Template by:
Free Blog Templates

Sabtu, 26 September 2009

Picasa 3.5 Kini Boleh Mengecam Wajah Dalam Gambar

Picasa 3.5 kini membawa fungsi pengecaman wajah, dan memudahkan anda untuk mencari gambar berdasarkan nama orang yang berda di dalam gambar tersebut.

Kali pertama anda membuka Picasa (setelah install), ia akan scan kesemua koleksi gambar untuk mengenalpasti wajah-wajah yang terdapat di dalamnya. Kemudian anda boleh berikan nama kepada wajah-wajah tersebut.

Tag nama dalam Picasa

Setelah anda memberikan nama, Picasa akan menyusun wajah-wajah yang sama yang dijumpai.

Jika anda sedang melihat gambar dalam satu-satu folder, anda boleh klik pada tab 'People' untuk melihat siapa yang berada di dalamnya. Di sini anda juga boleh tag nama jika ada sesiapa yang tertinggal.

Tag nama dalam Picasa

Melalui ujian saya, kebanyakan tekaan Picasa adalah betul, cuma ada sebilangan kecil sahaja yang silap. Jika ada mana-mana wajah yang telah silap di tag oleh Picasa, anda boleh membuang tag tersebut dengan mudah.

Fungsi lain yang turut diperkenalkan dalam versi 3.5 adalah geo-tagging dengan Google Maps, di mana anda boleh tag gambar berdasarkan lokasi. Fungsi tag, import, dan upload juga telah diberi penambahbaikan.


Baca Selanjutnya...

Isnin, 14 September 2009

Gunakan CD Ubuntu Untuk Membaiki Windows

startup-screen

Jika anda mempunyai sekeping CD Ubuntu, ianya bukan sahaja berguna untuk mencuba distro Linux yang popular ini, malah anda boleh menggunakannya untuk membaik pulih Windows serta menyelamatkan data.

CD pemasangan Ubuntu mempunyai fungsi Live CD, di mana anda boleh menjalankan Ubuntu terus dari CD tanpa perlu install ke dalam hard disk terlebih dahulu. Meskipun fungsi Live CD ini adalah terhad berbanding pemasangan sebenar ke dalam hard disk, namun ianya sudah cukup untuk saat-saat kecemasan di mana Windows anda tak dapat dibuka.

Apa yang anda perlu buat adalah hidupkan komputer dan masukkan CD Ubuntu. Apabila skrin Ubuntu dipaparkan, pilih "Try Ubuntu without an change to your computer".

Antara kegunaan Live CD Ubuntu:

  • Akses semua partition termasuklah jenis FAT dan NTFS.
  • Menghubungkan komputer anda kepada komputer lain melalui network.
  • Melayari Internet.

Jadi, dengan Live CD Ubuntu ini anda boleh backup dahulu dokumen-dokumen penting anda ke dalam partition lain, atau mungkin juga ke dalam komputer lain melalui network.

Malah anda boleh menggunakannya untuk melayari Internet, membuka emel, dan berbual di IM meskipun anda tidak mempunyai hard disk sekalipun. Ubuntu menyokong banyak jenis modem, dan sekiranya anda berada dalam kawasan Wi-Fi, ia juga boleh diaktifkan.

Dan jika anda bosan, anda juga boleh bermain lagno di dalam Ubuntu :)

[Download Ubuntu Live CD di sini]




Baca Selanjutnya...

Reviu: Wacom Bamboo, Pen Tablet

wacom_bamboo-fun3

Ramai yang tertanya-tanya, adakah perlu "Pen Tablet" untuk seorang graphic designer. Beberapa minggu lalu, saya telah nekad untuk membeli dan mencuba "Pen Tablet" jenis Wacom. Berikut adalah pendapat saya.

Fungi Pen Tablet saling tak tumpah seperti tetikus (mouse). Pada harga RM350, perlukah anda alat ini? Jika anda tergolong dalam orang yg ditera dibawah, Pen Tablet memang untuk kamu.

  • Web/Graphic designer (pengguna Adobe Illustrator atau Photoshop)
  • Pelukis yg mahu berpindah ke digital
  • Pelukis komik untuk seronok atau blog
  • Photographer yang perlu sunting gambar
  • Animasi Flash, 3D, Movie
  • Architect atau berkaitan dengan Auto CAD
  • Pelajar multimedia
  • Hobi melukis

Selain dari yang disebut di atas, anda tak perlu alat ini.

