Kebanyakan pengguna internet dari rumah menggunakan sambungan dial-up melalui modem analog untuk mencapai internet. Proses mencapai internet anda bermula apabila anda mendail ke ISP (Internet Service Provider) seperti TMnet,MaxisNet, Time.net atau JARING.Secara ringkasnya sambungan ke internet bermula dari PC anda apabila menggunakan pelayar web (contohnya) dengan menggunakan protokol TCP/IP berhubung ke internet.Internet menggunakan protokol yang dinamakan TCP/IP (Transmission Control Protocol/ Internet Protocol) yang merupakan bahasa standard untuk internet. Di sini saya akan jelaskan proses yang berlaku di sebalik perlayaran anda ke dunia internet.
Bagi pengguna internet yang menggunakan sistem dialup melalui talian telefon anda mungkin menggunakan servis dari Telekom Malaysia, Maxis atau Time Telekom. Jenis talian yang digunakan mungkin dari jenis analog PSTN (Public Switched Telephone Network juga dpanggil POTS -Plain Old Telephone Service, dengan kelajuan 56kbps), digital-ISDN(Integrated Services Digital Network-sehingga 128kbps) atau -digital ADSL (Asymmetric Digital Subscriber Line) seperti Streamyx. Bagi pengguna talian analog PSTN, modem digunakan dan kelajuan maksimum yang boleh dicapai ialah 56kbps. Nama MODEM adalah singkatan dari perkataan MODULATE/ DEMODULATE. Tugasnya ialah untuk menukarkan signal digital dari komputer anda kepada analog untuk melalui rangkaian telefon(modulate). Juga sebaliknya bagi menukarkan signal analog ke digital jika kita membuat sambungan remote access (demodulate).Semasa anda membuat dialup, modem menukarkan data dari PC anda kepada nada ton mewakili data yang anda hantar dari PC tersebut.Jenis modem yang anda gunakan mungkin dari brand Motorola,3Com,Aztech,US Robotics dan Rockwell.
Signal analogue dari modem anda akan "berlayar" melalui wayar copper di tiang2 telefon di kawasan rumah anda ke ibusawat Telekom yang terdekat.Peringkat ini adalah dinamakan "transmission facilities" merupakan media fizikal yang menyambungkan signal dari rangkaian ke rangkaian lain.
**
Switch atau Exchange yang biasanya terletak di pejabat Telekom berdekatan, akan menghalakan talian anda mengikut nombor panggilan yang dibuat. Contohnya jika anda dail kepada no 1511 sambungan akan dihalakan kepada ISP JARING dan jika 1515 akan disambungkan ke TMNET. Switch atau Exchange secara amnya bertugas menyediakan akses tempatan bagi sesebuah kawasan, menghubungkan panggilan dari satu pengguna ke pengguna lain bagi kawasan tersebut. Selain dari itu ia juga menyediakan khidmat lain seperti "call waiting", " call transfer" dan lain-lain.Beberapa peringkat/jenis exchange seperti TANDEM, ACCESS TANDEM dan International Gateway yang berbeza fungsinya dari segi saiz, liputan geografi, untuk menghubungkan switch/exchange berkenaan dan tidak akan dijelaskan disini.Bagi pengguna Telekom ada 5 vendor utama di Malaysia bagi exchange tersebut. Mereka adalah NEC (Jepun), Ericsson (Sweden), Alcatel ( France) , Fujitsu (Jepun) dan Nokia (Finland).
POP (Points of Presence) boleh dikatakan sebagai pintu masuk kepada ISP anda. Contohnya jika anda pengguna JARING dan biasa mendapat satu login prompt dan password. Ia sebenarnya adalah akses anda untuk memasuki pintu masuk ISP dengan menggunakan terminal server seperti Shiva,Ascend,3Com,Cisco dan lain-lain yang akan mengesahkan melalui login dan kata laluan tersebut.
Proses pengesahan (authentication) dari segi login dan password disahkan dengan cara membandingkan login/katalaluan yang anda masukkan dengan sebuah database pengguna yang telah berdaftar secara sah.
Kemudian anda disambungkan kepada beberapa perkhidmatan untuk pengguna internet , contohnya Domain Name Server (DNS) .Tugasnya untuk menukarkan nama domain contohnya www.ittutor.net kepada ip address dari sebuah database besar yang sentiasa di"update"kan.
Email Server-POP (Post Office Protocol) Server contohnya pop10.jaring.my merupakan email host anda.
News Server-Server untuk menghubungkan anda kepada usenet contohnya news.jaring.myServer-server ini memerlukan sistem yang cekap dan pantas bagi memproses permintaan dari pengguna-pengguna internet.
Selain dari itu anda juga anda disambungkan kepada billing system yang merekodkan penggunaan masa internet anda. Billing system bergantung kepada equipment yang digunakan, biasanya menghasilkan CDR atau SNMP yang akan dipungut oleh billing system atau mediation server. Beberapa komponen network yang lain juga digunakan seperti firewall dan intrusion detection system (IDS) untuk sekuriti , load balancing untuk pembahagian beban , cache engine untuk mencepatkan akses.
Internet backbone merupakan tulang belakang kepada ISP anda. Biasanya menggunakan high end routers dan mempunyai routing table yang kompleks. Kelajuan dan kapasiti merupakan salah satu isu utama.
Jika laluan kecil seperti copper wire di tiang-tiang telefon tersebut diandaikan sebagai jalanraya, internet backbone ini bolehlah disamakan sebagai lebuhraya. Pelbagai teknologi digunakan seperti ATM, T1,T3,STM yang berbeza dari segi kelajuan dan mungkin juga medium yang digunakan seperti fiberoptik.
Sambungan dari internet backbone tersebut disambungkan melalui laluan didasar laut ke negara- negara lain.
Akhirnya dari backbone tersebut kita disambungkan kepada servis-servis internet seperti anda sekarang ini disambungkan kepada webserver yang berada jauh beribu batu dari lokasi komputer anda!Webserver anda mungkin menggunakan OS yang berlainan seperti Linux, Windows NT, UNIX, FreeBSD dan lain-lain.