A
Applet: sebuah aturcara java yang kecil.
ASL atau a/s/l: "Age, Sex and Location" biasa digunakan di dalam "chat room". Jangan memberikan maklumat seperti ini kepada orang yang tidak dikenali.
B
Bookmark: Menyertakan laman web kegemaran ke dalam senarai "favorites".
Browser: Program yang membolehkan anda melihat laman web,Internet Explorer dan Netscape merupakan dua browser yang terkenal.
C
Cracking: salah satu jenis penggodaman yang melibatkan katalaluan.
Cookies: Data yang dicipta oleh pelayan web dan disimpan di dalam komputer pengguna.Cookies bertujuan untuk mengikuti corak pengguna melayari laman web dan kesukaan pengguna semasa melayari internet.
D
Download: merupakan cara untuk mendapatkan program dari internet.
DCC: Direct Client Connection - ialah menyambung dua komputer secara terus.
Denial of service(DoS) - Serangan "denial of service" digambarkan sebagai suatu percubaan oleh penyerang untuk melarang pengguna sah suatu perkhidmatan daripada menggunakan perkhidmatan tersebut.
E
Emoticons: muka orang yang dihasilkan dengan menggunakan kekunci yang tertentu seperti contoh : ) menggambarkan orang senyum, : ( orang sedih dan sebagainya.
F
Firewall: sebuah program yang dihasilkan untuk menjadi pelindung antara komputer anda dan internet bagi menahan serangan virus dan hackers
Flash: salah satu cara untuk mempersembahkan grafik dan animasi di dalam laman web
FTP: File Transfer Protocol - cara untuk menyampaikan fail masuk ke dalam server.
G
Gif: Graphic Interchange Format -satu format gambar yang ada di internet.
Gig: sejumlah ruangan hard disk(gigabyte) 1 gig bersamaan 1,024 megabytes.
H
Hacking: mengubah program.
Html: Hyper Text Markup Language -bahasa pengaturcaraan This is the language web sites are written in so that browsers will display them.
Hacker :Peminat komputer biasanya merujuk kepada seseorang yang menggunakan pengetahuannya untuk mencapai dan mengubah-ubahkan sumber-sumber yang ia tidak disahkan mencapainya.
I
IP: Internet Protocol -nombor IP yang diberikan kepada setiap komputer semasa melayari internet.
IRC: Internet Relay Chat
ISP: Internet Service Provider - Syarikat yang menyediakan akses internet.
J
Java script: Bahasa pengaturcaraan yang membolehkan sesuatu laman web menjadi interaktif.
Jpg atau jpeg: Joint Photographic Experts Group -salah satu format grafik/gambar di internet.
L
Lag: tangguhan masa yang terjadi apabila isyarat dihantar antara komputer anda dan destinasinya.
M
Meta tags: tag html yang khas <meta> yang dijumpai di laman web bertujuan untuk memberikan maklumat kepada enjin pencari dan pelayar internet.
Mailbomb: Menghantar, atau menggesa orang lain supaya menghantar, sejumlah e-mel yang banyak ke suatu sistem tunggal atau orang,dengan niat membanjiri sistem penerima dengan email.Mailbomb yang berjaya boleh menyebabkan kuota ruangan sesuatu sistem dipenuhi dengan cara mendadak dan cepat,menyebabkan sistem akan mengalami kemerosotan dalam persembahan kerana memproses email yang banyak.
Malicious code:Serangan kod jahat seperti virus,trojan horse,worms dan sebagainya.
N
Newbie: orang yang baru menceburkan diri dalam internet atau chat
Network: satu kumpulan 2 atau lebih komputer yang disambung bersama.
O
O/S: Operating System seperti windows,linux.
P
Ping: isyarat yang dihantar ke komputer anda daripada server bagi menentukan berapa lama masa yang diambil untuk menghantar data.
Probing:Percubaan (sama ada gagal atau berjaya) untuk mencapai sistem atau data tanpa kebenaran.
S
Server: komputer atau perkakasan yang menjadi badan utama kepada rangkaian.
Spoofing, spoofer: program yang digunakan untuk memaparkan IP yang palsu.
Spam: Mengirimkan pesanan yang tidak berkaitan atau tidak sesuai kepada satu atau lebih newsgroup Usenet,senarai mel,atau sistem mesej yang lain didalam pencabulan etika internet yang sengaja atau tidak disengajakan.
V
Virus - cebisan kod (bukan program yang tertentu) yang boleh membiak dengan cara mengepilkan dirinya kepada program lain.Boleh menyebabkan data rosak,atau membawa kepada kemerosotan persembahan sistem.
W
Worm: program, kadang kala dianggap sebagai virus, menyerang rangkaian dan menghauskan sumber sistem yang dijangkiti.