Template by:
Free Blog Templates

Isnin, 14 September 2009

Masukkan Fungsi Read More Dengan Mudah Pada Blogspot

Fungsi "Read More" yang terdapat dalam WordPress membolehkan anda meringkaskan entri-entri yang dipaparkan pada laman utama. Apabila pengunjung ingin membaca satu-satu entri dengan lebih lanjut, mereka akan klik pada link "Read More" tersebut.

Dan kini, Blogspot juga secara rasminya telah memperkenalkan fungsi yang sama. Kini para pengguna Blogger boleh memasukkan fungsi "Read More" dengan mudah tanpa perlu mengubah kod HTML atau apa-apa lagi proses yang kompleks.

Cara untuk memasukkan Read More ini adalah mudah sahaja. Jika anda menggunakan editor yang baru, terus klik pada ikon "Insert Jump Break". Jika anda tidak menggunakan editor yang baru, anda boleh memasukkan Read More secara manual di ruang HTML, dengan menaip kod <!—- more -->pada entri.

blogspot-read-more

Anda juga boleh menukarkan perkataan "Read More" tersebut pada skrin Layout, dan klik Edit pada bahagian Blogs Posts.

blogspot-read-more-ubah

Fungsi ini merupakan salah satu peningkatan yang diperkenalkan oleh Blospot bersempena hari jadinya yang kesepuluh. Dijangka lebih banyak lagi fungsi-fungsi baru yang akan diperkenalkan, seperti memasukkan page, sama seperti WordPress.