Template by:
Free Blog Templates

Khamis, 16 April 2009

CyberSecurity usaha tangani Conficker.C

Berita Harian; 30/03/2009

KUALA LUMPUR: CyberSecurity Malaysia, pusat pakar nasional bagi keselamatan siber, sedang berusaha untuk menangani sebarang

kemungkinan kesan ulat Conficker.C kepada pengguna komputer.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt-Kol (Bersara) Husin Jazri, berkata CyberSecurity bekerja sama rapat dengan pendaftar domain .my dan rakan kongsi antarabangsa lain untuk mengurangkan penyalahgunaan domain oleh Conficker.

“Situasi terkawal dan nasihat ini adalah sebahagian daripada inisiatif kesedaran kami untuk memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai mengenai apa yang sedang berlaku berkaitan dengan keselamatan ruang siber," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Conficker.C adalah versi ulat yang diubah suai dan diprogram untuk dihubungkan kepada domain secara rawak bermula Rabu ini.

Ia menyerang komputer dengan sistem operasi tetingkap yang tidak dikemas kini atau dilindungi dan kemudiannya menghubungkan kepada laman web milik pencipta ulat conficker untuk dapat kembali arahan mengenai “what to do next” ("apa yang perlu dilakukan seterusnya").

CyberSecurity menerusi Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT) telah mengeluarkan kenyataan amaran berkaitan Conficker.C pada Januari.

Kenyataan amaran itu boleh diakses menerusi: laman web http://www.mycert.org.my/en/services/advisories/mycert/2009/main/detail/647/index.html

Husin menasihatkan pengguna komputer mengemas kini sistem operasi tetingkap dalam komputer mereka dan merujuk kepada kenyataan yang menerangkan langkah untuk menangani ulat tersebut.

“Kami amat menggalakkan orang awam untuk sentiasa mengunjungi laman web kami untuk membaca perkembangan terkini kami dan nasihat mengenai Conficker.C worm.

Organisasi dan individu juga dinasihatkan melapor kepada keselamatan siber insiden seperti serangan perisian bahaya dalam komputer mereka menerusi emel kepada cyber999@cybersecurity.my untuk analisis dan tindakan selanjutnya oleh pakar keselamatan siber kami," katanya. - Bernama


Save web page to PDF free with freepdfconvert.com


Baca Selanjutnya...

Selasa, 14 April 2009

Bagaimana Internet Berfungsi

Imbang Penuh

Kebanyakan pengguna internet dari rumah menggunakan sambungan dial-up melalui modem analog untuk mencapai internet. Proses mencapai internet anda bermula apabila anda mendail ke ISP (Internet Service Provider) seperti TMnet,MaxisNet, Time.net atau JARING.Secara ringkasnya sambungan ke internet bermula dari PC anda apabila menggunakan pelayar web (contohnya) dengan menggunakan protokol TCP/IP berhubung ke internet.Internet menggunakan protokol yang dinamakan TCP/IP (Transmission Control Protocol/ Internet Protocol) yang merupakan bahasa standard untuk internet. Di sini saya akan jelaskan proses yang berlaku di sebalik perlayaran anda ke dunia internet.


Bagi pengguna internet yang menggunakan sistem dialup melalui talian telefon anda mungkin menggunakan servis dari Telekom Malaysia, Maxis atau Time Telekom. Jenis talian yang digunakan mungkin dari jenis analog PSTN (Public Switched Telephone Network juga dpanggil POTS -Plain Old Telephone Service, dengan kelajuan 56kbps), digital-ISDN(Integrated Services Digital Network-sehingga 128kbps) atau -digital ADSL (Asymmetric Digital Subscriber Line) seperti Streamyx. Bagi pengguna talian analog PSTN, modem digunakan dan kelajuan maksimum yang boleh dicapai ialah 56kbps. Nama MODEM adalah singkatan dari perkataan MODULATE/ DEMODULATE. Tugasnya ialah untuk menukarkan signal digital dari komputer anda kepada analog untuk melalui rangkaian telefon(modulate). Juga sebaliknya bagi menukarkan signal analog ke digital jika kita membuat sambungan remote access (demodulate).Semasa anda membuat dialup, modem menukarkan data dari PC anda kepada nada ton mewakili data yang anda hantar dari PC tersebut.Jenis modem yang anda gunakan mungkin dari brand Motorola,3Com,Aztech,US Robotics dan Rockwell.


Signal analogue dari modem anda akan "berlayar" melalui wayar copper di tiang2 telefon di kawasan rumah anda ke ibusawat Telekom yang terdekat.Peringkat ini adalah dinamakan "transmission facilities" merupakan media fizikal yang menyambungkan signal dari rangkaian ke rangkaian lain.

