Salam mesra semua ,
Saya kira semua orang tahu apa password atau kata laluan itu bukan? Password atau kata laluan akan dipasang untuk lebih sekuriti, supaya hanya orang tertentu dibenarkan akses. Contohnya, untuk login email, login akaun Friendster dan lain2 lagi. Pastikan anda meletak password yang betul2 bagus, iaitu ada ciri2 di bawah ini
1 - Panjang 5 - 8 perkataan. Panjang boleh juga, tapi yang penting anda boleh ingat
2 - Kombinasi huruf dan nombor
3 - Masukkan special character seperti @, #, %, ^ (bergantung kepada syarat)
Lebih kurang sebegini lah, ciri2 password yang bagus. Jangan lah pula letak nombor atau perkataan yang berkait rapat sangat dengan kita, contohnya tarikh harijadi. Jika saya kenal anda, sudah semestinya saya tahu bila harijadi anda, bukan? Senang lah saya cuba2 untuk teka password anda (Contoh saja ni, janganlah pula ingat betul2 ya hehe)
Dah cerita tentang ciri2 password, saya mahu ingatkan anda semua, pasanglah password untuk pc anda. Sekurang2nya, anda sudah membuat lapisan sekuriti pertama dari anasir2 luar. Tahu tak, senang aja untuk orang luar akses ke komputer anda, lebih2 lagi jika anda kerap online? Lebih teruk lagi jika anda hidupkan fungsi “Remote Assistance” pada pc.
Rujuk cara2 di bawah untuk pasang password atau matikan fungsi “Remote Assistance”
Buat Password Di PC
1 - Klik butang “Start” dan pilih butang “Settings”, kemudian diikuti butang “Control Panel”
2 - Klik 2 kali ikon “User Accounts”
3 - Jika anda tiada akaun lagi, buka satu akaun baru khas untuk anda dengan “Create a new account”.
4 - Letak nama untuk akaun anda, dan pilih “Computer Administrator” kerana komputer itu anda yang punya . Satu akaun akan dibuka untuk anda dengan nama yang telah dipilih.
5 - JIka anda sudah ada akaun, pilih “Create a password”. Taip password yang anda mahu di ruang yang disediakan. Isikan juga hint (sebagai peringatan sekiranya anda terlupa password).
6 - Klik butang “Create a password”
7 - Selesai..
Matikan fungsi Remote Assistance
1 - Klik kanan ikon “My Computer”
2 - Satu menu akan terpapar, dan pilih tab “Remote”
3 - Buang tanda tick (/) pada kotak “Allow Remote Assistance invitations to be sent from this computer”
4 - Klik butang “Ok”.
5 - Selesai…
Mudah bukan? Ingat…Beringat sebelum terkena