Template by:
Free Blog Templates

Sabtu, 19 Jun 2010

Semak Privasi Facebook

Jika anda tidak pasti sama ada anda sudah cukup terpelihara dengan apa yang anda berkongsi di Facebook, maka ReclaimPrivacy.org mempunyai Bookmarklet untuk membantu anda menjaga hak privasi data yang telah dikongsikan di laman sosial ini. ReclaimPrivacy akan memberitahu anda tentang semua yang perlu diketahui tentang privasi apabila anda berada di sebuah rangkaian sosial, dan juga menyediakan alat untuk mengimbas halaman profil anda. Alat ini bekerja sebagai Bookmarklet yang akan mengimbas halaman Facebook dan memberitahu anda tentang tetapan yang disetkan kepada umum supaya anda boleh menetapkannya dengan betul.

Halaman dan Bookmarklet ini adalah hasil ciptaan jurutera perisian (software engineer), Matt Pizzimenti. Menurut halaman tersebut, dasar privasi ReclaimPrivacy.org iaitu "Kami tidak akan melihat data Facebook anda" dan "Tidak pernah membahagikan maklumat peribadi anda". Pengimbas akan beroperasi sepenuhnya pada sisi client dalam pelayar pengguna katanya.

Untuk menjalankan Bookmarklet dan melihat samaada privasi anda di Facebook selamat atau pun tidak, hanya ikuti langkah2 di bawah :

1. Tarik butang Scan For Privacy ke panel bookmark pelayar anda.

2. Pergi pada tetapan privasi Facebook anda dan tekan pada bookmarklet tersebut.

3. Anda akan melihat serangkaian semakan privasi yang menyemak tetapan privasi anda dan memperingatkan anda tentang tetapan yang mungkin disetkan secara umum.

Layari laman ini di SINI

Nota : Anda rasa data anda selamat di Facebook?