**
Switch atau Exchange yang biasanya terletak di pejabat Telekom berdekatan, akan menghalakan talian anda mengikut nombor panggilan yang dibuat. Contohnya jika anda dail kepada no 1511 sambungan akan dihalakan kepada ISP JARING dan jika 1515 akan disambungkan ke TMNET. Switch atau Exchange secara amnya bertugas menyediakan akses tempatan bagi sesebuah kawasan, menghubungkan panggilan dari satu pengguna ke pengguna lain bagi kawasan tersebut. Selain dari itu ia juga menyediakan khidmat lain seperti "call waiting", " call transfer" dan lain-lain.Beberapa peringkat/jenis exchange seperti TANDEM, ACCESS TANDEM dan International Gateway yang berbeza fungsinya dari segi saiz, liputan geografi, untuk menghubungkan switch/exchange berkenaan dan tidak akan dijelaskan disini.Bagi pengguna Telekom ada 5 vendor utama di Malaysia bagi exchange tersebut. Mereka adalah NEC (Jepun), Ericsson (Sweden), Alcatel ( France) , Fujitsu (Jepun) dan Nokia (Finland).


POP (Points of Presence) boleh dikatakan sebagai pintu masuk kepada ISP anda. Contohnya jika anda pengguna JARING dan biasa mendapat satu login prompt dan password. Ia sebenarnya adalah akses anda untuk memasuki pintu masuk ISP dengan menggunakan terminal server seperti Shiva,Ascend,3Com,Cisco dan lain-lain yang akan mengesahkan melalui login dan kata laluan tersebut.

Proses pengesahan (authentication) dari segi login dan password disahkan dengan cara membandingkan login/katalaluan yang anda masukkan dengan sebuah database pengguna yang telah berdaftar secara sah.


Kemudian anda disambungkan kepada beberapa perkhidmatan untuk pengguna internet , contohnya Domain Name Server (DNS) .Tugasnya untuk menukarkan nama domain contohnya www.ittutor.net kepada ip address dari sebuah database besar yang sentiasa di"update"kan.

Email Server-POP (Post Office Protocol) Server contohnya pop10.jaring.my merupakan email host anda.

News Server-Server untuk menghubungkan anda kepada usenet contohnya news.jaring.myServer-server ini memerlukan sistem yang cekap dan pantas bagi memproses permintaan dari pengguna-pengguna internet.

Selain dari itu anda juga anda disambungkan kepada billing system yang merekodkan penggunaan masa internet anda. Billing system bergantung kepada equipment yang digunakan, biasanya menghasilkan CDR atau SNMP yang akan dipungut oleh billing system atau mediation server. Beberapa komponen network yang lain juga digunakan seperti firewall dan intrusion detection system (IDS) untuk sekuriti , load balancing untuk pembahagian beban , cache engine untuk mencepatkan akses.


Internet backbone merupakan tulang belakang kepada ISP anda. Biasanya menggunakan high end routers dan mempunyai routing table yang kompleks. Kelajuan dan kapasiti merupakan salah satu isu utama.

Jika laluan kecil seperti copper wire di tiang-tiang telefon tersebut diandaikan sebagai jalanraya, internet backbone ini bolehlah disamakan sebagai lebuhraya. Pelbagai teknologi digunakan seperti ATM, T1,T3,STM yang berbeza dari segi kelajuan dan mungkin juga medium yang digunakan seperti fiberoptik.
Sambungan dari internet backbone tersebut disambungkan melalui laluan didasar laut ke negara- negara lain.


Akhirnya dari backbone tersebut kita disambungkan kepada servis-servis internet seperti anda sekarang ini disambungkan kepada webserver yang berada jauh beribu batu dari lokasi komputer anda!Webserver anda mungkin menggunakan OS yang berlainan seperti Linux, Windows NT, UNIX, FreeBSD dan lain-lain.


Baca Selanjutnya...

Kamus IT


A
Applet: sebuah aturcara java yang kecil.

ASL atau a/s/l: "Age, Sex and Location" biasa digunakan di dalam "chat room". Jangan memberikan maklumat seperti ini kepada orang yang tidak dikenali.

B
Bookmark: Menyertakan laman web kegemaran ke dalam senarai "favorites".

Browser: Program yang membolehkan anda melihat laman web,Internet Explorer dan Netscape merupakan dua browser yang terkenal.


C
Cracking: salah satu jenis penggodaman yang melibatkan katalaluan.

Cookies: Data yang dicipta oleh pelayan web dan disimpan di dalam komputer pengguna.Cookies bertujuan untuk mengikuti corak pengguna melayari laman web dan kesukaan pengguna semasa melayari internet.

D
Download: merupakan cara untuk mendapatkan program dari internet.

DCC: Direct Client Connection - ialah menyambung dua komputer secara terus.

Denial of service(DoS) - Serangan "denial of service" digambarkan sebagai suatu percubaan oleh penyerang untuk melarang pengguna sah suatu perkhidmatan daripada menggunakan perkhidmatan tersebut.

E
Emoticons: muka orang yang dihasilkan dengan menggunakan kekunci yang tertentu seperti contoh : ) menggambarkan orang senyum, : ( orang sedih dan sebagainya.

