Template by:
Free Blog Templates

Isnin, 11 Mei 2009

Save web page to PDF free with freepdfconvert.com

SPESIFIKASI kabel yang digunakan dalam rangkaian Ehternet adalah:

1. 10Base5 (coaxial tebal RG-8)

a) Kelajuan 10Mb/s, pengisyaratan jalur asas (baseband) dan panjang maksimum 500 meter. Mula diperkenalkan dalam tahun 1980 dan masih digunakan sebagai segmen tulang belakang (backbone) untuk penyambung di dalam sistem hub Ethernet kerana ianya murah. Bagaimana pun kabel jenis ini hanya sesuai untuk kelajuan hingga 10 Mb/s.

b)Panjang minimum 2.5 meter antara unit sambungan sederhana (Medium attachment units, MAU).

c) MAU maksimum 100. MAU di sini berfungsi sebagai alat penghantar/penerima (transceiver). Kabel AUI yang turut dikenali sebagai kabel transceiver disambung menggunakan penyambung 15 pin ke MAU dan DTE, dengan jarak maksimum 50 meter.

d) Penyambung yang digunakan untuk menyambungkan kabel dari 10Base5 ialah jenis tap coaxial atau lebih dikenali dengan panggilan Vampire, kerana kita perlu menebuk lubang pada kabel tersebut.

e) Memerlukan terminator 50 ohm di kedua-dua hujung kabel dan dibumikan (grounded) salah satu penghujungnya sebagai keselamatan. Ditegah membumikan kedua-dua hujung kabel kerana ia akan menganggu isyarat Ethernet yang mengalir.

f) Sekiranya sistem rangkaian didapati mengalami kepincangan seperti kelembapan (slow), ia mungkin disebabkan oleh sambungan pada tap coaxial (penyambung vampire) mungkin rosak atau kad ethernet di dalam DTE turut rosak. Walau apa pun, kemungkinan kabel 10base5 rosak amat tipis.

g) Kerap digunakan di dalam rangkaian bus dan rangkaian bintang (Star).

2. 10Base2 (coaxial nipis RG58 A/U atau RG58 C/U)

a) Kelajuan 10Mb/s, pengisyaratan jalur asas dan panjang maksimum 200 meter. Bagaimana pun panjang sebenar yang berkesan tidak melebihi 185 meter untuk satu segmen. Gangguan isyarat akan wujud sekiranya panjang satu segmen melebihi 200 meter.

Panjang minimum 0.5 meter antara MAU. Gangguan isyarat akan wujud sekiranya panjang satu segmen kurang daripada 0.5 meter.

c) MAU maksimum ialah 30 dalam setiap segmen. Jika ada keperluan memasang 31 komputer, sebuah pengulang (repeater) perlu dipasang untuk segmen itu. Dengan adanya pengulang itu, beban segmen berkenaan boleh ditingkat daripada 185 meter menjadi 370 meter.

d) Perlu menggunakan terminator 50 ohm dan dipasang di kedua-dua penghujung segmen. Tanpa terminator 50 ohm sistem rangkaian tidak mungkin berfungsi.

e) Penyambung yang selalu digunakan adalah jenis BNC T. Sekiranya penyambung BNC T dicabut dari komputer, sistem rangkaian masih boleh berfungsi dengan adanya terminator 50 ohm pada segmen tersebut. Bagaimanapun sistem rangkaian tidak akan berfungsi jika kabel 10Base2 dicabut dari salah sebuah komputer kerana hanya ada satu terminator di kedua-dua hujung segmen.

f) Selalu digunakan di dalam rangkaian bus dan rangkaian bintang.

3. 10 BaseT (Twisted pair)

a) Kelajuan 10Mb/s, pengisyaratan jalur asas (baseband) dan panjang maksimum 100 meter. Jenis ini lebih dikenali sebagai twisted pair kerana sistem operasinya menggunakan dua pasang wayar, iaitu sepasang untuk menghantar data dan sepasang lagi menerima. Untuk menguatkan lagi isyarat, wayar tersebut perlu dipintal (twisted). Walaupun kabel 10baseT mengandungi lapan wayar, hanya empat saja digunakan.

