Template by:
Free Blog Templates

Isnin, 14 September 2009

Opera Halang Imej Untuk Lajukan Internet

opera-halang-imej

Terdapat sesetengah laman web yang sarat dengan imej, terutamanya dalam bentuk iklan. Malah, ada sesetengah dari iklan-iklan ini mengandungi gambar-gambar yang tidak sesuai dibuka di khalayak ramai, terutamanya di pejabat.

Dalam Opera, terdapat fungsi yang boleh digunakan untuk menyekat iklan daripada dipaparkan. Selain itu, anda juga boleh terus menyekat kesemua imej dari dipaparkan agar dapat membuka laman web tersebut dengan pantas. Klik ikon gambar dari Status Bar untuk memilih samada anda mahu memaparkan imej, memaparkan imej yang telah dimuat-turun sahaja, ataupun menyekat imej. Keiga-tiga pilihan ini juga boleh ditukar menggunakan kekunci Shift+I.

Terdapat satu lagi fungsi yang kurang diketahui dalam Opera, di mana ia boleh mematikan fungsi CSS. Jika sambungan Internet anda mengalami masalah dan menjadi sangat perlahan, anda boleh sekat imej dan matikan fungsi CSS bagi melajukannya. Bagi mematikan (atau menghidupkan semula) fungsi CSS, tekan Shift+G.

opera-halang-css