Template by:
Free Blog Templates

Rabu, 14 Oktober 2009

Yahoo Messenger Kena Block?

Di sesetengah tempat (terutamanya di pejabat kerajaan), Yahoo Messenger di-block daripada digunakan. Ini menyebabkan klien multi-IM berdasarkan desktop seperti Miranda IM dan Digsby juga turut dihalang daripada log in ke dalam akun Yahoo Messenger.

Dalam keadaan seperti inilah saya akan menggunakan klien multi-IM yang berdasarkan web, kerana ia dapat log-in ke dalam apa-apa jenis IM tanpa sebarang masalah. Ia juga mudah diakses dan tidak memerlukan sebarang proses install. Klien multi-IM berdasarkan web ini termasuklah:


imo.im

imo

  • Antaramuka yang sangat ringkas dan kemas.
  • Fungsi link accounts untuk mengingat kesemua akaun IM anda, tanpa perlu register apa-apa akaun lain di imo.im.
  • Mempunyai fungsi untuk menghantar fail, video chat, serta chat.
  • IM yang disokong termasuklah MSN, Yahoo, ICQ, Google Talk, MySpace, Skype, dan Facebook.
  • imo.im juga mempunyai klien desktop yang boleh anda download sekiranya anda tidak mahu menggunakan browser.

Meebo

meebo

  • Antaramuka yang sedikit lambat.
  • Mempunyai fungsi group chat.
  • Boleh mengingati kesemua akaun IM anda, namun anda harus mempunyai satu akaun Meebo terlebih dahulu.
  • Boleh menyimpan log perbualan anda serta boleh menghantar fail. Memerlukan akaun Meebo.
  • Segala perubahan pada Settings juga memerlukan anda mendaftar akaun Meebo terlebih dahulu.
  • IM yang disokong termasuklah MSN, Yahoo, ICQ, Google Talk, MySpace, Skype, Facebook, dan banyak lagi.
  • Meebo menyediakan pelbagai fungsi dan aplikasi yang lain, namun saya fikir ianya terlalu banyak (dan agak berat) untuk keperluan saya.

eBuddy

ebuddy

  • Antaramuka yang agak berat dan lambat.
  • Tetingkap perbualan adalah disusun secara tab, dan bukan secara tiles seperti imo.im dan Meebo.
  • Boleh mengingati kesemua akaun IM anda, namun anda harus mempunyai satu akaun eBuddy terlebih dahulu.
  • Mempunyai fungsi video chat (memerlukan akaun eBuddy) dan group chat.
  • IM yang disokong termasuklah MSN, Yahoo, ICQ, Google Talk, MySpace, Skype, dan Facebook.
  • Apabila anda menggunakan eBuddy, rakan-rakan anda akan melihat ikon eBuddy sebagai avatar anda.
  • Meskipun fungsi eBuddy lebih terhad berbanding Meebo, namun ianya lebih berat dan lambat untuk digunakan.