Antara fungsi yang menarik minat saya adalah:

  • Pressure sensor - Seperti pensil dan berus, anda boleh mengawal kadar penekanan. Kalau mahu garis tebal, tekan kuat sikit, begitulah sebaliknya.
  • Pemadam - Seperti pemadam di hujung pensil, anda bole terbalikkan dan padam
  • Tiada bateri - Hanya menggunakan USB
  • Left & Right click - Pena yang disediakan ada butang untuk ke dua-dua tersebut. Jadi anda tak perlulah guna tetikus (mouse) sekali sekala.
  • Zoom in dan out - Terdapat satu "toggle" untuk anda zoom in dan out.
  • 4 butang tambahan - Butang ini boleh diubah fungsi mengikut keselesaan sendiri. Saya sendiri telah mengubah menjadi "Undo", "Redo", "Desktop" dan "Save". Dengan cara ini, saya dapat menyelamatkan beberapa saat untuk mengheret mouse ke atas untuk fungsi tersebut.
  • Semua software - Pada hari pertama pembelian, saya telah mencuba ke semua software, Microsoft Office, Adobe Photoshop, Illustrator dan sebagainya. Semua boleh dipakai.

Bagaimana awak menggunakan alat ini?

Sebagai seorang web designer (atau developer), saya dapat menyiapkan kerja saya lagi mudah. Di antara perkara yang saya perlu lakukan, adalah melukis "draft layout" sebelum mula membuat sesuatu theme atau template. Ini penting bagi mengelak pembaziran masa.

Saya juga menyunting gambar, seperti menghilangkan sesuatu object dalam gambar (termasuk jerawat haha), melukis logo dan icon dengan lebih tepat, dan menulis nota pada design-design.

Selain itu, saya gunakan untuk tandatangan kontrak.

Perlukah saya membeli satu?

Jika anda tidak keberatan untuk berbelanja RM350 untuk unit yang paling mudah, apa salahnya. Percayalah, alat ini dapat memulangkan modal dengan lebih cepat (jika anda seorang kreatif dan pandai melukis).

Jika anda berbelah bahagi, anda simpan sahaja duit tu. Buat apa beli barang kalau tak pakai betul-betul tak? Baik belanja saya makan.

Berikut adalah hasil lukisan saya mengunakan Pen Tablet ini.

al-elric
Alphonso Elric dari Full Metal Alchemist, mengunakan Adobe Photoshop

lembu-hana
Seekor lembu tompok biru, menggunakan YM Doodle

monster
Big foot yang sedih, tetapi melukis senyuman pada bayang-bayang beliau. Pun mengunnakan YM Doodle

Akhir kata, saya amat berpuas hati dengan pembelian Pen Tablet ini, walaupun harganya cukup untuk belanja makan tengahari saya selama sebulan. Walaupun baru saja beberapa minggu, saya sudah bercadang untuk upgrade.




Baca Selanjutnya...

Windows Log On dan Log Off Secara Automatik

Baru-baru ini seorang rakan saya di pejabat menghadapi masalah dengan laptopnya. Apabila dia cuba untuk log on ke dalam Windows XP, ia akan log off secara automatik. Saya cuba masuk ke dalam Safe Mode, namun masalah yang sama tetap berlaku.

Menurut satu artikel dari Microsoft, masalah ini berlaku kerana beberapa fail penting telah hilang dari Windows XP, dan nilai dalam registry juga telah diubah. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk memperbaiki masalah ini:

Membaiki Nilai Registry

Oleh kerana kita tak dapat masuk ke dalam Windows, kita akan menggunakan Offline NT Password & Registry Editor untuk membaiki nilai dalam registry.

  1. Boot komputer melalui CD/USB Offline Registry Editor dan pergi kepada nilai berikut:

    HKLM\Software\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon

  2. Perhatikan kedua-dua nilai ini:
    • Shell
    • Userinit
  3. Tukar nilai-nilai tersebut kepada:
    • Shell = explorer.exe
    • Userinit = x:\windows\system32\userinit.exe
  4. Jangan lupa untuk commit perubahan yang anda telah buat tadi.

Menggantikan Fail Yang Hilang

Dapatkan fail explorer.exe dan userinit.exe dari CD Windows XP, atau anda boleh copy terus dari komputer lain yang menggunakan Windows XP.