F
Firewall: sebuah program yang dihasilkan untuk menjadi pelindung antara komputer anda dan internet bagi menahan serangan virus dan hackers

Flash: salah satu cara untuk mempersembahkan grafik dan animasi di dalam laman web

FTP: File Transfer Protocol - cara untuk menyampaikan fail masuk ke dalam server.

G
Gif: Graphic Interchange Format -satu format gambar yang ada di internet.

Gig: sejumlah ruangan hard disk(gigabyte) 1 gig bersamaan 1,024 megabytes.

H
Hacking: mengubah program.

Html: Hyper Text Markup Language -bahasa pengaturcaraan This is the language web sites are written in so that browsers will display them.

Hacker :Peminat komputer biasanya merujuk kepada seseorang yang menggunakan pengetahuannya untuk mencapai dan mengubah-ubahkan sumber-sumber yang ia tidak disahkan mencapainya.

I
IP: Internet Protocol -nombor IP yang diberikan kepada setiap komputer semasa melayari internet.

IRC: Internet Relay Chat

ISP: Internet Service Provider - Syarikat yang menyediakan akses internet.

J
Java script: Bahasa pengaturcaraan yang membolehkan sesuatu laman web menjadi interaktif.

Jpg atau jpeg: Joint Photographic Experts Group -salah satu format grafik/gambar di internet.

L
Lag: tangguhan masa yang terjadi apabila isyarat dihantar antara komputer anda dan destinasinya.

M
Meta tags: tag html yang khas <meta> yang dijumpai di laman web bertujuan untuk memberikan maklumat kepada enjin pencari dan pelayar internet.

Mailbomb: Menghantar, atau menggesa orang lain supaya menghantar, sejumlah e-mel yang banyak ke suatu sistem tunggal atau orang,dengan niat membanjiri sistem penerima dengan email.Mailbomb yang berjaya boleh menyebabkan kuota ruangan sesuatu sistem dipenuhi dengan cara mendadak dan cepat,menyebabkan sistem akan mengalami kemerosotan dalam persembahan kerana memproses email yang banyak.

Malicious code:Serangan kod jahat seperti virus,trojan horse,worms dan sebagainya.

N
Newbie: orang yang baru menceburkan diri dalam internet atau chat

Network: satu kumpulan 2 atau lebih komputer yang disambung bersama.

O
O/S: Operating System seperti windows,linux.

P
Ping: isyarat yang dihantar ke komputer anda daripada server bagi menentukan berapa lama masa yang diambil untuk menghantar data.

Probing:Percubaan (sama ada gagal atau berjaya) untuk mencapai sistem atau data tanpa kebenaran.

S
Server: komputer atau perkakasan yang menjadi badan utama kepada rangkaian.

Spoofing, spoofer: program yang digunakan untuk memaparkan IP yang palsu.

Spam: Mengirimkan pesanan yang tidak berkaitan atau tidak sesuai kepada satu atau lebih newsgroup Usenet,senarai mel,atau sistem mesej yang lain didalam pencabulan etika internet yang sengaja atau tidak disengajakan.

V
Virus - cebisan kod (bukan program yang tertentu) yang boleh membiak dengan cara mengepilkan dirinya kepada program lain.Boleh menyebabkan data rosak,atau membawa kepada kemerosotan persembahan sistem.

W
Worm: program, kadang kala dianggap sebagai virus, menyerang rangkaian dan menghauskan sumber sistem yang dijangkiti.



Baca Selanjutnya...

Isnin, 13 April 2009

KENALI KOMPUTER - Komponen Dalaman

INGATAN (MEMORY)

Komputer anda mempunyai dua jenis ingatan: ingatan capaian rawak (RAM) dan ingatan baca sahaja (ROM). RAM menyimpan semua bahan-bahan yang anda sedang buat, dan ROM menyimpan semua maklumat kekal anda seperti perisian aturcara anda, sistem BIOS (sistem asas input/output), bunyi dan kad-kad video.

Untuk memudahkan anda menambah ingatan kepada sesuatu sistem, cip-cip RAM dipakejkan pada modul yang berdetap masuk ke tempatnya dengan mudah. Modul-modul ini dipanggil SIMMs (modul ingatan baris tunggal) atau DIMMs (modul ingatan baris duaan).

Oleh kerana harga ingatan telah murah, kebanyakan sistem yang anda beli hari ini telah dipasang dengan RAM yang banyak. Sekiranya anda mempunyai satu sistem yang lama, atau hendak menjalankan beberapa program yang besar pada masa yang sama, anda mungkin hendak menaikkan prestasi sistem anda dengan menambahkan modul SIMM atau DIMM yang bersesuaian. Modul-modul ini terdapat dalam beberapa jenis; periksa manual anda atau dapatkan bantuan juruteknik sebelum membeli ingatan yang hendak dinaik gred.


