Template by:
Free Blog Templates

Isnin, 14 September 2009

Reviu: Wacom Bamboo, Pen Tablet

wacom_bamboo-fun3

Ramai yang tertanya-tanya, adakah perlu "Pen Tablet" untuk seorang graphic designer. Beberapa minggu lalu, saya telah nekad untuk membeli dan mencuba "Pen Tablet" jenis Wacom. Berikut adalah pendapat saya.

Fungi Pen Tablet saling tak tumpah seperti tetikus (mouse). Pada harga RM350, perlukah anda alat ini? Jika anda tergolong dalam orang yg ditera dibawah, Pen Tablet memang untuk kamu.

  • Web/Graphic designer (pengguna Adobe Illustrator atau Photoshop)
  • Pelukis yg mahu berpindah ke digital
  • Pelukis komik untuk seronok atau blog
  • Photographer yang perlu sunting gambar
  • Animasi Flash, 3D, Movie
  • Architect atau berkaitan dengan Auto CAD
  • Pelajar multimedia
  • Hobi melukis

Selain dari yang disebut di atas, anda tak perlu alat ini.

Antara fungsi yang menarik minat saya adalah:

  • Pressure sensor - Seperti pensil dan berus, anda boleh mengawal kadar penekanan. Kalau mahu garis tebal, tekan kuat sikit, begitulah sebaliknya.
  • Pemadam - Seperti pemadam di hujung pensil, anda bole terbalikkan dan padam
  • Tiada bateri - Hanya menggunakan USB
  • Left & Right click - Pena yang disediakan ada butang untuk ke dua-dua tersebut. Jadi anda tak perlulah guna tetikus (mouse) sekali sekala.
  • Zoom in dan out - Terdapat satu "toggle" untuk anda zoom in dan out.
  • 4 butang tambahan - Butang ini boleh diubah fungsi mengikut keselesaan sendiri. Saya sendiri telah mengubah menjadi "Undo", "Redo", "Desktop" dan "Save". Dengan cara ini, saya dapat menyelamatkan beberapa saat untuk mengheret mouse ke atas untuk fungsi tersebut.
  • Semua software - Pada hari pertama pembelian, saya telah mencuba ke semua software, Microsoft Office, Adobe Photoshop, Illustrator dan sebagainya. Semua boleh dipakai.

Bagaimana awak menggunakan alat ini?

Sebagai seorang web designer (atau developer), saya dapat menyiapkan kerja saya lagi mudah. Di antara perkara yang saya perlu lakukan, adalah melukis "draft layout" sebelum mula membuat sesuatu theme atau template. Ini penting bagi mengelak pembaziran masa.

Saya juga menyunting gambar, seperti menghilangkan sesuatu object dalam gambar (termasuk jerawat haha), melukis logo dan icon dengan lebih tepat, dan menulis nota pada design-design.

Selain itu, saya gunakan untuk tandatangan kontrak.

Perlukah saya membeli satu?

Jika anda tidak keberatan untuk berbelanja RM350 untuk unit yang paling mudah, apa salahnya. Percayalah, alat ini dapat memulangkan modal dengan lebih cepat (jika anda seorang kreatif dan pandai melukis).

Jika anda berbelah bahagi, anda simpan sahaja duit tu. Buat apa beli barang kalau tak pakai betul-betul tak? Baik belanja saya makan.

Berikut adalah hasil lukisan saya mengunakan Pen Tablet ini.

al-elric
Alphonso Elric dari Full Metal Alchemist, mengunakan Adobe Photoshop

lembu-hana
Seekor lembu tompok biru, menggunakan YM Doodle

monster
Big foot yang sedih, tetapi melukis senyuman pada bayang-bayang beliau. Pun mengunnakan YM Doodle

Akhir kata, saya amat berpuas hati dengan pembelian Pen Tablet ini, walaupun harganya cukup untuk belanja makan tengahari saya selama sebulan. Walaupun baru saja beberapa minggu, saya sudah bercadang untuk upgrade.