Bagi menggantikan fail yang hilang ini, anda boleh gunakan apa-apa Live CD/USB yang boleh mengakses hard disk anda, contohnya Slax, Ubuntu, ataupun BartPE. Fail explorer.exe dan userinit.exe juga hendaklah dimasukkan ke dalam CD atau USB drive.

  1. Boot komputer melalui Live CD/USB.
  2. Kenalpasti di mana partition WINDOWS anda berada, dan masukkan fail:
    • explorer.exe ke dalam folder WINDOWS
    • userinit.exe ke dalam folder WINDOWS/system32

Restart komputer anda, dan kini sepatutnya anda sudah boleh log in ke dalam Windows XP.




Baca Selanjutnya...

FeedDemon: Pembaca RSS Terbaik Untuk Windows

feeddemon-01

FeedDemon adalah sebuah pembaca RSS untuk Windows, yang membolehkan anda mendapatkan entri-entri terkini dari ratusan blog kegemaran anda dengan mudah dan pantas.

Saya berhenti menggunakan Google Reader satu ketika dahulu kerana ianya sangat berat. Laman web Google Reader yang sarat dengan AJAX sangatlah tidak sesuai dengan sambungan Internet di rumah saya yang perlahan. Google Reader juga tidak dapat digunakan sekiranya anda offline.

FeedDemon adalah berbeza kerana ianya merupakan sebuah klien desktop. Apabila FeedDemon dibuka, ia akan mengemaskini kesemua suapan RSS anda. Setelah dikemaskini, anda boleh membaca blog-blog tersebut melalui FeedDemon, walaupun ketika offline.

feeddemon-02

Anda boleh mengubahsuai cara FeedDemon memaparkan entri-entri. Bagi saya, saya lebih suka memaparkan tajuk sahaja. Sekiranya saya ingin membaca entri tersebut, saya akan klik pada anak panah kecil di sebelah kiri tajuk. Dan jika saya ingin membuka blog tersebut di dalam pelayar web kegemaran saya, saya klik pada tajuknya.

feeddemon-03

Butang "Next Page" sangat berguna sekiranya terdapat banyak entri yang belum dibaca, tapi tak semua entri tersebut menarik. Saya hanya baca entri yang saya minat sahaja, kemudian tekan butang "Next Page" supaya entri-entri yang selebihnya ditanda sebagai telah dibaca.

feeddemon-04

Newspaper Style secara asasnya adalah Surfer. Anda boleh menukar tema ini melalui menu View > Newspaper > Style, dan pilih tema kegemaran anda, contohnya seperti tema Expando di bawah.

feeddemon-05

Watch membolehkan anda memasukkan kata kunci bagi topik kegemaran anda. Sebagai contoh, sekiranya anda memasukkan kata kunci "Perak", FeedDemon akan mencari segala entri terkini yang berkaitan dengan Perak, walaupun dari blog yang tidak dilanggan pada FeedDemon.

feeddemon-06

Mengikut para pembangun FeedDemon, versi yang seterusnya akan membolehkan FeedDemon dihubungkan dengan Google Reader. Ini merupakan satu fungsi yang amat ditunggu-tunggu kerana FeedDemon merupakan klien RSS desktop yang terbaik, manakala Google Reader adalah pembaca RSS online yang paling popular.

FeedDemon boleh didapatkan di sini.



Baca Selanjutnya...

Jangan Buatkan Pembaca Anda Lari!

fullfeed

Oleh kerana sambungan Internet yang agak perlahan di rumah, saya lebih suka menggunakan pembaca feed untuk membaca blog. Bukan sahaja ianya lebih pantas dan mudah, malah saya lebih cepat perasan sekiranya ada entri terbaru di blog-blog kegemaran saya.

Namun, sesetengah penulis blog tidak menetapkan supaya suapan RSS ini memaparkan keseluruhan entri. Ini menyebabkan pelanggan RSS hanya dapat membaca separuh sahaja kandungan entri tersebut, yang selebihnya haruslah dilawat pada blog tersebut. Lebih teruk lagi, ada yang menetapkan suapan RSS untuk memaparkan tajuk sahaja, pelanggan RSS langsung tak dapat melihat apa kandungan entri tersebut.

