Opera mempunyai pelbagai keyboard shorcut yang membolehkan anda melayari laman web tanpa menggunakan mouse sekalipun. Ianya tentu berguna apabila mouse anda hilang atau rosak. Bagi saya, saya memang lebih suka meletakkan kedua-dua belah tangan saya di atas keyboard bagi meningkatkan produktiviti sewaktu menaip. Jadi pada kali ini, saya akan meyenaraikan pelbagai keyboard shorcut yang terdapat di dalam Opera.
Menaip Di Address Bar
- F8 atau Alt+D untuk mula menaip URL di address bar
- F2 untuk membuka satu address bar yang lain
- Shift+F2 untuk memasukkan nickname bagi laman web yang terkandung dalam bookmark anda
- Gunakan gabungan keyword bagi enjin carian tertentu, contohnya W untuk membuat carian menggunakan Wikipedia
Navigasi Tab
- Ctrl + T untuk membuka tab yang baru
- Ctrl+W untuk menutup tab
- Ctrl+Tab atau Ctrl+Shift+Tab untuk bertukar kepada tab yang lain
- Ctrl+Z untuk membuka kembali tab yang telah ditutup
Navigasi Dalam Halaman
- Page Up dan Page Down untuk skrol halaman
- Home untuk pergi ke bahagian paling atas, End untuk pergi ke bahagian paling bawah
- Shift+Arrow Key untuk highlight link yang anda ingin klik – fungsi yang paling inovatif :)
- Enter pada link yang telah anda highlight tadi untuk pergi kepada URL tersebut
- Shift+Enter untuk buka link tersebut pada tab yang baru
- Ctrl+Shift+Enter untuk buka link tersebut pada tab yang baru di belakang
- Ctrl+F, /, atau . untuk mencari perkataan
Navigasi Antara Halaman
- Z atau Backspace untuk pergi ke halaman sebelumnya (sama seperti butang Back)
- X untuk pergi ke halaman seterusnya (sama seperti butang Forward)
- Nota: Bagi shortcut yang mempunyai satu kekunci sahaja seperti Z dan X, anda terlebih dahulu harus mengaktifkannya dari Preferences (Ctrl+F12) > Advanced > Shortcuts > Tandakan pada "Enable single-key shortcuts"
Isi Maklumat Dan Password Secara Automatik
- Jika anda berada pada satu input text, di ruangan memasukkan nama untuk komen misalnya, tekan kekunci anak panah bawah untuk mengeluarkan maklumat yang terkandung dalam Autocomplete Forms serta Notes anda
- Sekiranya anda pernah menyimpan password di satu-satu laman web, tekan Ctrl+Enter untuk memasukkan username dan password secara automatik
Speed Dial
- Ctrl+1 hingga 9 untuk pergi ke halaman yang telah ditetapkan dalam Speed Dial anda
Jadi jika anda seorang pengguna tegar keyboard, anda pastinya akan dapat mengambil faedah dari segala macam shortcut yang terbina dalam Opera. Selamat mencuba :)