MIKRO PEMPROSES (MICRO PROCESSOR)

Mikro pemproses merupakan otak kepada komputer anda. Dari satu segi, ia seperti pemproses makanan: bahan mentah dimasukkan, pemproses memotong dan menghirisnya, dan hasilnya akan keluar di sebelah sana. Mikro pemproses juga dipanggil CPU (unit pemprosesan pusat).

Sekali pandang, nampak mudah untuk membandingkan prestasi mikro pemproses: semua mikro pemproses mempunyai nombor-nombor dalam megahertz (MHz), sesetengahnya lebih besar daripada yang lain, dan nombor yang lebih besar bermakna lebih laju. Mudah? tetapi anda tidak boleh membandingkan pemproses-pemproses yang berlain jenis seperti itu. Pemproses Pentium II 350-Mhz lebih laju daripada pemproses Pentium II 300-MHz. Tetapi apakah ini bermakna pemproses Celeron 350-MHz lebih laju daripada AMD K6 300-MHz? Jawapannya ialah, tidak. Nombor-nombor hanya boleh dibandingkan dalam satu keluarga pemproses tertentu sahaja, ini adalah kerana kelajuan jam (yang diukur dalam megahertz) merupakan hanya satu faktor dalam prestasi sistem secara keseluruhannya.


PAPAN INDUK (MOTHERBOARD)

Papan induk merupakan papan litar yang menjadi dasar bagi menyambungkan semua komponen-komponen yang lain. Sesetengah bahagian komputer dipaterikan terus kepada papan induk; yang lainnya dimasukkan ke dalam berbagai-bagai jenis slot-slot tambah atau port-port penyambung yang terdapat di papan induk.



KAD BUNYI (SOUND CARD)

Komputer anda mempunyai satu kad bunyi yang membolehkannya mengeluarkan bunyi-bunyi dan muzik daripada fail-fail data komputer, memainkan semula muzik daripada CD audio dan mengumpul input daripada mikrofon atau peranti audio luaran. Anda mungkin tidak perlu untuk menaik-gredkan komponen ini. Sebaliknya kalau anda benar-benar meminati muzik atau permainan, anda mungkin mahu mendapatkan kad bunyi yang canggih yang boleh melakukan teknik-teknik tambahan. Kini, sesetengah kad bunyi memberikan kesan tiga dimensi yang digunakan oleh pengaturcara permainan untuk menimbulkan suasana yang membuatkan anda benar-benar asyik dengannya. Sesetengahnya juga menyokong empat pembesar suara (dua di hadapan, dua di belakang) untuk menimbulkan suara di sekeliling arah.


KAD VIDEO

Ia juga dipanggil penyesuai video (video adapter) atau kad grafik. Papan ini menghantar maklumat paparan ke monitor anda. Berbagai-bagai jenis kad video berada di pasaran sekarang, daripada model yang paling asas yang menyediakan semua keupayaan paparan untuk keperluan perniagaan, sehinggalah ke kad prestasi tinggi yang disesuaikan bagi keperluan pemain-pemain dan pengguna multimedia yang lain.





CIP BIOS

BIOS kependekan untuk sistem input-output asas. Ia merupakan perisian yang disimpan di dalam cip yang mengawasi cara komputer berinteraksi dengan kekunci, skrin, pemacu-pemacu cakera dan port-port bersiri dan selari. Biasanya cip BIOS merupakan salah satu komponen yang tidak boleh digodek, walaubagaimanapun kadang-kala terdapat sistem lama yang mungkin memerlukan pemasangan cip BIOS yang baru. Dapatkan bantuan juruteknik sekiranya anda mempunyai masalah input-output pada komputer peribadi lama.


SLOT TAMBAH (EXPANSION SLOT)

Kebanyakan komponen komputer yang boleh dinaik-gredkan, dipasang di dalam komputer peribadi melalui slot-slot tambah-bukaan pada papan induk di mana papan-papan litar (selalunya dipanggil kad-kad) yang baru boleh dimasukkan. Biasanya komputer peribadi mempunyai beberapa kad-kad yang sudah pun terpasang pada tempatnya: kad video, kad bunyi dan juga modem dalaman. Sekiranya anda mahu memperbaiki keupayaan komputer anda, anda boleh menarik keluar kad yang sedia ada daripada slotnya dan menggantikannya dengan kad yang mempunyai prestasi yang lebih tinggi. Sistem-sistem mempunyai jumlah bilangan slot-slot tambah yang berbeza bagi memasukkan keupayaan tambahan; sesetengah sistem yang murah tidak mempunyai slot langsung, manakala sistem yang lebih canggih kemungkinan mempunyai beberapa slot. Apakah kemungkinan kad yang anda hendak tambah selain daripada tiga kad yang asas tadi? Port SCSI (sambungan laju tinggi yang khas untuk memasang pengimbas atau pemacu-pemacu cakera) atau kad penangkap video untuk memasukkan video ke dalam komputer peribadi anda, merupakan dua kemungkinan yang popular.