Samada sengaja atau tidak, anda mungkin menyebabkan pembaca anda lari terus dari blog anda. Apa yang terbaik ialah, berikan pembaca anda pilihan. Sediakan suapan RSS yang penuh. Jika mereka mahu komen pada satu-satu entri, mereka akan terus lawati blog anda. Bagi saya sendiri, bagi blog yang betul-betul saya minati, akan saya lawati terus melalui pelayar web saya, dan klik apa-apa iklan yang patut :)

Cara-cara Menetapkan Suapan RSS Penuh Pada Blogspot

  1. Dari bahagian Dashboard, klik pada menu Settings.
    fullfeed-01
  2. Seterusnya klik pada menu Site Feed.
  3. Perhatikan bahagian "Allow Blog Feeds". Pilih Full.
    fullfeed-02
  4. Klik pada butang Save Settings.

Cara-cara Menetapkan Suapan RSS Penuh Pada Wordpress

  1. Pada bahagian admin Wordpress, klik pada menu Settings > Reading.
    fullfeed-03
  2. Perhatikan bahagian "For each article in a feed, show". Pilih "Full text".
    fullfeed-04
  3. Klik pada butang "Save Changes".
Baca Selanjutnya...

Tukar Tulisan Kepada Tulisan Jawi

ejawi-net

Ejawi.net adalah laman web yang dapat menukarkan tulisan rumi kepada tulisan jawi. Anda hanya perlu taipkan ayat pada ruang yang disediakan, dan tekan butang Convert. Tulisan jawi akan dipaparkan, dan anda boleh salin teks tersebut seperti biasa.

ejawi

Untuk melihat tetapan yang lebih spesifik, semak bahagian "Tips and Techniques Ejawi Conversion". Contohnya, jika anda ingin memasukkan perkataan yang berasal dari Arab seperti Abdul Rahim, ianya hendaklah digabungkan menjadi Abdulrahim.

Anda juga boleh download perisian ini untuk digunakan dalam komputer anda.

Laman web: Ejawi.net




Baca Selanjutnya...

Dapatkan Data Yang Telah Hilang Dengan PC Inspector File Recovery

PC Inspector File Recovery adalah sebuah perisian percuma yang bagus untuk mendapatkan kembali fail-fail yang telah hilang. Sama ada fail tersebut telah anda delete, ataupun fail yang hilang dari partition yang anda format, anda boleh mendapatkannya. Berikut saya akan terangkan cara-cara menggunakan PC Inspector File Recovery:

  1. Buka PC Inspector File Recovery, dan pilih English sebagai bahasa antaramuka.
  2. Anda dikehendaki memilih jenis data yang ingin diselamatkan, iaitu:
    1. Recover deleted files. Fail yang telah dibuang dekan menekan Delete atau Shift+Delete.
    2. Find lost data. Data yang hilang dari partition yang anda format, ataupun disebabkan kerosakan komputer.
    3. FInd lost drive. Jika partition hilang, ataupun tidak boleh dibuka.
  3. Bagi contoh kali ini, kita akan klik pada pilihan nombor dua, iaitu Find lost data. Klik pada ikon tersebut.
    pci-recovery-01
  4. Dwi-klik pada partition yang yang mengandungi data tersebut. PC Inspector File Recovery akan mula mengesan data-data yang sedia ada dalam partition tersebut.
    pci-recovery-02
  5. Seterusnya, tentukan cluster range yang akan dicari oleh PC Inspector Recovery. Anda boleh biarkan ia dengan nilai yang biasa, dan terus klik pada butang hijau. PC Inspector File Recovery akan mula mengesan data-data yang telah hilang. Proses ini akan mengambil masa, tunggu sehingga ianya selesai.
    pci-recovery-03
  6. Segala data yang dapat dikesan oleh PC Inspector File Recovery akan dipaparkan. Anda boleh pilih mana-mana data yang anda ingin kembalikan, dan klik pada butang save untuk menyimpan data-data tersebut.
    pci-recovery-04

Muat-turun: PC Inspector File Recovery



Baca Selanjutnya...

Cara-cara Nak Install Windows 7 Beta

bagaimana-install-windows-7-00

Windows 7 dijangka keluar di pasaran pada bulan Oktober ini. Namun, jika anda berkesempatan untuk memuat-turun sistem pengoperasian ini pada peringkat Beta dahulu, anda sudah boleh mencuba untuk memasang Windows 7 pada komputer anda. Atas permintaan beberapa orang pembaca, saya akan terangkan langkah-langkah untuk memasang Windows 7 Beta ke dalam komputer anda.

