memerlukan kemudahan kata laluan.
5. Dokumen yang sudah diubah formatnya kepada format PDF akan dipaparkan untuk semakan. Anda memerlukan perisian Adobe Acrobat Reader untuk membuka fail PDF yang dihasilkan itu.
6. Perisian ini boleh diperoleh secara percuma di www.acrobat.com
7. Berikut adalah aliran format dan perisian yang diperlukan untuk menukarkan format .DOC kepada format .PDF.
Format PDF ini juga boleh digunakan untuk mengekalkan jenis huruf yang terdapat di dalam sesuatu dokumen, menerima kemasukan data di dalam bentuk borang serta penambahan elemen interaktif terhadap sesuatu dokumen.
Dokumen PDF yang dihasilkan boleh dihantar melalui e-mel kepada penerima seperti kita menghantar dokumen elektronik yang lain.
Baca Selanjutnya...
Sabtu, 9 Mei 2009
Kemudahan langganan Really Simple Syndication (RSS)
KEMUDAHAN langganan maklumat melalui Really Simple Syndication (RSS) adalah kaedah mendapatkan maklumat terkini setiap kali laman web dikemas kini.
Konsep penggunaan RSS dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama, laman web yang memberikan kemudahan langganan RSS. Bahagian kedua pula adalah perisian digunakan untuk membaca paparan langganan RSS.
1. Melakukan langganan di laman web yang mempunyai kemudahan RSS
Sebelum sesebuah laman web boleh dilanggan menggunakan teknik RSS, laman web terbabit perlulah mempunyai kemudahan langganan RSS. Pengunjung boleh mengetahui sama ada laman web itu memberikan kemudahan langganan melalui RSS atau tidak dengan mencari tanda seperti berikut:
a. Simbol ikon RSS
b. Capaian yang memaparkan kemudahan RSS.
c. Paparan capaian yang mengandungi alamat RSS.
d. Alamat laman web atau blog yang membenarkan langganan melalui alamat. (Terdapat ikon RSS di sebelah alamat)
Selepas anda dapat mengesahkan laman web terbabit mempunyai kemudahan RSS melalui kaedah di atas, langkah seterusnya adalah menyalin alamat yang mengandungi maklumat RSS itu.
Untuk menyalin alamat RSS yang diberikan, perlu ikuti langkah berikut:
a. Klik di atas ikon simbol RSS dengan menekan butang tetikus sebelah kanan dan pilih: Copy Link Location.
b. Klik di atas alamat yang dipaparkan dan salin alamat yang diberikan.
c. Salin alamat laman web atau blog yang mengandungi ikon RSS di sebelahnya.
2. Memasukkan alamat RSS ke dalam perisian melanggan RSS.
Antara perisian melanggan maklumat RSS secara online adalah You are not allowed to view links.
Register or Login. Tetapi anda perlu mendaftar untuk mendapatkan kemudahan langganan terlebih dulu.
Selepas proses langganan dilakukan, bolehlah memasukkan alamat RSS yang ingin dilanggan dalam ruang disediakan.
Sebaik langganan selesai, maklumat terkini yang terdapat dalam laman web itu akan dipaparkan di sebelah kanan ruang langganan.
Jika reader.google.com adalah kemudahan pembacaan RSS secara online melalui laman web, terdapat juga kemudahan untuk membaca RSS secara perisian yang boleh disimpan di dalam komputer.
Ini membolehkan maklumat yang dilanggan dibaca walaupun tanpa capaian ke Internet. (Capaian hanya diperlukan semasa proses memuat turun maklumat RSS). Perisian yang boleh digunakan untuk tujuan terbabit adalah seperti FeedReader. Feedreader boleh dipindah turun di You are not allowed to view links.
Register or Login
Selain daripada melanggan kemudahan RSS seperti yang dibincangkan, RSS boleh dilanggan melalui telefon bimbit.
Apa yang diperlukan adalah kemudahan perisian RSS di dalam telefon bimbit dan salin semula alamat RSS yang diperoleh di laman web ke pembaca RSS di telefon bimbit.
Dengan teknik ini, maklumat terkini di dalam laman web akan dipaparkan di dalam telefon bimbit.
Jika tidak mempunyai perisian RSS di telefon bimbit, pengguna masih boleh membaca langganan RSS secara online di telefon bimbit jika menggunakan kemudahan reader.google.com. Caranya adalah dengan menaipkan alamat reader.google.com di dalam ruang browser di telefon bimbit. Baca Selanjutnya...
BIOS ERROR SIGNALS ( Penjelasan BEEP)
Sering kali kita menghadapi masalah didalam Troubleshooting Hardware yang melibatkan bunyi BEEP dan kita tidak tahu utk mentafsirkan Beep-beep yang dikeluarkan oleh BIOS dan apakah sebabnya.
Jadi artikel ini mungkin dapat membantu saudara-saudari dalam menjawab kemusykilan dan mentafsir berkenaan dengan beberapa Bunyi Error atau BEEP yang yang sering kali dikeluarkan oleh BIOS.
Bagi Motherboard yang di lengkapi dengan :
AMI BIOS
Sekiranya BIOS mengeluarkan bunyi BEEP sekali
Kemungkinan RAM mempunyai masalah/Defective atau Pemasangan RAM yang tidak betul.
6 BEEPS
GATE A20 error , Kebiasaannya disebabkan oleh keyboard yang defective atau rosak.
8 BEEPS
Kemungkinan Video Card mempunyai masalah/Defective atau Pemasangan Video yang tidak betul.
11 BEEPS
Checksum Error, melibatkan CMOS bateri didalam Motherboard. Periksa Bateri CMOS kemungkinan sudah lemah atau habis.
--------------------------------------------------------------------------------------
Award BIOS
BIOS mengeluarkan Bunyi BEEP yang panjang
Memory ERROR atau RAM tidak dipasang pada Slotnya dengan betul.
1 BEEP panjang , 2 BEEP pendek
Menandakan Video Card menghadapi masalah dan kemungkinan rosak.
Boleh juga disebabkan oleh pemasangan yang tidak betul.
1 BEEP panjang , 3 BEEP pendek
Terjadi disebabkan oleh keyboard yang tidak dipasang atau kemungkinan Defective. Juga Video Card error yang disebabkan oleh BIOS yang starting dengan BIOS version 4.5
BEEP yang berpanjangan (Continuos BEEP)
Memory/RAM atau Video Card tidak dipasang (Not Detected)
--------------------------------------------------------------------------------------
Pheonix BIOS
1 BEEP, 1 BEEP, 4 BEEPs
Disebabkan oleh BIOS yang tidak berfungsi (Malfunction)
1 BEEP, 2 BEEPs , 1 BEEP
Disebabkan oleh Motherboard yang rosak (Defective)
1 BEEP, 3 BEEPs, 1 BEEP
Masalah yang disebabkan oleh RAM yang bermasalah atau pemasangan RAM yang tidak betul.
3 BEEPs, 1 BEEP, 1 BEEP
Juga disebabkan oleh Motherboard yang rosak (defective)
3 BEEPs, 3 BEEPs, 4 BEEPs
Video Card yang tidak berfungsi atau disebabkan oleh pemasangan Video Card yang tidak betul.
Baca Selanjutnya...