PEMACU KERAS (Hard Drive)

Pemacu cakera keras, atau singkatnya pemacu keras, merupakan peranti storan terbina dalam untuk anda menyimpan kebanyakan daripada aturcara-aturcara dan fail-fail maklumat. Saiz pemacu-pemacu keras yang biasa telah bertambah pada kadar yang menghairankan dalam beberapa tahun yang lalu. Dalam tahun 1980'an, semasa cakera keras mula-mula sampai ke pasaran pengguna, ia mempunyai storan 10 megabyte. Kini sistem komputer yang agak biasa pun mempunyai pemacu keras dengan muatan berbilang gigabyte (satu gigabyte bersamaan 1024 megabyte). Tiga faktor asas yang membezakan pemacu cakera keras di antara satu sama lain: muatan storan, kelajuan dan kebolehpercayaan (reliability).

Walaupun kebanyakan daripada komputer yang keluar dari kilang mempunyai satu pemacu keras sahaja, tiada sebab kenapa anda tidak boleh menambah satu lagi sekiranya anda kehabisan ruang. Sekarang ini, pemacu-pemacu yang besar mampu dibeli, dan pemasangan profesional pula dikenakan bayaran yang minimum.


CD DALAMAN

Cakera liut (dan juga cakera keras) menyimpan maklumat secara magnet. Cakera CD-ROM atau DVD-ROM menyimpannya secara optik: alur laser memancar ke atas cakera yang berputar, membaca lekuk-lekuk yang amat halus pada permukaan cakera. Pemacu CD-ROM boleh membaca CD sahaja, sama ada CD-CD data (menyimpan maklumat komputer) atau CD-CD audio yang biasa yang anda guna di stereo. Pemacu DVD-ROM boleh membaca CD-CD di samping cakera-cakera data DVD dan cakera-cakera filem.

Pilihan pemacu cakera yang lain yang mendapat kepopularan ialah perakam CD, pemacu yang bukan hanya boleh membaca CD malah boleh menciptanya juga. Terdapat beberapa perakam DVD di pasaran, tetapi kurangnya piawaian dan perdebatan mengenai perlindungan hak cipta telah menghalangnya menjadi dominan ... buat masa ini.


LIUT DALAMAN (INTERNAL FLOPPY)

Inilah rupa pemacu cakera liut di bahagian dalam. Satu soalan untuk anda: Mengapa cakera-cakera liut tidak meliut? Apabila anda memegangnya ditangan anda, ia tidak meliut, atau bergoyang-goyang apabila anda menggoyangkannya. Jawapannya: dalam kasing cangkerang keras, cakera itu sendiri ialah sekeping medium magnet yang nipis (seperti pita audio tetapi lebih tebal) dan meliut apabila anda keluarkan daripada cangkerangnya. Pada cakera liut (cakera keras pun begitu juga), data disimpan di dalam satu siri lingkaran. Cakera berputar sementara kepala magnet bergerak dalam dan luar merentasi lingkaran untuk mencari data yang diingini.


MODEM DALAMAN - slot modem

Modem-modem terdapat dalam dua bentuk: dalaman (dipasang di dalam komputer di slot tambah) dan luaran (satu kotak yang berasingan disambungkan kepada port bersiri, atau kadang-kala port USB). Kebanyakan sistem yang dijual pada masa kini mempunyai modem dalaman sebagai peralatan biasa. Modem-modem juga mempunyai kadar laju yang berbeza-beza. Model-model yang lama mempunyai kelajuan pada kadar 28.8 Kbps (setiap Kbps ialah seribu bit sesaat) atau 33.6 Kbps, tetapi yang biasa pada masa ini ialah 56 Kbps.


Baca Selanjutnya...

Network


Network merupakan satu sistem rangkaian dimana komputer-komputer disambungkan antara satu sama lain. Terdapat tiga sebab utama satu sistem ini direka.

1.Membolehkan semua computer yang disambungkan berkongsi sempadan, seperti berkongi peralatan yang mahal, printer, scanner dan peralatan fax.

2.Membolehkan penguna menghantar pesanan (proses yang dikenali sebagai Mail Electronic) dan memudahkan pemindahan maklumat atau file dari satu komputer ke komputer yang lain.

3.Membolehkan komputer berkongsi data atau program, sebagai contoh. 3 orang penguna didalam satu jabatan dapat membuat laporan bersama atau membuat tugasan didalam satu spread sheet. Sistem rangkaian ini amat berguna apabila digunakan untuk penyimpanan data dimana data apabila ia simpan, akan digunakan semula oleh pelbagai pengguna di sesebuah organisasi dengan cepat dan mudah.

Local Area Network (LAN) bermaksud satu sistem rangkaian yang disambungkan dengan mengunakan kabel. Ini bermaksud komputer tersebut berada didalam satu bangunan. LAN adalah berbeza dengan Wide Area Network (WAN). Dimana WAN dihubungkan didalam lingkaran dengan mengunakan Modem dan wayar Telefon atau satelit.

