Template by:
Free Blog Templates

Khamis, 16 April 2009

CyberSecurity usaha tangani Conficker.C

Berita Harian; 30/03/2009

KUALA LUMPUR: CyberSecurity Malaysia, pusat pakar nasional bagi keselamatan siber, sedang berusaha untuk menangani sebarang

kemungkinan kesan ulat Conficker.C kepada pengguna komputer.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt-Kol (Bersara) Husin Jazri, berkata CyberSecurity bekerja sama rapat dengan pendaftar domain .my dan rakan kongsi antarabangsa lain untuk mengurangkan penyalahgunaan domain oleh Conficker.

“Situasi terkawal dan nasihat ini adalah sebahagian daripada inisiatif kesedaran kami untuk memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai mengenai apa yang sedang berlaku berkaitan dengan keselamatan ruang siber," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Conficker.C adalah versi ulat yang diubah suai dan diprogram untuk dihubungkan kepada domain secara rawak bermula Rabu ini.

Ia menyerang komputer dengan sistem operasi tetingkap yang tidak dikemas kini atau dilindungi dan kemudiannya menghubungkan kepada laman web milik pencipta ulat conficker untuk dapat kembali arahan mengenai “what to do next” ("apa yang perlu dilakukan seterusnya").

CyberSecurity menerusi Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT) telah mengeluarkan kenyataan amaran berkaitan Conficker.C pada Januari.

Kenyataan amaran itu boleh diakses menerusi: laman web http://www.mycert.org.my/en/services/advisories/mycert/2009/main/detail/647/index.html

Husin menasihatkan pengguna komputer mengemas kini sistem operasi tetingkap dalam komputer mereka dan merujuk kepada kenyataan yang menerangkan langkah untuk menangani ulat tersebut.

“Kami amat menggalakkan orang awam untuk sentiasa mengunjungi laman web kami untuk membaca perkembangan terkini kami dan nasihat mengenai Conficker.C worm.

Organisasi dan individu juga dinasihatkan melapor kepada keselamatan siber insiden seperti serangan perisian bahaya dalam komputer mereka menerusi emel kepada cyber999@cybersecurity.my untuk analisis dan tindakan selanjutnya oleh pakar keselamatan siber kami," katanya. - Bernama


Save web page to PDF free with freepdfconvert.com