Template by:
Free Blog Templates

Jumaat, 13 Mac 2009

APA ITU BLOG ?


Perkataan Blog berasal dari Weblog. Kemudiannya diringkaskan menjadi 'blog' sahaja. Blog adalah merupakan laman web individu. Ianya boleh diibaratkan seperti sebuah diari online, atau pun sebuah ruangan pojok/kolum di dada akhbar. Ini kerana, tema setiap blog itu boleh jadi apa sahaja, daripada rakaman perjalanan hidup seseorang, isu-isu semasa, atau mungkin juga mengenai ideologi individu.

Namun begitu, tidak seperti diari konvensional, di mana segala tulisan di dalamnya adalah milik peribadi penulisnya, diari online pula seakan penulisnya dengan sengaja mahu berkongsi pengalaman dengan orang ramai. Begitu juga blog yang berbentuk komentar semasa, penulisnya bebas menulis tanpa dibayangi oleh tangan-tangan editor.

Kini blog bukan sahaja sekadar medan penyataan rasa, malah telah dikomersialkan. Blog yang popular tentunya mampu mendatangkan hasil sampingan dengan menyiarkan iklan-iklan dan juga link-link affiliate. Malah ada blog yang turut memberikan ulasan secara khusus kepada sesuatu produk sehingga membuatkan pembaca tertarik untuk membelinya.