Terdapat tiga keperluan penting dalam proses untuk membuat sesebuah rangkaian.

1.Network-network card hendaklah dipasang dalam komputer yang hendak disambungkan.

2.Komputer hendaklah secara fizikalnya boleh disambungkan antara satu sama lain. Paling asas menggunakan kabel.

3.Setiap komputer yang menggunakan sistem rangkaian tersebut hendaklah dipasang dengan Perisian Rangkaian yang direka untuk memantau atau mengawal aliran keluar masuk maklumat.

Dalam membangunkan sesebuah perniagaan dengan menggunakan sistem rangkaian adalah amat kompleks. Oleh sebab itu, kebanyakan sistem rangkaian tidak kira dalam plbagai saiz akan diselenggara oleh Pegawai Sistem Rangkaian (Network Administrator). Jika berlakunya kerosakan di dalam sistem rangkaian, pengguna akan berhubung dengan Pegawai Sistem Rangkaian tentang masalah ini.

Kebanyakan Sistem rangkaian mempunyai satu atau lebih komputer yang direka sebagai File Server. File Server adalah cakera keras sebuah komputer yang digunakan sebagai tempat penyimpanan maklumat atau program utama. Tugas File Server adalah bertindak sebagai tempat pemberi data atau file kepada komputer atau peralatan elektronik lain. Dalam sesebuah sistem rangkaian berskala kecil, setaip komputer boleh mengunakan atau menperolehi maklumat dari cakera keras daripada komputer lain. Sistem ini dinamakan Peer To Peer Network. Ini kerana sistem ini disambungkan didalam satu lingkaran yang secara kasarnya berhubung diantara satu komputer ke satu komputer yang lain.

Jika sesebuah rangkaian yang besar dan mengunakan File Server. ia dipanggil Nodes atau work stations.

Walaupun komputer pengguna itu adalah sebahagian daripada komputer disambungkan didalam sistem rangkaian , pengguna perlu “Log on to” kedalam sistem rangkaian apabila hendak mengunakan komputer tersebut. Didalam kes ini, pengguna samada masuk kedalam rangkaian dengan menaip “Login” atau komputer tersebut telah pun di setup untuk pengguna tersebut. Kemudian, pengguna akan diminta untuk memberikan “username” dan kata kunci. Kita mengandaikan sistem tersebut mengenali username dan kata kunci yang diberikan, maka pengguna tersebut dapat mengunakan atau memperolehi maklumat atau sumber didalam sistem rangkaian tersebut.

Nota:

Kebanyakan sistem rangkaian dilengkapi dengan cirri-ciri keselamatan yang membolehkan Pegawai sistem maklumat mengurangkan penggunaan pengguna terhadap data-data atau maklumat-maklumat yang sulit atau sensitive seperti maklumat syarikat. Didalam kes ini username pengguna adalah penentu kepada data atau maklumat yang dibenarkan kepada pengguna.


Baca Selanjutnya...

Microsoft memulakan penyeledikkan tentang Interface Manager (yg kemudiannya dinamakan MS WIndows) pada septembeeer 1981. Walaupun prototype pertama yg digunakan adalah menu "Multiplan" dan Word-like yg terletak dibahgian bawah paparan skrin, kemudian antaramuka ini telah di ubah pada tahun 1982 dengan menggunakan menu "pull-down" dan dialogs sebagaimana yg digunakan pada XeroX Star.


MS akhirnya mengumumkan nama WINDOWS pada November 1983 bersama dengan pelancaran VisiOn (OS yg dikeluarkan oleh VisiCorp) dan TopView. VisiOn dan TopView adalah pesaing awal Windows.

Windows menjanjikan antaramuka grafic mudah guna (easy-t-use graphical interface) , device independent graphics dan penggunaan "multitasking". Pelancarannya telah di tunda beberapa kali sehinggalah November 1985, Windows 1.0 dilancarkan. Dengan pelbagai perisian yg disediakan , namum pada mulanya penjualan OS ini agak lembab.

Windows 1.0 || November 1985
MS-DOS Executive, Calendar, Cardfile, Notepad, Terminal, Calculator, Clock, Reversi, Control Panel, PIF (Program Information File) Editor, Print Spooler, Clipboard, RAMDrive, Windows Write, Windows Paint

Windows 2.0 /286 || 1987
Menambah penggunaan ikon. Pada masa ini Windows sudah menjadi platform utama bagi Pengeluar perisian seperti Excel, Word for Windows, Corel Draw!, Ami, PageMaker dan Micrografx Designer.

