Kini Facebook membenarkan anda untuk tag rakan-rakan pada update status. Untuk menggunakannya, taip simbol '@' diikuti dengan nama rakan anda. Facebook akan menyenaraikan nama rakan secara automatik berdasarkan input yang anda masukkan.
Nama yang dimasukkan akan dijadikan link kepada profile yang berkenaan. Mereka juga akan diberikan notifikasi. (Nota: Tag hanya berfungsi pada post anda, bukan pada komen – kredit Fina Fedora).
Fungsi ini baru sahaja dilancarkan secara rasmi oleh Facebook sebagai salah satu usaha untuk menyaingi Twitter yang lebih popular di kalangan golongan profesional.