Template by:
Free Blog Templates

Jumaat, 13 Mac 2009

Jom Buat Blog Siri 3

Tips Untuk Menarik Traffic


Melainkan jika anda berniat untuk menjadikan blog anda, blog peribadi, semestinya anda berharap supaya blog anda dikunjungi orang ramai. Bloggers yang baru mula akan mendapati sedikit kesukaran untuk mula mendapatkan pengunjung. Membuat promosi untuk blog anda sendiri bukanlah untuk seseorang yang pemalu. Jika anda ingin membawa pengunjung ke blog anda, anda perlu mempunyai muka yang tebal untuk mempromosi blog anda. Berikut adalah tips2 yang boleh anda lakukan untuk memberitahu dunia supaya tentang blog anda.

1. Isi/Topik Anda Adalah ‘Raja’
Perlu diingat bahawa anda boleh berusaha supaya berjuta orang datang ke blog anda tetapi jumlah itu tidak bermakna jika mereka tidak terus-terusan mengunjungi blog anda. Anda perlu terus mengisi blog anda dengan content yang berguna untuk mereka, supaya mereka seolah-olah ‘ketagih’ dengan blog anda. Selain daripada menyediakan content, yang mungkin pengunjung boleh dapat daripada blog2 yang lain yang membincangkan topik/isi yang sama, anda juga boleh menambah maklumat / analisis tambahan yang boleh membina minda pengunjung blog anda. Blog anda perlukan isi/topik dan ia perlu disampaikan dengan ringkas, padat dan tepat.

2. Turut Serta Dalam Forum-Forum3. Lawati Blog2 Lain
Cari /search blog2 lain yang membincangkang topik yang serupa dengan anda. Selain dari anda dapat menganalisa blog-blog tersebut dan mencari kekuatan dan kelemahan yang ada sebagai tauladan, anda juga boleh memberikan komen-komen tentang sesuatu topik. Pastikan anda memberi komen yang bernas atau mungkin anda boleh memberikan link ke blog anda jika blog anda mempunyai isi/topic yang dicari oleh pengunjung lain.

4. Letakkan Tags
Jangan lupa meletakkan tags pada setiap posting anda. Tags ini membantu search engine mencari blog anda dan membantu menunjuk arah orangramai yang membuat carian tentang sesuatu topik. Pastikan anda meletakkan seberapa banyak tags yang sesuai sewaktu anda membuat posting. Sebagai contoh, jika blog anda membincangkan topik bunga ros, anda boleh letakkan tags seperti bunga ros, bunga, tanah, bercucuk tanam, baja dan lain-lain keywords yang berkaitan.

5. Letakkan Links
Links adalah penting dalam menyumbangkan sejumlah pengunjung ke blog anda. Ia juga membolehkan anda memberikan alternatif kepada pengunjung ke blog anda seandainya mereka ingin mencari maklumat yang lain pula. Ini menjadikan blog anda sebagai point of reference kerana para pengunjung tidak perlu tercari-cari maklumat yang diperlukan, sebaliknya anda yang mengesyorkan kepada mereka. Link pula tidak hanya boleh diletakkan pada blogroll anda. Ia juga boleh diletakkan pada content anda sebagai maklumat tambahan.

6. Jadikan Technorati Rakan Anda
Anda digalakkan berdaftar dengan search engine Technorati,. Ia membantu blog anda dikenali oleh pengunjung yang tidak pernah tahu kewujudan blog anda. Lebih banyak anda membuat post dan lebih tinggi ranking anda, lebih ramai yang akan mengetahui tentang blog anda melalui carian yang mereka buat. Ranking Technorati bergantung kepada seberapa ramai orang yang membuat link dengan blog anda. Jika anda mahu orang lain membuat link kepada blog anda, selain dari mempunyai content yang menarik, dan template yang menyedapkan mata, anda juga perlu aktif dalam komuniti yang disediakan.

7. Hantarkan URL Blog Anda Kepada Search Engine
Anda perlu menghantar URL blog anda kepada seberapa banyak search engine (enjin carian) bagi memudahkan orang lain tahu akan kewujudan blog anda. Selain daripada itu anda perlu membuat “ping” kepada semua search engine tadi setiap kali anda membuat posting yang baru. Anda boleh menggunakan perkhidmatan percuma yang disediakan oleh Pingoat (http://pingoat.com ) atau Ping-O-Matic (http://pingomatic.com) untuk membuat ping secara serentak kepada semua search engine.

8. Letakkan butang RSS
Ini akan memudahkan pengunjung blog anda melanggan isi kandungan blog anda secara online.

9. Banyakkan Membaca
Jika anda serius tentang blogging, anda perlu selalu mengunjungi blog2 yang berkaitan dengan blog dan membaca tips2 terbaru tentang cara2 membina traffic ke blog anda selain kerap membuat penambahbaikan kepada blog anda supaya sentiasa segar & pengunjung tidak jemu ke blog anda.

10. Analisa Statistik Anda
Selain dariopada tips2 asas diatas, anda juga digalakkan menganalisa statistik pelawat blog anda. Statistik pelawat akan memberitahu anda, berapa ramai pelawat ke blog anda dan dari mana mereka dating. Adakah ia dari link yang anda letakkan atau dari search engine? Jika ia dari link, link yang mana atau jika ia dari search engine, anda akan tahu search engine yang mana yang banyak merujuk pengunjung ke blog anda. Analisa2 ini kan membantu anda menentukan cara terbaik menarik pengunjung ke blog anda.

Kesimpulan
Untuk membina traffic ke blog anda memang mengambil masa. Ia akan mengambil masa setahun dua untuk blog anda dikenali ramai memandangkan persaingan amat sengit. Walaubagaimanapun, anda tidak boleh menyerah kalah.