Twitter merupakan satu alat yang bagus untuk anda mempromosikan blog anda. Jika anda mempunyai followers yang ramai, anda boleh menghantar update di Twitter mengenai entri terbaru di blog anda.
Jadi apabila anda baru siap menerbitkan entri baru, anda perlu memendekkan dulu link kepada entri tersebut menggunakan servis seperti bit.ly dan is.gd. Kemudian, URL yang telah dipendekkan ini akan disertakan bersama update di Twitter.
Tapi, alangkah baiknya kalau proses ini dapat dilakukan secara automatik, kan? Dengan Twitter Feed, update akan dihantar kepada Twitter anda setiap kali ada menerbitkan entri baru di blog.
Anda perlu mendaftar di Twitter Feed terlebih dahulu. Kemudian, log in dan tetapkan blog serta akaun Twitter anda.
Cara ini bukan sahaja memudahkan dan meningkatkan produktiviti, malah ia membantu followers anda memahami entri apakah yang diterbitkan.
Nota 1: Elakkan update Twitter seperti "Blog aku dah hapdet. Tengok la weh http://sembangkomputer.com", kerana followers tidak dapat mengetahui apakah kandungan entri tersebut.
Nota 2: Elakkan juga tweet yang berulang-ulang seperti "Blog komputer yang hebat! http://sembangkomputer.com" kerana ia menyemakkan mata.
Nota 3: URL bagi laman web sepatutnya diletakkan di profile, dan followers akan klik pada profile anda sekiranya mereka betul-betul berminat dengan laman web anda (atau berminat pada anda).