Windows/386 || Akhir 1987
Kebolehan yg sama dengan Windows/386 tapi di tingkatkan sedikit dari segi keupayaan menjalankan beberapa aplikasi DOS dalam 1 masa (multitasking)

WIndows 3.0 ||May 1990
Membawa perubahan baru dalam dunia perkomputeran. Terjual lebih 10 juta salinan. Dengan keupayaan 640k memori dan antaramuka yang menarik telah menarik minat ramai pengusaha/pengeluar perisian untuk membangunkan aplikasi bagi platform ini.
Windows 3.1 || April 1992
Sedikit peningkatan dalam persekitaran Windows. Terjual 3 juta salinan dalam masa 2 bulan termasuk versi peningkatan (upgrade version)

Windows 3.11
Tiada ciri-ciri baru. Tetapi dipertingkatkan untuk memperbetulkan kebanyakannya adalah berkaitan dengan jaringan (networking). Boleh di download free dari Microsoft.

Windows for Workgroups 3.1 || Oktober 1992
Penyatuan semua ciri² Windows terdahulu dan sistem rangkaian. Menyediakan "peer-to-peer file and printer sharing". Memberikan kesenangan kepada pengguna untuk menyediakan satu rangkaian. Sistem perkongsian file diperkenakan untuk memudahkan file dicapai oleh orang lain samada dari platform sama atau pun dos. Memasukkan aplikasi baru "microsoft mail dan Schedule"

Windows for Workgroups 3.11 || November 1993

Windows NT 3.1 || 1 Mac 1994
Platform untuk sistem yg tinggi "High end system". Untuk kegunaan Pelayan Rangkaian. Antaramuka adalah sama dengan Windows 3.11, tetapi menggunakan kernel OS yg baru.

Windows NT 3.5 || 12 April 1994
Menyediakan OLE 2.0. Kemampuan dipertingkatkan dan mengurangkan penggunaan memori. Di lancarkan pada September 1994. Windows NT 3.5 Workstation menggantikan Windows NT 3.1, dan Windows NT 3.5 Server menggantikan Windows NT 3.1 Advanced Server

Windows NT 4.0 || 15 Mac 1994
projek pertama Microsoft untuk "object-oriented Windows".

Windows 95 || August 1995
Menggunakan system 32bit dan membolehkan "multitasking". Mengambil alih sistem dari dos sebaik sahaja sistem beroperasi. Antaramuka yg terbaik dari sebelumnya.



Windows CE
Berasaskan Windows95 dan Windows NT. Sesiapa yg sudah biasa dengan Windows95 tiada masalah menggunaan system ini. Di gunakan dalam kompter telapak (PDA)

Windows CE 1.0 || November 1996
Tahun kemudiannya 500000 kompter telapak terjual menggunakan WIndows CE

Windows CE 2.0 || Awal 1998 Windows CE 3.0 || 15 Jun 2000 Windows98 || June 1998
Adalah generasi dan dunia baru bagi penggunaan internet. Ciri² Active desktop membolehkan kita mencapai capaian internet terus dari desktop. Internet explorer 4.0 adalah browser baru yang menyokong HTML 4.0. sokongan ACPI pada OnNoW adalah untuk pengurusan kuasa (power management) yang lebih baik. Dilengkapi peralatan untuk menukarkan FAT16 kepada FAT32. Ciri "Multiple Display Support" membolehkan pengguna menggunakan sehingga 8 monitor sekaligus. Menyokong perkakasan baru dan juga teknologi baru seperti DVD, Firewire, USB, dan AGP. Win32 driver model membolehkan pengguna menggunakan driver yang sama dengan Windows NT 5

Windows NT 5 || November 1998
Mengandungi banyak ciri² baru. Sama seperti Windows 98, NT 5 di datangkan bersama IE 4.0. WIndows NT 5 akan di kenali sebagai Windows 2000.


Windows 2000 || 17 Februari 2000
Manjadi platform yang terbaik dalam keluarga WINDOWS yang menyediakan perkhidmatan INternet, Intranet, Extranet dan pengurusan aplikasi menggunakan Active Directory. Pengguna boleh menyediakan VPN (virtual private network) sendiri yg selamat menggunakan sambungan internet dan pilihan protokol sendiri. Boleh meng"install" aplikasi kepada komputer pengguna didalam LAN menggunakan Windows Installer.

Windows ME || 14 September 2000
Singkatan dariperkataan Millenium Edition. Adalah untuk pengguna di rumah. Di tambah dengan banya fungsi multimedia. Seperti Movie Maker. WIndows ME pada asasnya adalah peningkatan dari OS terdahulu yang mana menggunakan DOS-base OS.



Windows XP || 225 Oktober 2001
Adalah satu OS yang baru untuk pengguna. Lari dari bayangan OS terdahulu WINDOWS. Menggunakan 32-bit kernel yg menjadi asas Windows NT dan Windows 2000. Mengandung banyak ciri² baru yang tak terdapat pada OS terdahulu. Namum masih lagi boleh menjalankan perisian² lama dari versi terdahulu.

diterjemahkan dan diolah dari http://members.fortunecity.com/pcmuseum/windows.htm


Baca Selanjutnya...

Burn Iso Imej Ke Cd

Ramai dikalangan mereka yang mempunyai talian internet yg berbandwidth besar akan memindah turun open source OS seperti red hat, mandrake , suse dan sebagainya.