Sekiranya dua buah komputer peribadi disambungkan, kabel 10BaseT perlu disilangkan. Bagaimana pun jika komputer peribadi disambung ke hub, kabel straight through perlu digunakan kerana wayar disilangkan di dalam hub.

c) Tiada jarak minimum di antara stesen.

d) Maksimum 1,204 stesen tanpa menggunakan Bridge pada lapisan Data Link.

e) Menggunakan penyambung jenis RJ45.

f) Boleh dibahagikan kepada tiga jenis. Kategori 1 dan 2 (Cat1 & Cat2) dengan kelajuan maksimum sehingga 5Mb/s, kategori 3 (Cat3) sehingga 16 Mb/s, kategori 4 (Cat4) sehingga 20 Mbps dan kategori 5 (Cat5) sehingga 100 Mb/s. Kabel jenis lazimnya digunakan dalam topologi bintang..

4. 100BaseT (Twisted pair)

Ciri-ciri jenis ini sama dengan 10BaseT, cuma kelajuan maksimum sehingga 100 Mb/s dan menggunakan kabel twisted pair jenis Cat5.

5. 10BaseF (Gentian Optik)

a) Menggunakan teknologi denyutan cahaya (light pulses), berbeza dengan kabel lain yang menggunakan teknologi elektrik untuk menghantar isyarat. Perlu diingat, kabel gentian optik amat mudah patah. Elak menyimpan dan memasang kabel cara yang sama seperti kabel lain kerana ia diperbuat daripada kaca atau plastik. [Rangkaian gentian optik dipasang sepanjang lebuh raya utara-selatan untuk kegunaan telefon kecemasan di sepanjang lebuh raya.]

a) Oleh kerana ia mengunakan denyutan cahaya, kabel gentian optik sesuai digunakan di dalam dan di luar bangunan dan tiada kemungkinan akan terkena kilat. Penggunaan kabel gentian optik adalah satu kemestian untuk menambahkan sistem rangkaian ke bangunan berdekatan.
Walaupun kos pemasangannya tinggi tetapi penggunaannya menjimatkan dalam jangka masa panjang. Sekiranya kabel 10Base2 digunakan untuk menyambung dua LAN (Local Area
Network) bangunan bersebelahan walaupun bangunan tersebut disambung dengan jambatan seperti Bangunan Twin Tower Petronas, kemungkinan kabel tersebut terkena kilat adalah besar kerana sambungan ke bumi setiap bangunan berbeza.
Sekiranya terkena kilat, peralatan lain seperti hub dan router mungkin akan mengalami kerosakan teruk. Walaupun kos pemasangan gentian optik dalam lingkungan RM3000 dan
10Base2 kira-kira RM400 saja, adalah lebih menguntungkan memasang gentian optik daripada menghadapi kemungkinan terpaksa menggantikan peralatan hub dan router dengan harga melebihi RM10,000.

Ada dua jenis kabel gentian fiber yang selalu digunakan, iaitu
10Base-F dan FOIRL (Fiber Optic Inter-Repeater Link) yang mula diperkenalkan pada 1980. Jarak maksimum FOIRL ialah 1000 meter dan dua MAU maksimum. Bagi 10Base-F, jarak maksimum 2000 meter dan maksimum dua MAU.

c) Gentian 10BaseF boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu 10Base-FL yang menjadi pengganti FOIRL. Kabel 10BaseFL membolehkan peralatan bagi FOIRL turut digunakan.
Sekiranya hanya peralatan 10BaseFL digunakan, panjang maksimum adalah 2000 meter. Tetapi jika peralatan bercampur FOIRL, panjang maksimum 1000 meter saja. Dengan menggunakan 10BaseFL, MAU maksimum ialah dua, iaitu antara dua komputer atau dua pengulang atau satu komputer disambung dengan satu pengulang.
Jenis kedua ialah 10Base-FB yang direka untuk segmen isyarat tulang belakang segerak (synchronous) dan kerap disambung ke hub untuk memanjang lagi jarak sebanyak 2000 meter. Tetapi sistem dan peralatan untuk 10BaseFB adalah terhad.
10BaseF yang ketiga ialah 10Base-FP yang lebih dikenali sebagai Sistem Pasif Gentian. Panjang maksimum ialah 500 meter.