Template by:
Free Blog Templates

Isnin, 13 April 2009

Network


Network merupakan satu sistem rangkaian dimana komputer-komputer disambungkan antara satu sama lain. Terdapat tiga sebab utama satu sistem ini direka.

1.Membolehkan semua computer yang disambungkan berkongsi sempadan, seperti berkongi peralatan yang mahal, printer, scanner dan peralatan fax.

2.Membolehkan penguna menghantar pesanan (proses yang dikenali sebagai Mail Electronic) dan memudahkan pemindahan maklumat atau file dari satu komputer ke komputer yang lain.

3.Membolehkan komputer berkongsi data atau program, sebagai contoh. 3 orang penguna didalam satu jabatan dapat membuat laporan bersama atau membuat tugasan didalam satu spread sheet. Sistem rangkaian ini amat berguna apabila digunakan untuk penyimpanan data dimana data apabila ia simpan, akan digunakan semula oleh pelbagai pengguna di sesebuah organisasi dengan cepat dan mudah.

Local Area Network (LAN) bermaksud satu sistem rangkaian yang disambungkan dengan mengunakan kabel. Ini bermaksud komputer tersebut berada didalam satu bangunan. LAN adalah berbeza dengan Wide Area Network (WAN). Dimana WAN dihubungkan didalam lingkaran dengan mengunakan Modem dan wayar Telefon atau satelit.

Terdapat tiga keperluan penting dalam proses untuk membuat sesebuah rangkaian.

1.Network-network card hendaklah dipasang dalam komputer yang hendak disambungkan.

2.Komputer hendaklah secara fizikalnya boleh disambungkan antara satu sama lain. Paling asas menggunakan kabel.

3.Setiap komputer yang menggunakan sistem rangkaian tersebut hendaklah dipasang dengan Perisian Rangkaian yang direka untuk memantau atau mengawal aliran keluar masuk maklumat.

Dalam membangunkan sesebuah perniagaan dengan menggunakan sistem rangkaian adalah amat kompleks. Oleh sebab itu, kebanyakan sistem rangkaian tidak kira dalam plbagai saiz akan diselenggara oleh Pegawai Sistem Rangkaian (Network Administrator). Jika berlakunya kerosakan di dalam sistem rangkaian, pengguna akan berhubung dengan Pegawai Sistem Rangkaian tentang masalah ini.

Kebanyakan Sistem rangkaian mempunyai satu atau lebih komputer yang direka sebagai File Server. File Server adalah cakera keras sebuah komputer yang digunakan sebagai tempat penyimpanan maklumat atau program utama. Tugas File Server adalah bertindak sebagai tempat pemberi data atau file kepada komputer atau peralatan elektronik lain. Dalam sesebuah sistem rangkaian berskala kecil, setaip komputer boleh mengunakan atau menperolehi maklumat dari cakera keras daripada komputer lain. Sistem ini dinamakan Peer To Peer Network. Ini kerana sistem ini disambungkan didalam satu lingkaran yang secara kasarnya berhubung diantara satu komputer ke satu komputer yang lain.

Jika sesebuah rangkaian yang besar dan mengunakan File Server. ia dipanggil Nodes atau work stations.

Walaupun komputer pengguna itu adalah sebahagian daripada komputer disambungkan didalam sistem rangkaian , pengguna perlu “Log on to” kedalam sistem rangkaian apabila hendak mengunakan komputer tersebut. Didalam kes ini, pengguna samada masuk kedalam rangkaian dengan menaip “Login” atau komputer tersebut telah pun di setup untuk pengguna tersebut. Kemudian, pengguna akan diminta untuk memberikan “username” dan kata kunci. Kita mengandaikan sistem tersebut mengenali username dan kata kunci yang diberikan, maka pengguna tersebut dapat mengunakan atau memperolehi maklumat atau sumber didalam sistem rangkaian tersebut.

Nota:

Kebanyakan sistem rangkaian dilengkapi dengan cirri-ciri keselamatan yang membolehkan Pegawai sistem maklumat mengurangkan penggunaan pengguna terhadap data-data atau maklumat-maklumat yang sulit atau sensitive seperti maklumat syarikat. Didalam kes ini username pengguna adalah penentu kepada data atau maklumat yang dibenarkan kepada pengguna.