Cara-cara memasang Windows 7 Beta

Seperti biasa, perkara pertama yang anda harus lakukan adalah memastikan PC anda dapat membaca DVD ketika ia mula-mula dihidupkan. Ini dapat dilaksanakan dengan menetapkan boot sequence yang pertama kepada CD/DVD. Setelah boot sequence telah ditetapkan, masukkan DVD Windows 7 Beta dan hidupkan komputer anda.

Perhatian: Oleh kerana Windows 7 ini masih dalam peringkat Beta, masalah mungkin berlaku dalam proses pemasangan. Gunakan hard disk berasingan sekiranya anda bimbang akan keselamatan hard disk yang mempunyai dokumen-dokumen anda. Jika anda ingin meneruskan pemasangan, ikuti langkah-langkah di bawah ini:

  1. Skrin pertama yang keluar akan memaparkan msej "Windows is loading files…", tunggu sehingga proses ini selesai.
    bagaimana-install-windows-7-01
  2. Kotak pertama, kedua, dan ketiga memaparkan pilihan bahasa, zon masa dan matawang, serta tetapan papan kekunci. Tetapkan pilihan anda dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-02
  3. Klik pada butang "Install Now" untuk memulakan pemasangan Windows 7.
    bagaimana-install-windows-7-03
  4. Tandakan pada kotak "I accept license terms" dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-04
  5. Klik pada butang Custom untuk melakukan pemasangan bersih Windows 7.
    bagaimana-install-windows-7-05
  6. Pilih partition manakah yang akan memuatkan Windows 7, dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-06
  7. Proses pemasangan telah bermula. Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.
    bagaimana-install-windows-7-07
  8. Setelah proses pemasangan siap, anda akan dikehendaki untuk membuat beberapa tetapan asas terhadap Windows 7 anda. Pertama sekali, masukkan nama anda dan nama bagi komputer, kemudian klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-08
  9. Masukkan kata laluan bagi akaun Windows 7 anda dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-09
  10. Masukkan nombor siri yang anda perolehi dari Microsoft sewaktu muat—turun dahulu, dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-10
  11. Pilih pilihan bagi Windows Update. Untuk memastikan Windows 7 anda sentiasa dikemaskini, pilih "User recommended settings"
    bagaimana-install-windows-7-11
  12. Pilh zon masa anda dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-12
  13. Kini Windows 7 sudah siap dipasang, dan anda sudah boleh mula menggunakannya.
    bagaimana-install-windows-7-13

Proses pemasangan Windows 7 adalah lebih mudah dan pantas berbanding Windows XP.


Baca Selanjutnya...

Buang Virus Dari Indonesia Dan Malaysia Dengan Antivirus Tempatan

GeeKz Virus Remover

Kadangkala, antivirus yang terkenal seperti Avira dan Kaspersky tidak dapat mengesan sebilangan jenis virus yang tedapat dalam komputer kita, terutamanya virus tempatan yang berasal dari Malaysia dan Indonesia. Jadi untuk mengatasi masalah ini, kita memerlukan antivirus yang juga merupakan buatan tempatan.

Di Malaysia sendiri, antivirus tempatan yang terkenal adalah GeeKz Virus Remover (GVR) yang dihasilkan oleh ApoNie. Di samping berfungsi untuk membuang virus, ia juga boleh memperbaiki registry yang telah dirosakkan oleh virus.

Bagi antivirus dari negara jiran pula, Raymond ada menulis tentang 12 Perisian Antivirus dari Indonesia yang berkesan dalam membuang virus-virus yang juga berasal dari Indonesia, seperti Brontok dan JambanMu. Antara antivirus yang diperkenalkan adalah PCMedia Antivirus, ANSAV, SmadAv, dan banyak lagi.

Meskipun antivirus-antivirus yang disebutkan di atas masih belum mampu menandingi antivirus terkemuka seperti Avira dan Kaspersky, namun anda boleh gunakannya sebagai tambahan kepada antivirus sedia ada.

Kebanyakan dari antivirus tempatan ini adalah bersifat mudah alih, jadi anda boleh masukkannya ke dalam USB drive untuk digunakan pada komputer-komputer yang lain.



Baca Selanjutnya...

Gunakan Ubuntu Dari USB Drive

ubuntu-pen-drive-03

Sama seperti Slax, anda boleh memasukkan Ubuntu ke dalam pen drive dan terus menggunakannya. Apa yang anda perlukan hanyalah CD pemasangan Ubuntu 8.10 yang boleh didapati dari laman web rasmi Ubuntu.

