Template by:
Free Blog Templates

Rabu, 28 Januari 2009

Komponen Sistem Komputer

Komponen sistem komputer terbahagi kepada 3 bahagian :
1. Perkakasan (Hardware)
2. Perisian (Software)
3. Pengguna (Users

Perkakasan
Merupakan alatan yang sering kita nampak di sekeliling komputer seperti keyboard, mouse dan sebagainya.
Komputer bermaksud mesin yang telah diprogramkan untuk menerima input (data), diproses dan dikeluarkan sebagai output (maklumat) dan kemudiannya disimpan di storan ataupun dipanggil semula.

Perkakasan terbahagi kepada 4 iaitu:
1. Peranti Input
2. Pemprosesan
3. Peranti Output
4. Peranti Storan

Input
Merupakan data yang akan dimasukkan dan diproses oleh komputer. Terdapat beberapa kaedah untuk memasukkan input ke dalam komputer, antaranya
• Menaip
• Menggunakan tetikus
• Pengimbas
• Pen berasaskan komputer
• Bercakap melalui mic

PROSESSOR
Prosessor merupakan otak kepada komputer dan alat yang paling penting. Ianya juga dipanggil CPU. Prosessor ini berfungsi untuk mengikut arahan dan menyelaraskan peranan antara input/ output dan storan. Data yang dimasukkan merupakan `raw material’ yang akan diproses oleh komputer. Ia boleh merupakan aksara, angka, gred dan sebagainya.

OUTPUT
Output adalah keputusan akhir setelah raw data diproses dan dikeluarkan sebagai maklumat yang difahami oleh manusia. Output dikeluarkan di dalam bentuk teks, gambar, simbol dan sebaginya.

STORAN
Storan merupakan tempat menyimpan fail atau program tertentu. Ada ketikanya kita perlu menyimpan dan memanggil semula fail yang telah kita buat. Kita boleh menyimpan fail di storan primer dan storan sekunder.

KLASIFIKASI KOMPUTER

Komputer mempunyai jenis-jenisnya yang tertentu iaitu ;
1. Superkomputer
2. Kerangka Utama (Main Frames)
3. Komputer Mini
4. Komputer Peribadi
5. Notebook
6. Komputer Kecil

PERISIAN (SOFTWARE)
Program terancang yang mengandungi langkah-langkah arahan yang memberi maklumat untuk menjadikan komputer berfungsi sepenuhnya

KATEGORI PERISIAN
Perisian terbahagi kepada 2 bahagian iaitu perisian aplikasi dan perisian sistem. Perisian Aplikasi adalah perisian yang berperanan untuk menyelesaikan maslaah pengguna seperti penggunaan perisian MS Word, Excel dan sebagainya. Manakala perisian sister berfungsi untuk membuat pengawalan secara terus ke atas sistem komputer seperti penggunaan DOS, UNIX dan WINDOWS. Kebanyakan perisian yang digunakan adalah berbentuk `user-friendly` (mesra pengguna)

Perisian boleh dikategorikan kepada 5 bahagian penting iaitu:
1. Pemprosesan Perkataan - Wordstar, Winword
2. Lembaran Elektronik - Lotus 123, Excel
3. Pangkalan Data - Dbase III, Access
4. Grafik - Photoshop, CorelDraw
5. Komunikasi - Novell Netware