Template by:
Free Blog Templates

Isnin, 14 September 2009

Download Drama TV3 Menggunakan DownloadHelper

Saya ada menulis tentang DownloadHelper, sebuah add-on Firefox yang membolehkan anda download video dari laman web video popular seperti YouTube, dan Google Video. Sebenarnya, DownloadHelper boleh download video dan Mp3 daripada pelbagai laman web lagi, cuma saya yang selalu tidak perasan.

Baru sebentar tadi saya cuba menggunakan DownloadHelper untuk download video yang dipertontonkan di laman web TV3. Pada mulanya, saya ingat DownloadHelper gagal untuk mengesan video. Rupa-rupanya, video tersebut harus dimainkan terlebih dahulu, barulah ikon DownloadHelper akan beranimasi yang menandakan video tersebut boleh anda download.

dwhelper-01

Setelah ikon DownloadHelper itu berputar, anda boleh klik pada anak panah tersebut dan pilih video mana yang anda ingin download. Anda juga boleh pilih Copy URL sekiranya anda ingin download video tersebut menggunakan download manager yang lain, contohnya Free Download Manager.

P/S: Saya dipaksa oleh seorang kawan saya untuk menonton Nur Kasih, jadi sekarang saya sedang download drama ini, walaupun pada hakikatnya saya jarang tengok TV