Kebiasannya, mereka akan beri kita file berformat *.iso utk di server mereka.

Jadi persoalan timbul ? Bagaimana kita hendak burn kan data iso ke CD kita? Adakah prosesnya sama dgn data biasa ?

Jadi, saya kongsi bersama dgn anda langkah utk burn iso. Katakan kita ada file bernama CD_01.iso

pra syarat :
pindah turun perisian NERO

Pertama sekali, run kan NERO.
Pilih Nero Start Smart.
Pilih Burn Image to Disc
Kemudian pilih file iso yg kita telah pindah turun.
Check option Finalize dan Write
Kemudian pilih Write dan tunggu ......

Mudah kan ?
Pastikan anda periksa kandungan CD selepas proses burn tersebut.

Selamat mencuba !!


Baca Selanjutnya...

Isnin, 6 April 2009

Cara buang Warning XP not Genuine



Background bertukar jadi hitam ialah kesan genuine software validation yang telah dikeluarkan oleh Microsoft untuk membendung kegiatan cetak rompak. Setahu saya ramai yang penah mengalaminya….cara paling berkesan ialah Format…Tunggu dulu!!!…jangan Format…ambil Tips saya nie dan cuba dahulu ok…

Cara tersebar:-
* Apabila mengaktifkan Automatic Upadates
* Software tersebut akan di install secara automatic kedalam sistem anda
* Arahan yang dikeluarkan oleh software tersebut akan menyahaktifkan(disable) background anda dan beberapa fungsi penting(key features) lain..

Cara mengatasi:-

1. Buka Windows Task Manager.

2. Matikan(end) wgatray.exe process in Task Manager.

3. Restart Windows XP dalam Safe Mode.

4. Delete WgaTray.exe dari c:\Windows\System32.

5. Delete WgaTray.exe dari c:\Windows\System32\dllcache.

6. Buka RegEdit.(-taip di RUN..)

7. Cari(browse) lokasi ini:-
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon\Notify

8. Delete folder ‘WgaLogon’ dan kesemua isinya.

9. Reboot Windows XP.

Selamat mencuba..


Baca Selanjutnya...

Khamis, 2 April 2009

Kerap online? Letaklah password di pc anda

Salam mesra semua ,

Saya kira semua orang tahu apa password atau kata laluan itu bukan? Password atau kata laluan akan dipasang untuk lebih sekuriti, supaya hanya orang tertentu dibenarkan akses. Contohnya, untuk login email, login akaun Friendster dan lain2 lagi. Pastikan anda meletak password yang betul2 bagus, iaitu ada ciri2 di bawah ini

1 - Panjang 5 - 8 perkataan. Panjang boleh juga, tapi yang penting anda boleh ingat

2 - Kombinasi huruf dan nombor

3 - Masukkan special character seperti @, #, %, ^ (bergantung kepada syarat)

Lebih kurang sebegini lah, ciri2 password yang bagus. Jangan lah pula letak nombor atau perkataan yang berkait rapat sangat dengan kita, contohnya tarikh harijadi. Jika saya kenal anda, sudah semestinya saya tahu bila harijadi anda, bukan? Senang lah saya cuba2 untuk teka password anda (Contoh saja ni, janganlah pula ingat betul2 ya hehe)

Dah cerita tentang ciri2 password, saya mahu ingatkan anda semua, pasanglah password untuk pc anda. Sekurang2nya, anda sudah membuat lapisan sekuriti pertama dari anasir2 luar. Tahu tak, senang aja untuk orang luar akses ke komputer anda, lebih2 lagi jika anda kerap online? Lebih teruk lagi jika anda hidupkan fungsi “Remote Assistance” pada pc.

Rujuk cara2 di bawah untuk pasang password atau matikan fungsi “Remote Assistance”

Buat Password Di PC

1 - Klik butang “Start” dan pilih butang “Settings”, kemudian diikuti butang “Control Panel”

2 - Klik 2 kali ikon “User Accounts”

3 - Jika anda tiada akaun lagi, buka satu akaun baru khas untuk anda dengan “Create a new account”.

4 - Letak nama untuk akaun anda, dan pilih “Computer Administrator” kerana komputer itu anda yang punya . Satu akaun akan dibuka untuk anda dengan nama yang telah dipilih.

5 - JIka anda sudah ada akaun, pilih “Create a password”. Taip password yang anda mahu di ruang yang disediakan. Isikan juga hint (sebagai peringatan sekiranya anda terlupa password).

6 - Klik butang “Create a password”

7 - Selesai..

Matikan fungsi Remote Assistance

1 - Klik kanan ikon “My Computer”

2 - Satu menu akan terpapar, dan pilih tab “Remote”

3 - Buang tanda tick (/) pada kotak “Allow Remote Assistance invitations to be sent from this computer”

4 - Klik butang “Ok”.

5 - Selesai…

Mudah bukan? Ingat…Beringat sebelum terkena Baca Selanjutnya...