Cara-cara memasang Ubuntu ke dalam pen drive

  1. Masukkan CD tersebut dan restart komputer anda (pastikan boot sequence telah ditetapkan supaya komputer boleh boot dari CD). Pilih "Try Ubuntu without any change to your computer" untuk memulakan Live CD.
  2. Apabila Ubuntu telah dimulakan, masukkan pen drive anda. Kemudian, pilih menu System > Administration > Create a USB startup disk.
    ubuntu-pen-drive
  3. Pilih pen drive yang akan digunakan untuk menyimpan Ubuntu. Anda juga boleh memilih berapa banyak ruang yang diperlukan untuk menyimpan segala dokumen dan tetapan pada Ubuntu anda. Kemudian, klik pada Make Startup Disk.
    ubuntu-pen-drive-01
  4. Tunggu sehingga proses selesai.
    ubuntu-pen-drive-02

Kini, anda sudah boleh mula menggunakan Ubuntu terus dari pen drive tersebut. Meskipun prestasinya tidak sepantas pemasangan ke dalam hard disk, ianya sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana. Pemasangan ke dalam pen drive ini juga merupakan alternatif terbaik sekiranya anda tidak mempunyai ruang pada hard disk untuk memasang Ubuntu.



Baca Selanjutnya...

Hiasi Firefox Anda Dengan Fashion Your Firefox

fashion-your-firefox-01

Fashion Your Firefox adalah sebuah aplikasi web dari Mozilla yang bertujuan untuk memudahkan pemasangan add-on kepada Firefox anda. Ini sangat berguna sekiranya anda masih baru dengan Firefox dan tercari-cari add-on apakah yang perlu ditambah. Senarai add-on yang ditampilkan adalah disusun mengikut kategori.

fashion-your-firefox-02

Anda boleh memiilih seberapa banyak add-on yang anda mahu. Setelah selesai memilih, klik pada butang "Install my Add-Ons" untuk memasang kesemua add-on yang telah anda pilih secara sekaligus.

Laman web: Fashion Your Firefox





Baca Selanjutnya...

Sekat Iklan Dalam Laman Web Menggunakan Opera

Dalam Opera, terdapat fungsi yang mudah untuk menyekat iklan yang terpapar di laman web dan blog. Dalam kata lain, iklan tersebut tidak dipaparkan langsung dalam pelayar web, sekaligus membolehkan anda melayar web dengan lebih pantas serta menjimatkan bandwith.

Sebenarnya saya sendiri tak kisah sangat kalau terpaksa menunggu seketika untuk iklan ini dipaparkan. Namun, ada sesetengah iklan yang tidak sesuai dipertontonkan di khalayak ramai. Contohnya pagi ini saya melawat KOSMO! Online dan terdapat iklan yang mengeluarkan bunyi pontianak berulang kali. Kalau saya buka laman web ni kat pejabat, tak ke haru jadinya.

Cara-cara nak menyekat iklan dalam laman web

Dengan cara ini, anda boleh menyekat iklan atau apa-apa media lain dalam Opera:

  1. Klik kanan dalam Opera (pastikan anda tidak klik pada imej atau pautan, tapi klik pada ruang kosong ataupun teks).
  2. Pilih Block Content.
    sekat-iklan-laman-web-01
  3. Klik pada iklan yang anda ingin sembunyikan. Iklan yang telah disekat akan ditandakan dengan Blocked Content.
    sekat-iklan-laman-web-02
  4. Klik pada butang Done.

Opera akan menyimpan maklumat mengenai penyedia iklan tersebut, ini bermaknya iklan yang sama akan turut disembunyikan pada laman web yang lain.

Masukkan penyedia iklan secara manual

Anda juga boleh memasukkan penyedia iklan secara manual:

  1. Klik kanan dalam Opera (pastikan anda tidak klik pada imej atau pautan, tapi klik pada ruang kosong ataupun teks).
  2. Pilih Block Content.
    sekat-iklan-laman-web-01
  3. Klik pada butang Details.
    sekat-iklan-laman-web-03
  4. Klik pada butang Add…, dan masukkan URL penyedia iklan. Setelah selesai, klik OK.
    sekat-iklan-laman-web-04
  5. Klik Done.
Baca Selanjutnya...