Template by:
Free Blog Templates

Sabtu, 1 Mei 2010

Membetulkan semula setting Folder Options

Sebelum ini PC anda pernah dijangkiti virus dan menyebabkan beberapa tool setting pada PC anda tidak boleh digunakan. Kali ini saya ingin terangkan cara untuk membetulkan semua Folder Options yang tidak boleh digunakan sepenuhnya disebabkan virus.

Simpthom:
PC anda telah di setting supaya tidak boleh melihat fail tersembunyi, pada suatu ketika anda ingin melihat fail-fail yang tersembunyi dan anda membuka Folder Options. Anda tick pada Show Hidden Fail dan kemudian anda klik pada apply. Tapi..

"What.. tak bleh nampak fail yang dah hidden???"

Anda buka semula Folder Setting dan..

"Eh kenapa setting dia berubah balik. tadi aku dah set dah!!"

Ahha.. itu tandanya Folder Setting anda telah diganggu oleh virus.

Kaedah Penyelesaian
Mula pastikan PC anda bebas dari sebarang virus. Anda boleh menggunakan Antirus terkini dan pastikan antivirus anda di UPDATE.

Selepas anda yakin PC anda selamat dari gangguan virus, anda boleh mengikut langkah dibawah untuk memulihkan semula fungsi Folder Options.

Langkah mudah
1. START > Run > taip regedit
2. Pergi ke bahagian ini
HKLM/SOFTWARE/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Explorer/Advanced/Folder/Hidden/NOHIDDEN
3. pastikan entry 'CheckedValue' dan 'DefaultValue' di set kepada nilai '2′
4. buka pula ke bahagian ini
HKLM/SOFTWARE/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Explorer/Advanced/Folder/Hidden/SHOWALL
5. set entry 'CheckedValue' kepada nilai '1′ dan 'DefaultValue' kepada nilai '2′
6. tutup regedit dan set semula Folder Options anda
7. tadaaaa.. dah ok kan Folder Options anda.

Kalau tak ok jugak kemungkinan masih ada virus yang bersarang dalam PC anda.
Selamat Mencuba