Template by:
Free Blog Templates

Isnin, 14 September 2009

Menghantar DM Di Twitter Menggunakan SMS

Servis dari gladlyCast membolehkan anda update Twitter menggunakan SMS. Baru-baru ini, mereka telah menambah satu lagi fungsi baru iaitu penghantaran direct message (DM) kepada mana-mana follower anda.

Cara menggunakannya mudah sahaja, anda hanya perlu menghantar SMS ini:

d username mesej

Contohnya, untuk menghantar DM kepada saya (@khairul), hantar SMS ini:

d khairul MK, hang awat tak update2 lagi blog?

Dan hantarkan kepada gladlyCast di 012-795 9876. Semudah itu sahaja. Buat masa ini anda hanya boleh menghantar DM melalui SMS sahaja, namun tiada lagi fungsi untuk menerima DM melalui SMS.

[via gladlyCode]