Picasa 3.5 kini membawa fungsi pengecaman wajah, dan memudahkan anda untuk mencari gambar berdasarkan nama orang yang berda di dalam gambar tersebut.
Kali pertama anda membuka Picasa (setelah install), ia akan scan kesemua koleksi gambar untuk mengenalpasti wajah-wajah yang terdapat di dalamnya. Kemudian anda boleh berikan nama kepada wajah-wajah tersebut.
Setelah anda memberikan nama, Picasa akan menyusun wajah-wajah yang sama yang dijumpai.
Jika anda sedang melihat gambar dalam satu-satu folder, anda boleh klik pada tab 'People' untuk melihat siapa yang berada di dalamnya. Di sini anda juga boleh tag nama jika ada sesiapa yang tertinggal.
Melalui ujian saya, kebanyakan tekaan Picasa adalah betul, cuma ada sebilangan kecil sahaja yang silap. Jika ada mana-mana wajah yang telah silap di tag oleh Picasa, anda boleh membuang tag tersebut dengan mudah.
Fungsi lain yang turut diperkenalkan dalam versi 3.5 adalah geo-tagging dengan Google Maps, di mana anda boleh tag gambar berdasarkan lokasi. Fungsi tag, import, dan upload juga telah diberi penambahbaikan.