PENGGUNAAN Internet yang bertambah saban tahun boleh menyebabkan gangguan terhadap perkhidmatan itu di negara ini pada masa akan datang.
Menyedari hal itu, MYNIC Bhd dipertanggungjawab oleh kerajaan untuk membangun sistem alamat Protokol Internet (IP) menghasilkan IP versi enam (IPv6) bertujuan menampung lebih banyak pengguna Internet pada masa akan datang.
Pengarahnya, Shariya Haniz Zulkifli, berkata jumlah IPv4 yang digunakan Malaysia dianggarkan akan habis digunakan antara tahun 2008 dan 2010.
"Inilah punca utama di sebalik keperluan melaksanakan IPv6 secepat mungkin bagi mengelak sebarang masalah ditanggung pengguna pada masa akan datang," katanya.
Katanya, kepentingan Internet menyebabkan lebih ramai pengguna, komputer dan aplikasi Internet berhubung antara satu sama lain ditambah pula peningkatan teknologi WiMAX, WiFi dan jalur lebar yang memerlukan banyak alamat IP didaftarkan.
"Sistem IPv4 sebelum ini sudah berusia 20 tahun. Walaupun ia masih mampu berfungsi, kapasiti untuk mendaftarkan lebih banyak alamat IP semakin berkurangan," katanya.
Menurut Shariya, ruang alamat melalui IPv6 ditingkatkan dari 32 bit kepada 128 bit membolehkan pendaftarannya mendapat kombinasi yang unik.
"IPv4 hanya menampung empat bilion alamat IP berbanding populasi dunia mencecah lebih enam bilion manakala IPv6 mampu mendaftar 340 undecilion (empat kali bilion)," kata Shariya.