Template by:
Free Blog Templates

Khamis, 29 Oktober 2009

Tukarkan Wallpaper Secara Automatik Dengan John’s Background Switcher

Guna wallpaper yang sama hari-hari pun bosan juga kan. Jadi, gunakan John's Background Switcher untuk menukarkan wallpaper desktop anda secara automatik.

Anda boleh memilih fail-fail atau folder-folder tertentu yang akan dipaparkan sebagai wallpaper. Selang masa untuk wallpaper bertukar juga boleh ditetapkan.

Pilih gambar yang akan dipaparkan sebagai wallpaper

John's Background Switcher menyediakan beberapa mod yang menentukan bagaimana gambar-gambar anda dipaparkan. Saya paling suka dengan mod 'Postcard pile' yang memaparkan banyak gambar dalam satu wallpaper.

Paparkan gambar dalam mod postcard pile

Anda tidak terhad kepada gambar yang disimpan di dalam komputer sahaja. Malah, John's Background Switcher boleh mendapatkan gambar secara automatik daripada Facebook, Flickr, Google, dan banyak lagi.