PENDAHULUAN
Kesimpulannya blog adalah apa2 journal/maklumat yang kerap dikemaskini dan membenarkan pengunjung2 blog tersebut memberi komen2 berkaitan dengan subjek yang diposkan oleh pengarang blog. Ini menjadikan blog satu alat yang menarik, mudah dan interaktif. Pengunjung blog juga boleh melanggani maklumat2 dari blog2 yang mereka minati melalui Really Simple Syndication (RSS).
Sebelum memulakan apa-apa blog ada 2 perkara yang anda perlu buat iaitu:-
1.Anda perlu ‘brainstorm’ idea yang anda ada berkaitan dengan blog anda.
2.Cari topik yang anda minat dan ada pengetahuan mengenainya seperti karate, memancing atau sebagainya. Anda juga boleh menggunakan Overture Inventory Tool atau Wordtracker untuk mencari perkataan (keyword) yang selalu dicari oleh pengguna internet melalui search engines bagi mengenalpasti topik yang digemari ramai.
Bagi yang berminat untuk memiliki blog sendiri, terdapat 2 tempat utama untuk memulakan blog iaitu di Bloggers atau Wordpress. Bagaimanapun bagi yang baru berjinak-jinak dengan blog, dicadangkan anda menggunakan Blogger kerana ianya agak mudah. Bagaimanapun jika blog anda memerlukan kepelbagaian ciri-ciri menarik maka anda boleh terus menggunakan Wordpress.
BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR MELALUI BLOGGER
Blogger.com amat mudah digunakan dan dikendalikan. Tidak hairan jika Blogger adalah platform yang paling popular didunia sekarang. Dibawah ini adalah tutorial mengenai langkah2 yang mudah yang anda boleh ambil untuk memulakan blog anda. Diharapkan tutorial ini boleh membantu lebih ramai peminat blog mempunyai blog mereka sendiri.
Langkah 1 – PERGI KE BLOGGER.COM
Lawati laman Blogger.com dan click pada anak panah berwarna jingga "Create Your Blog Now".
Langkah 2 - ISIKAN MAKLUMAT DIRI ANDA
Masukkan alamat e-mail, password, nama / nama samaran yang anda ingin gunakan dan maklumat sekuriti anda. Klik pada kotak menandakan anda menerima semua Terms of Service yang ditetapkan.
Langkah 3 - NAMAKAN BLOG ANDA
Namakan blog anda dengan memasukkan tajuk dan alamat. Bagi kebanyakan bloggers, tajuk dan alamat adalah sama. Sediakan beberapa pilihan unruk setiap satu kerana mungkin nama atau alamat yang anda pilih telah diambil dan digunakan oleh orang lain.
Langkah 4 - PILIH TEMPLATE ANDA
Anda boleh memilih template yang disediakan oleh blogger dengan memilih pelbagai rekabentuk dan corak yang disediakan.
Langkah 5 – BLOG ANDA SUDAH TERSEDIA DAN ANDA BOLEH MULA MEMBUAT POST
Langkah 6- TULISKAN TAJUK, ISIKAN MAKLUMAT ATAU ISI BLOG DAN TEKAN PUBLISH
Mudah bukan. Lebih banyak maklumat akan diberikan dari masa ke semasa dan jika anda memerlukan sebarang bantuan atau mempunyai apa2 soalan, jangan ragu2 utk mengemukakannya dan insyaallah semua kemusykilan dapat dileraikan bersama untuk kebaikan bersama juga.