Template by:
Free Blog Templates

Isnin, 14 September 2009

Simpan Laman Web Yang Berguna Di Delicious

delicious

Delicious adalah laman social bookmarking yang membolehkan anda menyimpan URL bagi laman web yang anda kehendaki. Ia bukanlah bertujuan untuk menggantikan fungsi bookmark yang sedia ada pada pelayar web, tetapi sebagai menanda satu-satu artikel yang anda rasakan berguna untuk anda, agar mudah dirujuk di kemudian hari.

delicious-edit

Sebagai seorang programmer, saya selalu membuat carian di Internet untuk menyelesaikan masalah coding. Apabila terjumpa dengan artikel yang dapat membantu, saya akan simpan ia ke dalam Delicious dengan meletakkan tag yang berkaitan seperti PHP, CSS, Javascript, dan sebagainya.

Jika anda seorang pelajar yang banyak membuat carian untuk menyiapkan tugasan, laporan, dan sebagainya; Delicious juga boleh membantu anda untuk menyimpan kesemua sumber-sumber ilmu yang anda telah jumpa di Internet.

Saya juga menggunakan Delicious untuk menyimpan artikel-artikel yang menarik di Internet, tapi belum sempat saya baca.Jadi saya tandakannya pada Delicious agar saya boleh melihatnya pada masa lapang saya di lain hari.

delicious-tag

Tag berfungsi sebagai label dan kategori bagi boomark yang anda simpan. Ia memudahkan anda untuk mencari kembali bookmark yang anda telah simpan di dalam Delicious.

Untuk mula menggunakan Delicious, anda hanya perlu mendaftar di laman web tersebut. Kemudian, anda boleh gunakan add-on di Firefox dan Internet Explorer, ataupun bookmarklet di pelayar web lain untuk menyimpan satu-satu URL ke dalam Delicious.