Template by:
Free Blog Templates

Isnin, 14 September 2009

Bagaimana Nak Update Twitter Dan Facebook Dengan Serentak

update-twitter-facebook-serentak

Facebook merupakan sebuah laman social networking yang paling popular kini. Twitter pula adalah sebuah servis microblogging yang hangat diperkatakan di kalangan golongan profesional seperti blogger, artis, malah tokoh negara.

Jadi, bagaimana pula jika anda aktif di kedua-dua laman web tersebut? Satu kerja pula kalau anda perlu update status di dua tempat yang berlainan, kan.

Jika anda mahu update di Twitter dihantar secara automatik ke status Facebook, anda boleh gunakan aplikasi Facebook seperti Twitter ataupun Selective Twitter Status.

Twitter akan menghantar kesemua tweet anda ke status Facebook, kecuali tweet yang bermula dengan simbol '@'. Selective Twitter Status pula membenarkan anda memilih tweet mana yang akan dihantar kepada Facebook dengan meletakkan hashtag '#fb' di hujung tweet anda.

SupaSync

Namun baru-baru ini, saya terjumpa SupaSync yang lebih fleksibel berbanding Twitter dan Selective Twitter Feed. SupaSync menawarkan lebih banyak pilihan untuk mengintegrasikan Twitter dan status Facebook anda, seperti:

  • Hantarkan kesemua tweet anda ke Facebook.
  • Hantarkan tweet yang mengandungi kata kunci sahaja (contohnya '#fb')
  • Hantarkan tweet yang tidak mengandungi kata kunci sahaja.
  • Tetapkan kata kunci anda sendiri.

supasync

SupaSync tidak akan menghantar sebarang tweet yang mempunyai simbol '@' di dalamnya (berbeza dengan Twitter tadi, yang hanya mengecualikan tweet yang bermula dengan simbol '@'). Jadi, rakan-rakan anda di Facebook tidak akan keliru dengan RT, atau tweet yang menyatakan (mention) pengguna twitter yang lain.

P/S: Terdapat juga klien Twitter yang boleh menghantar update ke Twitter dan Facebook dengan serentak, contohnya TweetDeck dan Seesmic. Namun saya lebih gemar update Twitter di laman web sebenar, kerana ia lebih pantas, malah boleh digunakan bersama gladlyCast.